🐳Bab 6🐳

18 2 0
                                    

Aku terbangun apabila terdengar ketukan di pintu.Beratnya rasa nak buka mata ibarat digam dengan gam gajah je.Aku membuka mata dengan payah lalu menjeling ke arah ketukan pintu

Siapa pulak yang ketuk ni?Aku ni ngantuk macam apa lagi ni..keluhku perlahan

Aku mencapai telefon di tepi.Pukul 6 pagi dan ketukan itu masih berbunyi.

"Siapa tu?"suara rock aku keluar sebab lama dah aku tidur kan..

"Aku ni"suara itu menjawab..patutlah ketuk punya kuat dan tak berhenti.Rupanya kakak aku.Dia memang macam tu selagi aku tak sahut dia punya panggil,confirm-confirm dia akan buat sampailah aku sahut walaupun masa itu aku tidur ataupum duk dalam bilik air.Sabor ajalah dengan perangai tak semenggah kakakku itu

"Nak apa?"aku dah bangun dan duduk di tepi katil..tak larat lagi nak berdiri

"Aku nak pinjam charger phone kejap.Yang aku punya rosaklah"terbeliak aku punya mata.Dia punya ketuk tu ibarat ada sesuatu yang penting nak cakap..rupanya tu je..aku mengeluh perlahan

"Alah..benda tu je ke..kenapa tak pinjam yang along punya?Angah ke?"tanyaku letih.Memang maklum dalam rumah ni kami guna phone sama..semuanya jenis Samsung cuma lain version.

"Along kau tu tidur mati agaknya..dia tak nak buka pintu..yang kau nih tolong lah bukak pintu nih..lenguh aku berdiri kat luar ni"rungutnya

Dengan malas bersama aku gagahkan diri melangkah ke arah pintu dan membukanya

"Nak masuk ke?"

"Masuklah nak ambik charger tu..alah nanti aku pulangkan baliklah..jangan risau..kau letak mana?"bisinglah kakak ni

"Tengok dalam laci tepi almari tuh..ada extra rasanya..ambik yang tu jelah tak payah pinjam-pinjam"suruhku

Ujaranku membuatkan dia tersenyum

"Nih aku sayang kau ni.Semua benda mesti ada extra.Kalau aku tak ada pakaian dalam aku ambil yang kau punyalah ya"katanya mengusik

Aku yang duduk dia atas katil hanya menggeleng dan mencapai bantal kecilku dan lempar ke arahnya.Dia yang sedang tunduk mengambil charger dalam almari itu terkejut dengan tindakanku

"Eh budak ni.Aku lekukkan..sakitlah woi!"marahnya tapi aku hanya ketawa dan dalam masa yang sama aku menguap untuk keseribu kali

Ngantuk sangatlah

"Dah dah..baik kau pergi mandi dan solat subuh.Ma suruh turun kejap lagi pastu sediakan sarapan dan makan sekali.Pukul 7:30 pagi ye"pesannya

"Alah sempat lagi tidur..perlu ke turun awal macam tu"cebik dikeluarkan.Aku malaslah

"Tak boleh.Ini arahan ma.Kalau nak makan turun kalau tak nak makanan akan habis sebab ma nak keluar hari ni sebab tu dia suruh makan awal.Ada paham?"bicaranya sedikit terangkat kening sebelum keluar dari bilik tu

Aku menggangguk malas dan mahu menuju ke bilik air untuk mencucikan diri.Tak nak mandi lagilah..cuci rambut je duluh.Nanti lepas sarapan aku mandilah..hihih

Selesai je apa yang patut aku mendirikan solat subuh dengan niat dapat khusyuk menghadap yang Maha Esa lalu menyudahkannya dengan wirid panjang

Habis je solat aku naik ke katil kejap untuk mengumpul tenaga dan baring kejap.Aku melihat ke arah jam di dinding dan sudah pukul 6:30 pagi.Awal lagi ni.Aku nak buat apa ya?Turun dulu kut

Aku turun dari katil dan menuju ke luar lalu turun ke bawah.Dalam masa yang sama aku bertembung dengan along yang baru bangun tidur dengan pakaian kotak-kotaknya

Aku menggeleng dan menegurnya

"Nak turun jugak ke along?"

"Ha ah.Nak makan kejap pastu naik tidur balik.Aku ngantuklah..semalam aku tidur lewatlah"luahnya

"Patutlah ada lingkaran hitam kat mata tu"Along hanya mengangguk maksud mengiyakan

Masa nak turun bersama tu..kami terserempak dengan angah dan kakak yang tengah dalam perjalanan nak turun.Aku menegur mereka dan mempelawa untuk turun sekali.Mereka hanya menurut

"Eh?Kau tak mandi lagi ke kak cik?"kakakku bertanya

Aku tersengih dan menggeleng "Malaslah kak.Lagipun its still early lah.Relakslah dulu.Nak mandi cepat-cepat bukannya nak pergi mana pun"jawabku tenang

Kakak tidak menjawab tapi hanya menggelengkan kepala dan masih berjalan menuju ke meja makan

Kami semua dah ready di meja makan dengan pelbagai makanan tersedia dan menjamunya tanpa banyak soal.Aku tak nampak pulak abah kat meja.Hurm...mana abah?

"Ma,mana abah?Masih kat atas ke?"tanyaku sebab selalunya abah ada bersama kami untuk makan tapi batang tulang hidung abah pun tak nampak

"Abah kat atas.Katanya tak larat nak buka mata.Dia kata nak turun makan nanti ajaknya.Sudah je solat tadi abah tidur balik.Balik lewatkan semalam sebab siapkan kerja kat pejabat.Tambah lagi dengan jammed tengah malam.Tu yang letih sangat tu sampai solat tadi pun tak ikhlas ma rasa..hahaha"ujaran ibu membuatkan aku ketawa dan yang lain pun sama dan telah menjawab segala persoalanku

Kalau belakang abah bolehlah ibu cakap macam tuh.Kalau kat depan ni tak adanya nak cakap macam tu.Hormat semacam lagi

Setelah selesai pada pukul 8:15 pagi,kami naik membuat urusan masing-masing

Aku masuk ke dalam bilik dan virus menguap tuh masih ada.Kenapa aku ngantuk sangat ni?Aku bermonolog sendiri

Aku melihat telefon ku yang bergetar.Mesti ada mesej masuk.Malasnya nak tengok so aku biarkan.Nanti-nantilah

Awal lagi ni.Sempatlah aku tidur kejap.Tak sampai 2 minit aku sudah tidur dan masuk ke dunia mimpi.Again.

Kembara BersamaWhere stories live. Discover now