🏖Bab 2🏖

41 2 0
                                    

Setelah siap menguruskan segala bala tentera yang ada tadi aku bergegas naik ke atas..lama jugak kami bersarapan tadi..adalah dekatl 1 jam 30 minit sebab abah sibuk berbincang pasal percutian keluarga kat Hawaii..hanya aku seorang je tak ikut sebab masa tu aku patut pergi luar negara dengan farina

Nasib diorang memahami aku yang berjiwa perantau nih

Aku naik ke atas dan menuju ke bilik sambil senyum yang tak lekang dari mukaku dari tadi lagi..masa basuh pinggan pun macam tuh je..sampai ibu aku ingat aku buang tabiat

Bilik aku kedua hujung tapi tak seram pun macam dalam filem tuh..cerah lagikan benderang..aku masuk bilik dan melompat ke atas katil lalu berbaring..selesanya..tak jadi weh nak tidur sebab happy sangat nak beritahu farina benda happy nih

Aku mencapai smartphone Samsung aku dan mendail nombor farina.Dengan sekali deringan dah dapat..aik?Laju pulak dia nih angkat..selalunya aku kena tunggu beberapa minit ataupun sejam nak tunggu dia angkat...biarlah..mesti dia tengah relaks macam aku

"Hello bff..Assalamualaikummmm..tidur ke?"aku memulakan perbualan

Farina menjawab salamku "Eh taklah..aku baru lepas makan je dan tengah duduk atas katil nih.tengah menghadamlah katakan..yang kau nih macam happy je nih kenapa?Mesti ada benda terjadi ni.Hah,cepat cerita."desaknya seperti menghidu sesuatu dari nada suaraku

"Eh kau nih memang sahabat dunia akhirat akulah.Semua benda kau tahu.Yelah aku happy hari ini.Happy sangat,happy nak mati"sedikit berahsia bunyinya

Saja je nak buat farina suspen sikit

"Kau nih farahin,suka sangat nak buat aku suspen..hah kenapa?Cakaplah..aku tak ada masa nak layan teka teki kau nih"mendesak pulak dia nih

"Baiklah aku cakap.Aku sebenarnya happy nak mati hari ni sebab......"

"Sebab?"

Aku ulang lagi ayat tuh sampailah farina naik angin

"Ya Allah budak nih..kan aku lekuk dengan kepala cangkul kan..tak pasal-pasal jadi jenayah pulak kan..cakap jelah weh..penat aku tunggu nih"merungut pulak minah nih

"Ok aku cakap sekarang.Kau dengar ya"

"Memanglah aku tengah dengar sekarang.Habistuh kau ingat aku buat apa sekarang?Berjoget?Menyanyi?Apalah"haha..kan dah kena

Aku memuncung "Oklah..kau ni pun sabarlah..ok sebenarnya ibu aku dah beri izin untuk kita pergi merantau tuh weh!"sedikit terjerit sebab happy kan

"Ouh patutlah..untunglah kau"aik?Asal sedih pulak dia nih..mesti ada benda jadi nih..kena siasat nih..Jom semua kita siasat!

"Hah kalau kau berbunyi sedih ni mesti ada benda tak kena.Kenapa pulak kau sedih ni.Jangan kau nak cakap pelan kita tuh tak jadi"tekaku

"Entahlah weh..adalah betul sikit cuma tak betul sepenuhnya"berbelit-belitlah pulak..aku tak faham betullah dia ni

"Tak faham aku dengan kau ni.Cuba terang kat aku betul-betul"

Aku terdengar keluhan berat di sana "Hurm,actually babe..ayah aku tak izinkan aku pergi negara oranglah.Dia cakap bahaya banyak kat sana"

"Puas dah aku pujuk dan buat alasan kat dia..tapi dia tetap berdegil.Aku sedihla.Macam mana nih?Aku nak pergi sebab kan dah lama kita rancang benda nih.3 tahun kut.Tengok-tengok tak jadi.Aku tak sukalah macam nih."luahnya sedikit sedih

Aku yang setia mendengar nih pun rasa nak nangis.Memang betul pun.Kita orang dah simpan duit selama 3 tahun kut selepas kita orang rancang pelan nih..kita orang pernah ajak kawan kita orang sorang lagih.Nama dia Syazrini tapi kita orang panggil dia syaz je senang..tapi tulah dia tak nak sebab kata tak minat

So plan nih hanya kami berdua laksanakan.Tapi bila dah jadi macam nih aku rasa macam nak menempik pulak.Sedih.

"Kau memang dah pujuk betul-betul ke ayah kau tuh.Ke taktik kau tuh lain sikit?"aku tak bolehlah kalau macam ni.Janganlah sampai tak jadi

"Dah.Macam-macam dah aku buat.Tapi semua tak berkesan"pilu je suaranya.Macam nak nangis pun ada

Aku kuatkan semangat dan berfikir kejap macam mana nak pujuk ayah farina selaku kawan abahku itu

Ting!Tetiber idea datang.Aku tersenyum sampai telinga

"Ha ha!Aku tahu weh..aku dah dapat idea macam mana nak pujuk ayah kau!"jeritku

"Adoi kau ni!Tak payahlah jerit..sakit telinga aku"marahnya

Aku tersengih "Eh sorrylah.Aku happy sangat tadi..dan aku rasa aku dah jumpa jalan penyelesaiannya"terangkat-angkat kening sebelah kananku

"Macam mana?"

"Yang tuh kau tak perlu tahu.Tapi yang penting sekarang bagi ayah kau punya nombor"

"Hah!Kau nak buat apa?Kau jangan cakap kau nak mengurat ayah aku.Pleaselah farahin!"tergelak aku sekejap.Mengarutlah..ada ka patut dia fikir yang aku nak ngurat ayah dia yang macam ayah aku sendiri tu.Karut binti pelik betul

"Ish kau ni.Jangan nak mengarut.Aku tak buat benda peliklah.Jangan risau dan aku ni masih waras lagi dan masih berfikiran terbuka yer farina.Nanti kau bagi jelah.Percayakan aku"sambungku meyakinkannya

Farina hanya mengiyakan "Yelah aku percayakan kau dan nanti aku bagi nombor.Aku harap menjadilah idea kau tu.Aku tahu semua benda yamg kau rancang akan menjadi"ujarnya sambil memberiku semangat agar berjaya dengan planku ini

"Insha Allah berjaya dan aku yakin selepas aku laksanakannya confirm-confirm ayah kau beri izin punya"jaminku

"Insha Allah dan aku akan doakan yang terbaik tau"gembira aku dengar suaranya happy kembali

"Thank you tau sebab bagi aku sokongan dan selalu berada dengan aku"ujarku terharu campur bahagia kerana dikurniakan kawan sebegini

"Welcome babe.Kita dah kawan lama dan of course i will always support you because im your best friend until Jannah.Insha Allah"bicaranya membuatkan aku terharu lagi

"Alah sweet sweet pulak kita ni.Dahlah"

"Biarlah aku lagi suka tau"tukasnya

"Banyaklah kau punya suka.Tak nak layan"provokku

Hanya ketawa kedengaran dan aku dengar farina sedang bercakap dengan seseorang di sana.Hurm ibu dialah kut...fikirku

"Eh farahin,aku letak dululah..ibu aku suruh pergi kedai kejap pergi cari barang dapur"

Aku hanya menggangguk "Ok hati-hati.Aku pun nak tutup dah sebab nak turun bawah kejap ni..kalau ada apa-apa nanti aku roger"ujarku

"Yelah..nanti apa-apa bagi tau ye..jangan sorok-sorok"berbaur amaran sikit bunyinya

Aku ketawa "Baiklah puteri.Si hamba menurut perintah dan hamba rasa baik tuan puteri pergi beli barang seperti yang disuruh oleh si permaisuri tadi sebelum ada yang kena pancung ye.Hamba tak mahu bertanggungjawab nanti"rapuku membuatkan farina ketawa besar di sana

"Yelah aku pergi dulu..banyaklah kau punya pancung"rungutnya

Aku tersenyum sendiri

Kami berbalas salam dan meletakkan panggilan serta membuat hal masing-masing

Aku pun berbaring di atas katil lalu melemparkan telefon atas katil..lama jugak kami berbual tadi.Dekat 2 jam

Aku mengerling ke arah jam tangan Casio ku.Sudah pukul 11:30 pagi dan aku masih lapang

Tiber teringat idea aku tadi sudah membuatkan aku tersengih sendiri.Kalau along,angah dan kakak aku tengok ni mesti diorang cakap aku sewel dan tak betul.Diorang selalu sakat aku lagi-lagi abang long aku tuh.Nasib aku sayang tau

Aku harap plan nih berjaya dan dapat membuat pak cik Azhar tukar fikiran

Semoga berjaya dan good luck untuk diriku!FIGHTING!!






Kembara BersamaWhere stories live. Discover now