"Now!"jeritku sedikit kuat agar memudahkannya dengar arahanku
Si penerima arahan hanya tersenyum lalu mengangguk dan perlahan-lahan memulakan kerja
Aku berjalan menghampiri keretaku dan mengeluarkan 2 pek plastik yang berisi cecair merat tadi dan memegang erat agar tidak pecah..kalau pecah ni habis kantoi dan terbakar hangus ideaku
Seorang lelaki bertopeng perlahan-lahan menuju ke arahku dan aku menyembunyikan senyuman untuk melaksanakan agenda tersembunyi
"Hei kau!Cepat bagi apa yang ada..duit,emas,phone dan sebagainya..cepatlah kau nih slow betullah!"gesanya..pandai jugak dia berlakon.Tak sia-sia aku bayar
Apabila mendengar isyaratnya aku cepat-cepat menukar reaksi muka kepada muka ketakutan
"Ah tolong!Tolong!Ada orang nak rompak saya tolong sesiapa!Pak cik tolong saya..saya dalam bahaya!!"jeritku kuat agar dapat didengari oleh pak cik Azhar
Aku nampak kelibat pak cik Azhar sedang melihat aku dengan pandangan risau lalu menuju ke aeah aku dengan kelam-kabut.
Aku mahu ketawa tapi ditahan
"Cepat pak cik dia ada senjata!!"teriakku sambil memandang lelaki upahanku itu
Dia memahami segala isyarat yang diberi dan mengeluarkan pisau palsu dan mengacukannya ke perutku
Aku yang tengah memegang watak utama itu pun menjerit ketakutan apabila melihatnya berbuat demekian
Untuk meyakinkan orang ramai yang ada bahawa aku betul-betul takut dan bukannya berlakon(walaupun hakikatnya aku tengah berlakon)..hihihi
"Eh engkau nih nak bertempik dan melalak kat sini pulak..disebabkan kau lambat aku akan bunuh kau.Nah rasakan ini!"tempiknya lalu mencucuk pek berisi cecair merah yamg berada di perutku tadi dan melarikan diri dengan pisau palsunya malah beg tangan aku sekali
Aku pura-pura mengaduh kesakitan lalu jatuh dan separa duduk sambil menyandar di pintu kereta dan pura-pura kesakitan..dalam kesesakan manusia yang menonton drama pendek ini,aku nampak pak cik Azhar menuju ke arah aku dengan muka cemas
Aku menahan senyum "Ya Allah!!Banyaknya darah kamu farahin.Tolong seseorang call ambulan!"pintanya
Aku menjeling ke arah orang suruhan aku yang tadi telah membuang topeng berbicara
"Sabar pak cik..biar saya call ambulan.Sabar ye cik"ujarnya laly mengenyit mata ke arahku lalu pergi dari situ sambil mengeluarkan telefon dan bercakap dengan seseorang
Aku tersenyum sedikit sebelum memadamkannya dari pandangan pak cik yang seperti mencari dalang yang membuatku begini
"Pak cik"panggilku lemah dan still berlakon
"Ye farahin pak cik tahu kamu dalam kesakitan..sabar ya nak sabar..jangan bimbang..kejap lagi sampai lah tuh.."ujarnya dengan nada risau
Aku menggeleng dan pak cik Azhar berkerut melihat gelengan aku
"Saya rasa tak perlulah kut sebab saya rasa dah tak lama dah nih pak cik."aku saja je cakap macam tuh sebab nak buatnya lagi panik..haha jahat aku
"Eh jangan cakap macam itu nak.Insha Allah kamu tak apa-apa ya.Sabar sikit lagi"matanya melilau lagi seperti mencari sesuatu
Ambulan barangkali
"Saya minta maaf jika saya dah menyusahkan pak cik dengan benda ni"
"Eh taklah tak..kamu jangan banyak cakap nanti banyak hilang tenaga pula"tegasnya dalam nada panik
"Saya ada permintaan pak cik.Saya harap pak cik boleh tunaikan"pintaku sedikit pilu nadanya
"Boleh nak boleh sangat-sangat.Kalau pak cik mampu tunaikan pak cik akan tunaikan.Cakaplah apa dia.Kesiannya kamu nak,cakap pun susah pak cik tengok"luahnya sedih
Aku ketawa dalam hati
"Permintaan saya ialah untuk benarkan farina pergi merantau ke luar negara sama ada saya ada atau tak.Kalau saya panjang umur saya harap pak cik benarkan dan walaupun pendek hayat saya ini,saya tetap mahu pak cik izinkan farina merantau"
"Boleh pak cik?"desakku sedikit apabila aku melihatnya senyap tadi.Aku pura-pura batuk seperti dalam kesakitan yang amat dan ternyata pak cik tersentak dan kaget lalu menyatakan keputusannya
"Baik baik..pak cik izinkan.Kamu jangan cakap macam itu..Insha Allah umur kamu masih panjang dan berkesempatan untuk ke luar negara bersama farina"
"Jadi pak cik?"
"Pak cik izinkan nak.Pak cik izinkan farina ke luar negara bersama kamu nanti"
Aku mahu melompat dah nih tapi aku tahan..happynya wei
"Ok pak cik..betul nih pak cik..tak tipu?"aku memerlukan kepastian
"Ye nak.Pak cik tak tipu"
"Janji?Walau apa pun jadi?"tanyaku sekali lagi lalu aku menaikkan jari kelingking ke arahnya dan pak cik mengangguk lalu memaut jari kelingkingku dan tersenyum
"Kamu sabar ya..nak sampai dah ambulan tuh."Dan tak sampai 1 minit pak cik cakap macam tu..siren kedengaran dan ambulan pun sampai
Pak cik Azhar mengeluh lega
Aku nampak dua orang paramedik datang membawa pengusung menuju ke arah aku lalu mengangkatku dengan berhati-hati untuk dimasukkan ke dalam perut ambulan
Sebelum dimasukkan ke dalam,aku berpesan kepada pak cik agar pulang terlebih dahulu dan jangan menaklumkan kepada sesiapa pun tentang ini
Mula-mula berkerut seribu jugak dia tapi setelah diterangkan betul-betul keadaanku yang tidak teruk oleh aku malah paramedik,dia tak jadi bertanya banyak
"Pak cik jangan beritahu sesiapa tau..saya tak nak sesiapa risau dan pak cik seorang jer yang tahu pasal ni"terangku dengan jelas agar dia faham
"Yelah pak cik janji.Kamu rehatlah ye.Sabar selalu.Kalau ada apa-apa call pak cik tau"sempat lagi berpesan tuh
Nasib baiklah pak cik ni percaya bulat-bulat...nasib baik sangat..senang kerja aku
Aku tersenyum ke arah pak cik yang sedang pulang lalu ambulan itu pun menuju ke destinasinya.
MISI ACCOMPLISHED!!!
YOU ARE READING
Kembara Bersama
Random"Hi"terkejut aku mendengar gerangan di sebelah memberi sapaan Sedang syok pilih barang tetiber ada mamat tegur Aku berpaling ke arah pemilik suara "누구새요(siapa awak)?"tanyaku dalam language Korean Al maklumlah tengah stay kat negara mat sepet..of cou...