Rahsia Tersimpan

224 36 6
                                    

Flashback 16 tahun yang lalu.

Kedengaran suara gelak ketawa lelaki dan perempuan di dalam bilik itu. Tanpa membazir masa Adam cartez membuka pintu bilik tersebut. Kelihatan isterinya berasrama dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Dia bagai terpukul dengan keadaan isterinya itu.

"Querido, ¿quién es este chico? ¿Por qué estás dispuesto atraicionarme? y puedes salir de mi casa! ¡Ahora!" (sayang siapa lelaki ini? Kenapa awak sanggup mengkhianati saya? dan anda boleh keluar dari rumah saya! Sekarang!)

Adam menyuruh lelaki yang tidak di kenalinya itu keluar dari rumahnya. Hati cukup sakit melihat pesilingkuhan isterinya itu. Anaknya berumur 6 tahun itu menjadi saksi perbuatan terkutuk itu. Bukan niatnya menayang pekara tersebut di hadapan anak tunggalnya itu.

Akan tetapi secara kebetulan Adam baru sahaja balik daripada luar negara sekali dengan putranya itu. Ingatan ingin buat kejutan atas kepulangannya kepada isteri tercinta. Rupa-rupanya dia yang terlebih dahulu di beri kejutan daripada isterinya.

"Todo este tiempo confié en ti lo suficiente, pero ¿por qué me traicionaste? ¿Qué más no es suficiente?" (Selama ini saya cukup mempercayai anda, tetapi mengapa anda mengkhianati saya? Apa lagi yang tidak mencukupi?)

Sambung Adam dengan suara sebak. Rayyan anaknya, memeluk erat kaki ayahnya itu seperti dalam kebingungan dan ketakutan melihat ayahnya semidikian rupa.

Rose selaku isteri Adam, bingkas dari katil dengan wajah sinis lalu menapak ke arah Adam dan anaknya itu.

"¿Preguntaste por qué hice esto? ¿ya sabes? ¡Estoy aburrido! Estás tan ocupado con tu trabajo que ya no te importo. Quiero acariciar tu amor también. así que no es mi culpa si busco a otro hombre que me entienda mejor y siempre esté conmigo." (Adakah anda bertanya mengapa saya melakukan ini? kamu tahu? Saya bosan! Anda begitu sibuk dengan pekerjaan anda sehingga anda tidak peduli lagi. Saya juga ingin membelai cinta anda. Oleh itu, bukan salah saya jika saya mencari lelaki lain yang lebih memahami saya dan selalu bersama saya.)

Kata Rose dengan riak tidak bersalah. Adam jatuh terduduk, dirinya bagai rohnya terbang ke tempat lain apabila mendengar penjelasan isterinya itu. Salah diakah yang tidak meluangkan masa dengan isterinya? Apa yang patut di lakukan sekarang?

"Perdóname cariño! ¡Prometo que nunca más te volveré a ignorar! a partir de hoy comenzamos una nueva vida querida!" (maaf sayang! Saya berjanji saya tidak akan mengabaikan anda lagi! mulai hari ini kita memulakan kehidupan baru sayang)

Kata ayahnya Rayyan dengan bersungguh-sungguh sambil mengankat tangan tanda sumpah janjinya. Rose hanya ketawa seakan-akan memperlekehkan lelaki yang pernah dia cintainya dahulu lalu menujal kepala suaminya itu sambil berkata.

¡Es muy tarde, Adam! Escucha bien! ¡Desde hoy, ya no quiero ser tu esposa porque ya no te amo! No volveré a escuchar tu persuasión. nos reunimos en la corte solo para nuestro caso de divorcio. adiós!" (Sudah terlambat, Adam! Dengar dengan baik! Mulai hari ini, saya tidak mahu menjadi isteri anda lagi kerana saya tidak lagi mencintai awak! Saya tidak akan mendengar pujukan anda lagi. kita bertemu di mahkamah hanya untuk kes perceraian kita. selamat tinggal!)

Rose meninggalkan suami dan anaknya tanpa rasa bersalah. Rayyan meraung-raung sambil memegang kaki ibunya agar tidak meninggalkan rumah tersebut. Tetapi keputusan Rose muktamat malah Rose menolak dan menyepak anak ke dinding tapi sempat di selamatkan oleh suaminya itu. Tanpa melengahkan masa Rose meninggalkan mereka berdua tanpa menoleh ke belakang.

Sejak dari kejadian itu, Adam mengalami tekanan jiwa yang sangat teruk. Selalu menyalahkan dirinya atas kejadian tersebut. Sehingga dia mengambil keputusan tenggelamkan dirinya sendiri di pantai yang dia selalu pergi dengan isteri tercintanya itu. Manakala, Rose dengan kekasih gelapnya itu dikhabarkan dibunuh tanpa siapa tahu puncanya. Anak mereka di jaga oleh Adella ibu kepada Adam seorang diri.

My Dear Mr.Annoying💖Where stories live. Discover now