⛰Bab 13⛰

11 3 0
                                    

"Aduilah.Boleh menanah telinga aku kalau setiap hari macam ni"keluhku sambil menutup pintu bilik

Sakit telinga aku dengar ujaran pedas ibuku yang mengatakan aku ni sewel sebab balik lewat tadi.Mana taknya,aku sampai rumah pukul 7:48 malam.Hah detail gitu aku bagi

Sampai je rumah aku dah nampak si singa betina bercekak pinggang dan bagai merenung mangsanya bagai nak makan.Akulah mangsanya tu!!.Tak pasal-pasal ada adegan 'pembebelan' oleh ibu di ruang tamu tu.Penat melayan aku pun memberi alasan yang aku tak solat maghrib lagi

Terus terbantut bebelannya lalu mengarahkanku pergi naik atas dan menunaikan solat dengan segera

Aku dengan pantas berlari naik ke atas.Tak sampai dua saat aku turun balik dan mengambil kesempatan untuk mencium pipi ibuku tanda memujuk.Ibu hanya menjeling sambil bercekak pinggang melihat kerenahku.Setelah ucapkan kata maaf,terus aku naik dengan langkah malas

Sampai je di bilik,aku terus mengambil segala yang perlu dan mandi segera

"Jom kita mandi!!!"teriakku lalu menuju ke bilik air

Ambil masa 20 minit je untuk siap mandi dan berpakaian.Laju aku mengatur langkah dan solat menghadap ilahi.Mengerti kerdilnya diriku yang hina ini.

Usai solat,aku bergegas turun ke bawah untuk makan.Sejak tadi lagi perut aku ni berkeriut-keriut tanda nak diisikan

Aku duduk di meja makan dan perlahan-lahan membuka saji.Dek kerana terlalu teruja melihat sajian bihun sup itu,aku melemparkan saji itu tanpa melihat ke mana benda tu terbang

"Adoi!"jerit seseorang

Aku berpaling dan melihat alongku sedang menggosok kawasan mukanya yang sakit.Hihi mesti sebab terkena saji tadi

"Eh along.Kenapa tu?"tanyaku selamba.Saja je aku nak mengapi-apikan dia

"Kau ni memang budak jelik betullah.Sakit hidung aku yang mancung ni.Macam mana nak kahwin ni"rungutnya sambil menjeling tajam ke arahku

Aku malas melayan kerenah tak semenggahnya lalu mencedok bihun dan mencarik sedikit ayam lalu membubuh sup ayam.Tak sampai sesaat aku menyediakannya,terus aku suap ke dalam mulut.Nasib baik aku dan baca Bismillah awal-awal.Hehe

Untuk merasai lebih kenikmatan yang tak terjangka itu,aku menutup mata sambil asyik mengunyahnya

Sedang sedap duk mengunyah,aku terasa pipiku sakit seperti dicubit seseorang.

"Pow walawei"latahku terkejut.Aku berkerut dahi sambil menyeringai kesakitan

"Hahaha.Padan muka kau.Balasan untuk tadi"balas alongku lalu menjentik dahiku sebelum menyambung ketawanya yang tergendala tadi.Habis keluar air mata sebab gelak kuat sangat

Kureng asam keping punya big brother!!marahku dalam hati

"Along ni!!Dari duk usik kak cik,baik naik atas dan buat hal sendiri.Kacau daun keladi betullah"marahku sambil menggosok bahagian dahi.Sakit doh!

"Kau ingat along turun ni tak ada sebab ke?Disebabkan abang kesayangan handsome kamu ni lapar,terpaksalah mengerahkan tenaga kaki ini untuk turun demi mengisi tummy yang sudah berirama ni"ujarnya sambil mengenyit mata.Tanpa banyak kerenah,dia mengambil tempat di depanku yang memang sudah sedia kosong

"Sibuk je nak duduk depan kita.Pi dah!"halauku.Aku buat muka menyampah

"Hurm.Ada nama kau ke kat sini?Sampai halau aku bagai macam tempat ni kau punya je"sinis ucapannya dengan kening terangkat-angkat

"Ishh..Malaslah layan perangai childish along ni.Baik makan pastu solat and tidur.Humphh!"rajukku lalu memusingkan badan ke arah lain dan menyuap bihun sup yang berbaki setengah lagi tu

Kembara BersamaWhere stories live. Discover now