Denda

217 33 2
                                    

Ubat panadol di telan oleh dekan di sulami dengan air. Kurang sikit pening kepalanya itu tapi apabila melihat anak murid 'Kesayangan' di hadapannya. Denyutan pening yang tadi kian surut bertandang kembali di kepalanya.

"Apa masalah kamu sebenarnya, Aisy and the gangs? Kamu semua tahu tak? Untuk minggu ni je dah dapat 10 laporan tentang kamu semua. Ponteng, isi gam gajah dekat tempat duduk lelaki, conteng kereta pensyarah, menyakat budak lelaki dalam tandas, lab shakal 4 terbakar dan banyak lagilah. Apa nak jadi dengan kamu semua ni terutamanya kamu Aisy? Kalau saya ambik tindakan denda ke atas awak semua pun memang awak semua akan buat apa yang di tugaskan. Tapi sampai bila awak nak jadi troblemaker dekat kolej ni?" bebel dekan kepada Aisy dan kawan-kawannya tiada terkecuali.

"Wait wait wait.. Dekan! Saya ada sebab tau kenapa saya buat macam tu? Dekan pun sendiri tahu saya tak akan start sesuatu masalah kalau benda itu betul kalau tak betul memang kenelah jawapnya. Ok biar saya jelaskan, apa sebab saya buat kesalahan yang dekan sebut jelah. Yang pertama, Lecture Amir sendiri cakap minggu sebelumnya kalau siapa yang tak berminat nak masuk kelasnya baik jangan masuk terus. Dan sejak itu lah saya hanya ponteng waktu dia je." kata Aisy dengan riak tidak bersalah.

"Yang kedua tu, salah budak lelaki yang melonggarkan skru kerusi budak perempuan. Habis budak perempuan jatuh macam nangka wangi." kata Yuhanis pula dengan senyuman insan tak berdosa.

"Yang ketiga, sebenarnya kami nak sambut birthday lecture Yasmin, sekali dengan tolong polishkan kereta sebagai hadiah dia. Tapi lecture mengamuk ingat kita orang conteng dengan spray kereta padahal kita orang guna spray polish." jawap Asyqin dengan tenang. Dekan hanya mampu mengelengkan kepala.

"Yang keempat, bagi saya tu bukan salah kita orang. Sebab kalau bukan kami buat macam tu, mesti lecture dan MPP tak jumpa budak yang hisap vape dan rokok dekat tandas lelaki lama." terang Wawa pula sambil duduk bersila, mungkin kakinya pegal tu yang dia duduk tu.

"Yang kelima, itu pun bukan salah kita orang juga. Sebab kita orang tak sengaja jatuhkan bahan terbakar waktu kita orang tengah kemas. Tu pun Allah selamatkan kami daripada kebakaran tu." kata Aida sambil menundukan kepalanya. Dekan tak mampu lagi berkata-kata apa lagi.

"Macam ni jelah ye. Saya dah buat keputusan hasil mesyuarat dengan semua lecture dan pentadbiran kolej. Denda kali ini adalah korang semua akan menjadi MPP selama dua bulan. Untuk Aisy menjadi penolong YDP dan berkerjasama dengan Nasyirah. Manakala, Ariana sudah ada bahagiannya Ajk tapi kali ini sebagai penolong kerohanian. Asyqin saya letak di bahagian displin sebagai penolong juga. Izzati pula penolong bahagian kesihatan, Yuhanis bahagian penolong bahagian kelestarian dan Aida pula penolong bahagian keselamatan. Ok? No bantahan!" keputusan dekan mengejutkan mereka bahkan jikalau orang lain tahu pasti sudah huru hara kolej itu. Apa tidaknya, budak troblemaker jadi pemimpin habis terbalik kolej nampaknya.

"What! Kami dah bagi alasan munasabah dah kan tapi kenapa kita orang masih lagi kena hukum. Lagi pun hukuman tu tak sesuai dengan kami. Please, dekan bagi hukuman lain bolehlah!" Rayu Aisy menagih simpati dekannya itu. Tapi apakan dayanya melihat wajah dekannya sudah begitu tekad dengan keputusanya.

"No, keputusan saya dah tamat! Lagi pun saya yakin yang kamu semua mampu galas tanggungjawab ni. Kalau kamu semua tak nak buat hukuman ni. Saya akan gantung peperiksaan STAM korang atau pun di buang kolej kamu. Kamu semua nak ke benda tu berlaku? Jangan risau tak lama pun hanya 2 bulan je. Dah... Dah... Kamu semua diam dan ikut saya sekarang untuk perjumpaan MPP dengan pihak kolej." Dekan terus bingkas dari tempat duduknya dan mengisyaratkan mereka semua bergerak ke bilik mesyuarat.

Aisy dengan muka tidak rela mengikuti jejak langkah dekannya itu berserta kawan-kawannya. Sesampai je di depan pintu dekan suruh mereka berenam di minta tunggu di luar sehingga di panggil masuk oleh dekan.

My Dear Mr.Annoying💖Where stories live. Discover now