🎶Bab 5🎶

18 2 0
                                    

Sampai je ambulan tu kat destinasi yang agak asing di mataku itu,semua yang berada di dalam itu turun membuat hal sendiri dan membiarkan aku melakukan hal sendiri di dalam ambulan itu

Aku tak buat apa pun cuma tukar segala pakaian yang sudah tercemar dengan 'darah' ciptaan aku tu.Segala benda dah bertukar kepada yang lebih bersih dari atas sampai bawah

Setelah menilik diri sekejap,aku turun dari ambulan dan mendapati 5 orang jejaka handsome sedang berdiri sambil berbual sesama sendiri di bawah pohon rendang di situ.Mereka pun sudah bertukar pakaian asal.

Semua itu oranh suruhan aku dan paling utama kat situ ialah lelaki yang cucuk aku tadi tu.Nama dia Ilhan dan dia antara sepupu paling rapat dengan aku..hihih pandaikan dia berlakon?..hahahha

Aku mendapati mereka di pohon itu dan serentak mereka semua berpaling dan bangun berdiri lalu menuju ke arahku.Aku hanya tersenyum melihat tingkah mereka.Tunggu habuanlah tu.Bisikku

Aku berpaling ke arah Honda City milikku yang diparking bawah garaj yang terdapat di situ.Siapa lagi yang ambik kalau bukan Ilhan tu.Dia buka topeng dan jadi orang awam di situ lalu mencapai kunci keretaku yang ada dalam begku dan membawanya ke sini

Bijak lagikan bernas gituh!

"Kejap tau.Aku pergi ambil ganjaran korang semua dalam kereta kejap"ujarku sambil menunggu reaksi mereka

Mereka hanya mengangguk dan tersenyum ke arahku.Memahami tindakan mereka,kakiku melangkah ke arah kereta kesayanganku lalu mengambil beg kertas yang berisi lima keping sampul

Aku menilik sekejap dan menutup pintu kereta lalu menuju ke arah mereka dan memberikan beg kertas yang berisi itu kepada Ilhan

Dia hanya menyambutnya dan melihat ke dalam isinya dan mengeluarkan isi di dalamnya lalu menyerahkan seorang satu sampul

Sampul itu mereka tilik sorang-sorang.Ada duit dalam itu dan aku ada letak sedikit kupon malah baucar pembelian di mall untuk mereka..baguskan aku hihih

Mereka memandang aku semula.."Dah puas hati?"tanyaku biarpun aku sudah tahu jawapannya apabila melihat reaksi muka yang happy tu

Duit kan...siapa tak nak..orang gila pun nak duit tau

"Cukup sangat ni weh..thank you sangat.Ini pun dah bersyukurlah nih.Ada jugak rezeki kami kat sini"Ilhan membalas bagi pihak kekawannya

Yang lain hanya menggangguk tanda setuju

"Sama-sama kasih korang.Sebab korang pun banyak bantu aku masa aku perlukan bantuan"

"Kalau perlukan bantuan lagih,panggil je kita orang.Kami akan berkhidmat untuk tuan puteri ni"bicarakawan Ilhan itu membuatkan aku hanya ketawa kerana keningnya yang terangkat-angkat tanda bergurau

"Yelah...ni korang jangan lupa antar balik ya ambulan ni.Pandai sewa pandai letak balik tau"

"Aku nak balik dah ni dan kalau ada apa-apa beritahu je aku ye"pesanku

"Baiklah kami ingat tu.Baliklah dulu kami pun nak balik jugak.Lewat dah nak solat asar ni.Bye dan selamat pulang ke rumah"ucapnya membuatkan aku tersengih kejap

"Yelah bye semua dan terima kasih lagi sekali.Aku harap korang manfaatkanlah ye duit dan baucar tuh.Bukannya senang aku nak dapat"

Mereka hanya ketawa dan mengangguk

Aku menuju ke arah kereta dan duduk di tempat pemandu.Aku menghidupkan enjin dan tunggu sebentar untuk memanaskannya

Setelah panas,aku bergerak keluar dari perkarangan itu sambil membunyikan hon dua kali tanda selamat tinggal

Aku melihat dari cermin belakang mereka hanya melambai dan tersenyum plus ada yang tersengih ke arahku

Aku tersenyum dalam hati

Aku menjeling jam tangan dan sudah pukul 5:45 petang.Dah lewat ni.Aku solat pun belum lagi.Aku masuk ke jalan raya dan menuju ke masjid berdekatan.

Aku memberhentikan kereta di depan masjid dan turun lalu bergegas menuju ke arah tempat solat wanita.Aku mengambil wudhu dan langsung menunaikan solat menggunakan kain telekung yang dah disediakan.Aku solat menghadap yang maha Esa.

Sibuk macam mana pun kita sebagai umat islam perlulah menunaikan tanggungjawab yang satu itu agar selalu disayangi oleh Allah Tuhan yang Esa.Ingat tau

Selesai saja urusan di dalam,aku berjalan kekereta dan mahu pulang ke rumah.Aku sempat menjeling kat jam yang tergantung di dinding masjid tadi.Sudah pukul 6:23 petang lah..cepatnya masa berlalu..

Aku lekas memusingkan stereng dan keluar ke jalan besar.Apalah nasibku jalan jammed pulak.Ni mesti sebab ramai manusia baru balik dari kerja ni..sabarkan jelah..lama jugak aku kena tunggu nih

Pada pukul 19:55 p.m barulah aku sampai di perkarangan rumah lalu cepat-cepat meletakkan kereta di dalam garaj yang bersebelahan rumahku

Masuk-masuk je lepas bagi salam kena dengar pulak ceramah perdanan  ibu dan abah..abah pesan sikit je "Kalau balik lewat beritahu dulu,jangan buat senyap je" tu jelah abah cakap tapi ibu ni panjang berjela sampai aku rasa pening dan boleh buat karangan bm ni.

Apabila aku tidak cuba membalas dan menayangkan muka keletihan yang amat,ibu tak jadi nak sambung bicaranya lalu membenarkan aku naik ke atas dan bersihkan diri

Aku naik ke atas dan membersihkan badan segera untuk menunaikan solat maghrib.Habis je solat,aku baring atas katil dan relaks kejap

Maybe esok je kut aku beritahu farina pasal ni

Penatlah

Baru beberapa minit aku berehat,azan isyak berkumandang.Aku mengerah tenaga untuk bangun dan menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang

Tak sampai dua minit aku keluar dan menyiapkan diri untuk solat dan sujud menghadap ilahi

Disebabkan aku penat sangat,aku buat wirid pendek je dan selesai berdoa aku menyangkutkan kain sembahyangku berdekatan almari yang disediakan

Laju aku berbaring dan membetulkan segala urat saraf aku.Disebabkan aku ngantuk dan penat aku cepat-cepat menyediakan diri untuk tidur sambil membaca doa sebelum tidur

Tak sampai sesaat aku sudah terlelap sambil melayari mimpi





Kembara BersamaWhere stories live. Discover now