😾Bab 8😾

16 2 0
                                    

Selesai je aku mandi serentak tulah azan Zohor berkumandang.Lama jugak aku mandi.Adalah dekat 40 minit untuk pastikan badan aku betul-betul bersih.Aku tak boleh kalau badan aku tercemar sikit pun.Cehh...

Aku pun masuk balik bilik air untuk ambil wudhu dan segera menunaikan solat.Aku ambil masa 10 minit untuk menyudahkan solat.Aku bersiap berpakaian malah wangi lagih lalu turun ke bawah

Aku dengar sesuatu di dapur.Bunyi orang memasak.Nih tak lain tak bukan ibu dah balik untuk masak makan tengah hari untuk kita orang tapi selalunya aku makan dengan abah dan ibu serta adik 2 orang je sebab kakak dan abang yang lain akan keluar untuk urusan sendiri.Urusan apa aku tak ambil tahu.

Sampai je di dapur aku bau something delicious.Sedapnya bau.Aku menuju le dapur dan mendekati ibuku yang tengah leka memasak

"Masak apa ma?Sedapnya bau sampai kat luar lagi dapat bau..mesti yum yum rasanya"sergahku membuat si pendengar hanya terpelanting segala senduk di tangan

"Meletup boom pow!"kalau tak melatah sehari memang tak sahlah ibu ni.Aku ketawa melihat lagatnya

"Apa yang boomnya ma?Kak cik tanya masak apa pun terkejut ke?"pelik.Aku rasa suara aku dah slow ke aku yang tak perasan suaraku kuat tadi.Hurm.Tak ada jawapan.

"Eh kamu ni.Terkejut ma tau tak.Memanglah kamu tanya tapi di betul-betul di tepi telinga ma ni.Terkejutlah ingatkan bisikan makhluk mana tadi"merah sikit mukanya.Malulah kut plus marah.Aku tak sengaja sebenarnya.

Aku tersengih dan meminta maaf dan berjanji takkan melakukannya lagi

"Tak payah nak berjanjilah..kamu tu bukan boleh percaya sangat"tukasnya membuatkan aku muncung sedepa

"Hah!Muncunglah muncung kan ma ikat dengan getah ni kan.Biar tak boleh bercakap nanti"ugutnya serta-merta membuatkan aku menarik balik muncungku

"Ma ni kalau nak bergurau pun tak sukalah cakap macam tuh.Kalau tak boleh bercakap,macam mana nak usik mak lagi kalau tak ada suara kuat kak cik ni?hihihih" tadi ibu mengusik aku dan sekarang giliran aku pula

Ibu membuat gaya ala-ala mahu menampar aku dengan reaksi muka pura-pura marah lalu aku berlari keluar pura-pura ketakutan dengan tindakannya

Tapi aku masuk balik dapur untuk tolongnya masak

"Ma tak jawab lagi soalan kak cik."

"Apa dia?Ma tak dengar pun kak cik tanya?"

"Ishh ma ni.Tadi kan kak cik tanya ma masak apa.Sebab sedap sangat bau dia sampai kat luar lagi bau."lebih kepada memuji sebenarnya

"Masakan simple je.Masak lemak cili padi untuk abah kamu dan sup ayam untuk kamu semua"terangnya sudah membuatkan air liurku kecur

"Sedapnya tapikan ma..tak banyak sangat ke?"tanyaku sebab bimbang takut membazir dan terikut amalan syaitan pulak

"Kalau ada lebih nanti kita bagilah sikit kat jiran tetangga.Ma dah tahu yang kamu semua tak makan banyak jadi baik bagi kat mereka sahaja.Jadi tak membazir.Faham sayang?"ujarnya lalu mencubit pipiku

Aku tersengih malu dan mengangguk saja.Lupa pula yang ibu ni memang jenis penderma gitu.Suka sangat bagi sesuatu kat orang.Tapi baguslah dari kedekutkan..baik jadi pemurah dapatlah pahala

Sudah je masak apa,aku pun tolong ibu memyediakan makanan di atas meja dan menghiasnya cantik-cantik walaupun nanti akan kucar-kacir juga disebabkan oleh adikku dua orang tu.Saja sebab boring.Hihih

Siap dah hidang.Baru aku nak duduk ibu sudah bersuara dari dapur "Kak cik,tolong panggilkan abah dan kakak dalam bilik.Cakap suruh turun makan tengah hari"arahannya aku hanya membalas dengan ringkas tanpa banyak kerenah

Kembara BersamaWhere stories live. Discover now