"Kau nak makan apa ni?.Biar aku pergi order.Kau duduk jelah."pelawaku sebab nampak dia letih sangat tu so aku tawarkan diri untuk ambil order
"Ikutlah apa-apa pun asalkan bukan batu atau kayu.Semua aku makan kecuali semua benda tu"tanpa mengangkat muka dia bercakap sambil mengurut kaki yang lenguh
"Oh kalau aku order kera goreng oun kau makan lah ya?"acah ku
Serentak tu dia angkat kepala dan berkata "Eh kau ni agak-agaklah kera kut.Kesian dia nak hidup jugak.Bukan kita je.Ada ke kat dunia ni orang makan kera?"fikirnya sambil meletakkan jari di dagu
"Ada"pendek je aku jawab
"Siapa?Orang ke?Ke makhluk mana yang makan?Ishh siannya kera tuh"bertubi-tubi dia tanya
"Orang asli macam kau"kutukku lalu berlari ke arah kaunter dan memesan makanan.Farina hanya buat muka kerek dan mendengus kasar
Aku hanya memesan kopi hazelnut dan nasi ayam manakala untuk farina aku order benda simple je.Jus oren dan nasi Arab.Aku kan kawan yang baik sebab sanggup belanja kawan aku yang asli tuh....hihihi..jahatnya
Aku menuju ke meja kami dan duduk di depan Farina yang tengah bermain phone
"So lepas makan nak pergi beli apa-apa lagi ke Farina?"tanyaku sebab aku rasa dah tak ada barang dah aku nak beli.Pergi sini pun sebab nak beli baju and beberapa tudung berkualiti.Aku tak main tudung buruk-buruk ni.Nak rosak kulit?Mampus nanti kena baiki balik tau.
"Aku nak pergi tukar casing phone kejap lepasni sebab yang ini dah buruk.Kau tunggu kat sini tak apa.Biar aku pergi sorang.Kalau kau duduk sini senang aku nak cari nanti.Kalau tak,tak pasal-pasal aku kena pergi pondok keselamatan sebab ada budak hilang.Hihihi"kurang ajar dia ni.Sedap-sedap je kutuk aku.Kalau aku kutukkan nanti keluar segala aib jadi aku senyapkan aja
"Ikut suka hati kaulah"dan dalam masa yang sama makanan yang aku order tadi dah sampai di meja dibawa oleh pelayan handsome.Kami ucapkan terima kasih dan makan tanpa banyak kerenah
15 minit ambil masa untuk habiskan semua,aku menjeling ke arah jam Casio di tangan.Sudah pukul 5:45 petang.Asar tak solat lagi ni.Aduyai tak boleh ni,kena pergi solat luh
"Farina,dah siapkan?Jomlah pergi beli casing cepat-cepat pastu kita balik sebab asar dah lewat ni"ujarku sambil mengelap sisa di mulut dengan tisu
"Lah yeke.Dah pukul berapa ni?"
"Nak dekat pukul 6 petang dah.Jomlah segerakan segala benda yang perlu"gesaku dan Farina hanya mengangguk saja
Kami pun ke kedai phone yang menjual casing phone yang glamor dan cantik belaka.Aku terpana sebab terlalu cantik casing yang dipamerkan.Tapi tulah harga dia boleh buat aku pengsan tak bangun 3 bulan.
Maybe sebab kualiti atau bahan-bahan yang dihasilkan tu mahal kut.Husnuzon jelah
Lepas 10 minit aku menunggu,Farina sudah kembali dengan plastik berisi 2 jenis casing
"Aik?Kenapa beli 2?"pelik sebenarnya tengok dia beli yang berlainan jenis dari telefonnya
"Oh.Aku beli untuk ayah dan ibu akulah.Diorang punya casing tuh dah macam klasik sangat sebab tu aku rasa baik tukar yang baru.Hihi cantik tak?"terangnya sambil mengeluarkan casing itu dari plastik
Memang cantik sebab its simple but elegan.I like it.
"Kau punya dah belilah ni?"Farina hanya mengangguk
"Nih.Aku beli yang ada kartun Soobin weh.Untung aku pergi beli kat situ.Dia memang jual casing-casing yang berkait dengan hiburan global macam artis korea apa tu.Baguslah kedai tu.Murah je tak adalah mahala sangat.Berpatutan."aku hanya menggangguk tanda memahami dia bercakap
YOU ARE READING
Kembara Bersama
De Todo"Hi"terkejut aku mendengar gerangan di sebelah memberi sapaan Sedang syok pilih barang tetiber ada mamat tegur Aku berpaling ke arah pemilik suara "누구새요(siapa awak)?"tanyaku dalam language Korean Al maklumlah tengah stay kat negara mat sepet..of cou...