Mataku menangkap kelibat seseorang yang tengah meletakkan motosikal hyundai di tepi kereta Honda City aku
Mesti dah boleh agak siapa kan?Pak cik Azhar merangkap ayah farina.Aku call dia semalam cakap nak jumpa sekejap kat kafe White Coffee pada pukul 3 petang.Nasib datang.Jenuh jugak aku bagi alasan untuk jumpa dengan si belia.
Aku hanya memerhati tingkah lakunya yang sedang memesan air dan menuju ke arahku yang agak jauh dari orang lain.Sebab tak nak bagi dengar apa yang kita orang akan bincangkan je sebenarnya
"Hah farahin.Dah lama sampai?"tegurnya sekali gus memulakan perbualan kami
"Assalamualaikum pak cikkkkkkk"meleret + sinis aku beri salam tadi
Pak cik Azhar hanya tersenyum sinis dan ketawa sekejap lalu menjawab salamku tadi
"Kamu nak apa jumpa pak cik petang-petang ni"tanyanya sedikit hairan
Percakapan aku terbantut apabila pelayan datang dan menghidangkan jus epal yang dipesan oleh pak cik tadi.Airku dah habis semasa menunggu tadi jadi malas nak order lagi.Takut nanti ada pula orang yang 4-5 kali pergi tandas..hehehe
"Ok saya sambung balik"ucapku sambil membetulkan kedudukanku supaya lebih selesa dan menarik nafas perlahan
"Aik macam penting jer.Tarik nafas bagai"komennya
Aku tersenyum "Memang penting pun.Saya rasa baik saya straight to the point dan berlaku jujurlah dengan pak cik"ayatku membuatkan dahinya sedikit berkerut
"Apa bendanya kamu ni.Cakap ajalah dan tak payah nak cakap berbelit-belit.Cakap je"desaknya.Tampak jelas kebosanan di mukanya
Aku menarik nafas again.Mencari kekuatan
"Kenapa pak cik tak bagi farina pergi luar negara?"tanyaku lagikan bersuluh gituh..nak cakap sangatkan.Aku dah cakap lah tu
Senyap tidak berkutik.Tu je responnya
Aku mengeluh perlahan dan ulang balik soalan aku tadi.
Dan situasi masih sama.Aduilah kalau macam ni situasi dia boleh cepat tua aku nak tunggu respon pak cik ni.
Aku mahu ulang sekali lagi tapi tak jadi apabila pak cik Azhar bersuara
"Sebenarnya bukan pak cik tak izinkan..cuma.."haih pak cik ni.Tergantung pulak apa yang nak dicakapkan.Resah sangatkah?
"Cuma pak cik risau dengan keadaan dia kat sana sebab tulah pak cik tak izinkan dia ke luar negara dengan kamu"sambungnya sedikit perlahan tapi aku sempat menangkap butirannya
Hurm..pak cik ni sebijik macam ibuku.Risau melampau tapi nasib baiklah aku pandai pujuk dan yang ini pun aku akan pastikan aku dapat pujuk
FIGHTING!!!(beri sokongan kepada diri sendiri..dalam hati jelah)
"Alah pak cik ni.Nak risau buat apa?Kami bukannya budak kecil lagi sampai nak dirisaukan bagai.Maksud saya bukannya nak ada perasaan risau tuh tak boleh,cuma kalau melampau takut memudaratkan orang lain pulak"tukasku
"Dan pak cik..kami bukannya nak buat benda bukan-bukan di negara orang,cuma nak tambah knowledge je agar lebih pandai"terangku bersungguh-sungguh agar dapat meyakinkannya
Bismillah
Keluhan berat dilepaskan "Pak cik nih bukan apa farahin,pak cik terfikir tentang keselamatan kamu berdua dekat negara orang.Bukannya kamu ada kenalan kat sana"ujarnya
Sebelum dia menyambung aku memotong dulu "Eh pak cik ni..siapa kata saya tak ada kenalan kat negara orang..saya ada beberapa kawan kat sana yang tengah belajar di kolej dan universiti sana..pandai-pandai je pak cik cakap macam tu"rungutku
"Dan saya tak akan buat sesuatu tanpa merancang dulu tau"ucapku mempertahankan diri
Aku hanya melihat pak cik tersenyum sebelum menyambung perbualan
"Yelah kamu beruntung sebab kamu kaya.Sebab itu ada ramai kawan tak kira bangsa tu.Pak cik ni tak mampu nak buat farina ada kawan yang ramai macam kamu tuh"bicaranya membuatkan aku pening kejap
Berkaitnya pemikiran pak cik...ingat kawan tuh aku beli dengan duit ke..teknologi lah pak cik..hish Ya Allah ..sabarkanlah aku..bisik hatiku
"Haih,pak cik.Tu semua di hujung jari jelah.Teknologi sekarang bukannya dalam negara ni je..seluruh dunia kut.Dan kalau pak cik nak tahu farina pun ada kenalan kat luar negaralah.Cuma pak cik je tak tahu"
Hanya senyap dan mungkin tengah berfikir tentang apa yang aku cakap tadi..
"Macam nilah farahin"
Aku setia mendengar
"Walau apa pun yang kamu kata,keputusan pak cik tetap muktamad.Kamu cakaplah apa-apa dengan niat nak mengubah keputusan pak cik,pak cik akan tetap cakap benda yang sama"
"Tiada siapa boleh ubah keputusan pak cik.Titik."percakapannya tamat di situ
Tapi aku tak gentar malah aku tersenyum mendengarnya
"Tak apalah pak cik.Saya bukannya boleh paksa pak cik pun nak ikut segala benda yang saya nak"aku acah-acah mengalah je tuh
Pak cik Azhar hanya tersenyum dan mengangguk..mesti dia ingat dia dah menang..
Aku meminta izin untuk beredar dan setelah selesai membayar segala apa yang perlu aku menuju ke pintu keluar...setelah keluar dari kafe,aku mengeluarkan smartphoneku dan menaip sesuatu kepada seseorang
'Kau kat mana?'
'Ada je sebalik dinding ni..nampak tak?'
Mataku melilau kejap pada persekitaran kat situ dan aku nampak kelibat seseorang sedang melambai ke arah ku..aku tersenyum
'Ok nampak dah..ingat tak plan kita?'
'Of course ingat..aku bukannya jenis pelupa'
'Ok great!Bila aku jerit 'now' mulakan rancangan kita.Faham?'
'Faham bos.Jangan risaulah'
'Ok good'
Aku menyimpan smartphone di dalam beg dan mengerling 2 pek plastik yang berisi cecair merah pekat seperti darah yang berada dalam handbag aku..aku tersenyum sendiri apabila memikirkan idea aku ini
Aku hanya mengerling ke arah pak cik Azhar yang sedang syok makan kat dalam..pandai aku pilih tempat..saja je aku pilih tempat yang mempunyai tingkap untuk memudahkannya nampak segala benda yang berlaku di luar
Aku berjalan ke kereta dan mengerling ke arah orang suruhanku
Dia hanya menggangguk tanda memahami maksud pandanganku tadi
YOU ARE READING
Kembara Bersama
Rastgele"Hi"terkejut aku mendengar gerangan di sebelah memberi sapaan Sedang syok pilih barang tetiber ada mamat tegur Aku berpaling ke arah pemilik suara "누구새요(siapa awak)?"tanyaku dalam language Korean Al maklumlah tengah stay kat negara mat sepet..of cou...