💥Bab 16💥

5 1 0
                                    

Siap je mandi,serentak itu juga aku dengar azan Zohor berkumandang di masjid yang berdekatan di kawasan rumahku itu

Aku masuk balik bathroom dan mengambil air sembahyang dengan teliti

Selesai je aku terus menyarungkan kain telekung dan perlahan-lahan menghadap kiblat.Dengan rasa rendah diri dan hibanya diri ini,aku menghadap ilahi

Sudah je solat,aku melihat jam Casio di tangan.Dah pukul 1:45 petang.Hurm kena gerak sekarang ni.Kalau tak bising je minah tu dan mangsanya aku jugak sebab kena dengar bebelan angsa dia tu

Aku menyiapkan diri dengan hanya berpakaian blaus kuning labuh dan seluar palazo coklat dilengkapi dengan shawl krim yang perfect terlilit di kepalaku.Dan tak lupa juga stokin yang menutupi kakiku demi melindungi aurat yang selama ni dijaga

Kaki tu aurat tau guys.Hanya muka dan tapak tangan je yang bukan aurat.Faham tu!Dalam diri kena tegaskan yang kaki tu ialah aurat.Jadi buatlah macam mana pun asalkan kaki tu tertutup dari pandangan ajnabi

Ok done ceramah pendek untuk hari ni

#harapsuka
#kalautaksukabolehpergilaut

Aku sempat membelek badan di hadapan cermin panjang yang dihiasi manik-manik buatan perancis itu.Setelah berpuas hati,laju aku keluar dan mengunci pintu bilik.

Turun je sempat aku bertegur dengan ma abah tadi.Saja je nak beritahu mereka yang aku sudah mahu bertolak pergi le rumah si empunya

"Ma abah.Kak cik pergi dulu tau.Kalau ada apa-apa call jelah.Ok?"ujarku sambil memeriksa isi dalam handbag.Takut-taku tertinggal sesuatu ke.Aku ni bukan boleh percaya sangat.Benda sebesar kereta pun aku boleh tertinggal tau

"Pergilah kak cik.Cuma ingat pesan abah tadi.Jangan balik lewat.Balik dalam pukul 6 petang macam tu.Kalau lebih sikit tak apa"sempat abah berpesan

Jangan sampai nak dekat isyak baru balik.Kalau tak,bukan telinga je abah piat,dengan kereta kamu sekali abah akan piat dan simpan dalam garaj.Biar tak boleh naik.Do you understand my dear?"pesanan abah yang bercampur wasabi itu aku telan dengan pahit.

Sedap je ungkit balik kisah dulu.

"Yelah abah.I understand.2000% understand.Abah janganlah piat my love kat luar tuh.Kesian dia"sambil membuat muka sedih,aku mendekati abah

"Hah.Kalau tak nak jadi macam tu,dengar cakap kami dan patuhi dengan baik dan tulus"ujarnya lalu menggosok kepalaku

Ibu hanya mengiyakan kata-kata abah dan aku hanya mengangguk mendengarnya

"Good girl."

"Baiklah.Ma abah,kak cik pergi dulu ya.Dah lewat ni.Bye.Muah muah"aku bersalam dengan buah hati aku dua orang ni lalu mencium pipi mereka.Cepat-cepat aku melangkah ke arah pintu utama

"Nanti jangan lupa kirim salam kat mak ayah dia tau"sempat ibu menyelit pesanan

"Ok ma.Bye ma.Bye abah.Love love you.Muah muah setopok"ujarku sambil mengenyit mata.

Ma abah hanya menggeleng sambil tersenyum sebelum menyambung balik bicara mereka yang tertangguh tadi

Dengan pantasnya aku menyarung sandal gold aku yang bercorak BT21 dan bergegas ke arah my love yang terletak di hadapan kebun bunga ibu tu.

Sempat aku mencium beberapa kuntum bunga kegemaranku yang aku sudah lama gemari.Sejak kecil lagi aku suka bau bunga itu

Bunga apa lagi kalau bukan bunga daisi.My favourite sejak aku umur 4 tahun lagi.Hehehe.Kecil-kecil dah pandai minat bunga.Bagus aku ni.Payah nak cari orang macam aku

Kembara BersamaWhere stories live. Discover now