🍞Bab 1🍞

72 3 0
                                    

"Penatnya"Aku baru bangun tidur sebenarnya..aku tak tidur langsung semalam sebab buat kerja semalam..penat nak mati weh..aku siap buat kerja pada pukul 5:40 pagi tadi..nasib aku solat subuh aku tak terhantuk tadi..kalau tak ada yang tercium bau lantai kejap lagih dengan kesan merah atas dahi

Selesai je solat aku menuju ke dapur..aku nampak ibuku sedang memasak sambil menyanyi sampai lenggok-lenggok badannya..tetiber terfikir idea..hehehe..

Aku melangkah ke arahnya dengan berhati-hati sambil tersenyum herot..sampai je kat belakang si empunya badan..aku lekas mencuit pinggangnya sehingga terpelanting segala benda yang ada di tangannya.

"Mak aku hijau menari"latahnya..segala senduk yang ada habis jatuh ke lantai..ibuku menarik nafas lalu menjeling tajam ke arah ku..aku hanya tersengih lalu menyelit rambut ke telinga..ibuku menghampiri

"Kamu ni kan..kan ada yang benjol karang"ucapnya

"Hehe..sorry ma.Kak cik tengok ma asyik sangat tadi sampai lenggok-lenggok satu badan..ajaknya nak tegur je pastu tetiber datang idea"aku tersengih

Ibuku hanya menggeleng "Yelah..kalau sekali lagi kamu buat macam itu..ma tak teragak-agak nak ketuk kepala kamu dengan bontot kuali tau"bilang ibuku lalu menyambung kerjanya yang tergendala tadi

Aku menggaru kepala sekali lagi sambil memikirkan nasib kepalaku cium bontot kuali nanti...mesti lagi hitam rambutku yang sudah hitam nih..aku ketawa perlahan apabila memikirkannya

Aku tidak cakap banyak lalu menuju ke sinki yang penuh dengan segala pinggan dan sebagainya..aku mengeluh perlahan..kalau aku buat jadi bala tentera pun cukup nih..bisikku..tanpa banyak kerenah aku mengambil apron untuk mengelakkan badan basah lalu mengerahkan segala tenaga untuk menyudahkan kerja

Kalau kerja bahagian dapur memang selalu aku buat sebab sekarangkan cuti..so i have so many time to help my mom(speaking sikit).

Dalam masa 30 minit aku sudah menyidahkan kerja dan membersihkan sedikit apa yang patut..ibuku yang tengah memasak tadi pun sedang menyediakan makanan bagi sarapan kami sekeluarga di atas meja makan

Aku melangkah dan duduk di kerusi yang ada..aku menarik nafas panjang untuk membicarakan sesuatu yang penting dengan ratu hatiku ini

"Ma,kak cik nak tanya benda sikit boleh tak?"tanyaku memulakan perbualan

"Boleh sayang..apa dia?Tanya jelah"katanya sambil tangan masih ligat menyusun makanan agar lebih cantik

Aku tersenyum "Kenapa ma tak bagi kak cik pergi merantau ke luar negara?"terus terang pertanyaan aku kepada ibu

Segala benda yang dilakukan ibu serra merta terhenti..ibu diam tak berkutik

Aku resah "Ma..jawablah..jangan senyap macam nih"sedikit terdesak sebenarnya

Sebab bila aku minta izin dengan abahku,Encik Zulkepli,abah bagi jer..dan ahli keluarga yang lain jugak izinkan je kecuali ratu kesayangan aku nih..semua ok tapi ibu ni liat sikit

Tak apa..kena berusaha lagih..fighting

Aku terdengar ibuku mengeluh perlahan "Bukannya ma tak bagi kak cik pergi cumanya....."eh tergantung pulak dah ayat ibu nih

"Cuma apa ma?"sedikit terdesak sebenarnya

"Cuma ma takut kamu jauh dari ma dan family..ma takut kalau apa-apa jadi dengan kamu kat negara orang sana..makan minum kamu terjaga ke tak..ma risaulah.."luahnya dengan nada kerisauan

Mataku memandang matanya yang sedikit bertakung dengan air mata

Aku kaget lalu memeluknya yang tengah berdiri "Ma..ma jangan risau..kak cik ada kawanlah kat sana..ramailah kawan kak cik yang boleh jaga kak cik dengan farina..alah ma.Kalau ada orang kacau kita orang,confirm-confirm dia kalah sebab diorang tak setanding dengan kitaorang ma.Kalau diorang nak rasa duduk kat tepi tong sampah sambil berbaring kesakitan,cubalah"terangku sambil terangkat-angkat kening tanda hebat..

Tapi memang betul..aku dan farina memang terror taekwando..pernah sekali kitaorang lawan budak buli dari sekolah lain sebab kacau budak kecik sampai patah kaki..hahaha hebat tak?

Ibuku ketawa sambil menggeleng melihat tingkahku

"Hurm yelah ma mengaku yang kamu hebat"ucapnya sambil mencubit pipi chubbyku

Aku mencebik manja

Ibuku tersenyum dan mengusap kepalaku..kami berpelukan untuk seketika dan....

"Baiklah kalau kamu dah cakap macam itu..ma tak boleh buat apa selain izinkan kamu pergi"perlahan je suara ibuku "Baiklah kak cik..ma izinkan kamu pergi dengan farina sebab ni pun cita-cita kamu kan..ma tak boleh halang"ucapnya serta merta buat aku menarik nafas terkejut

Terkejut + happy nak mati

"Ap..apa ma..be..betul ke nih?"aduilah.Gagap pulak aku nih..buat malu je depan ma

"Yes honeybunch.Ma izinkan.Cuma nanti jangan kamu bawa balik bakal menantu pulak tau"berbaur amaran sikit gurauan ibu tu

Aku buat ala-ala berfikir dengan gaya macam budak-budak "Entahlah ma..kak cik tak janji"gurauku

Tangan ibu sudah ketuk kepala aku..nasib slow punya ketuk tuh..kalau tak merajuk sebulan dengan ma..hehehe

"Alah gurau je..Insha Allah tak akan"aku tersenyum dan mencium  pipi kesayanganku ini

Ibu hanya tersenyum dan mencium dahi aku dengan penuh kasih sayang

Aku memeluk kembali ratuku ini dengan erat

Ya Allah..terima kasih kerana melembutkan hati ibuku ini Ya Allah..semoga kebahagiaan masih milik kami dan impian aku dan farina ini akan terjadi dengan adanya izinmu dan dipayungi rahmat-Mu selalu.Bisikku dalam hati sambil tersenyum dalam pelukan ibu

Tak sabarnya nak beritahu farina pasal nih..Yahoo!Luar negara..wait for me!!!

Kembara BersamaWhere stories live. Discover now