BAB 6

1.4K 89 1
                                    

Hazwan memandang Zaireel yang berada di depannya sekarang

"Asal kau pandang aku macam tuh?majlis adik kau malam nih kan?bukan sekarang.."kata Zaireel tidak selesa apabila di tenung oleh bakal abang iparnya

"Aku tahu kau bagi adik aku panggil kau Adam kan?"soal Hazwan sambil mengangkat kening..Zaireel mengangguk perlahan

"Aku nak bagi tahu kau nih..kau kena pastikan adik aku ikut semua peraturan nih.."Zaireel meneguk air liur,aku plak yang kena jadi robot nak kena pesan kat minah tuh hari2?

"Pertama,jangan bagi dia tunjuk muka dia kat orang lelaki lain kecuali kau dan sesiapa yang ada pertalian darah ngan adik aku..kedua,kau kena suruh dia baca doa dan ambil whuduk sebelum tidur..dan akhir sekali,kau jauhkan dia dari adik aku..angah kepada Hawa..nama dia Hazreel Nazim..kalau adik aku langgar semua nih,kau pandai2 lah uruskan"kata Hazwan tenang lepas tanggung jawab dia akhirnya..

"Apa jadi bro..kau jangan main2,kau buat aku takut plak nak kahwin ngan adik kau nih"kata Zaireel..mukanya sudah berubah cuak..apa istimewa sangat ker muka adik Haz nih sampai kena pesan semua benda tuh hari2?

"Aku tahu kau boleh urus kan benda nih...aku harap kau boleh tolong adik aku untuk sembuh...dan nih gambar Hazreel"Hazwan menghulurkan sekeping gambar Hazreel..dia selalu mengambil tahu tentang adiknya walaupun mereka berjauhan..dia membayar semua kos pembelajaran adiknya sehingga tamat belajar..

"Kenapa kau tak bagi Hawa dekat ngan Angah dia?"soal Zaireel pelik..banyak betul rahsia keluarga nih,naik pening aku di buatnya..

"Aku tak tahu..tapi,aku harap kau boleh tolong sembuhkan adik aku macam biasa..aku harap sangat"kata Hazwan..dia tahu kawannya juara Hafazan..jadi tak heranlah kalau jadi benda macam tuh..

"Tolong apa benda bro?kau nih..aku taknak kahwin jugak ngan adik kau nanti kang!"Zaireel bertanya dengan muka cuak

"Wei,jangan lah..kau lupakan jelah pasal hal yang kita bincang sekarang nih..kau cuma hafal nama panjang adik aku jer.."kata Hazwan

"Haaa baru aku nak tanya..apa nama panjang adik kau eh?aku tak tau lagi.."tanya Zaireel sambil menggaru kepala

"Aku cakap sekali jer eh?..Nur Hawa Nadirah Binti Haji Nazim..simple jer bro.."kata Hazwan perlahan..Zaireel menulis nama itu di buku catatannya

"Sejak bila kau bawak buku kecik tuh?"soal Hazwan hairan melihat kawannya menulis nama panjang Hawa

"Dari sampai lagi..aku memang nak tanya nama panjang Hawa dari kau ajak jumpa lagi.."terang Zaireel mendatar..dia menghafal nama Hawa dalam beberapa minit jer..

"Dah hafal dah?"Zaireel hanya mengangguk dan membuang kertas itu..

"Cepat kau hafal..eh lupa kau kan.."Zaireel memintas kata2 Hazwan

"Boleh tak jangan cakap pasal benda nih lagi?aku nak lupa kan semua.."kata Zaireel tegas

Hazwan hanya mengangguk dia tahu kawannya cukup terseksa dengan masa dilamnya..dan terus berubah seratus peratus...

"Aku cau dulu lah..jumpa malam nih.."kata Zaireel dan terus berlalu meninggalkan Hazwan..setelah beberapa minit Zaireel keluar,seseorang menarik kerusi di hadapan Hazwan dan duduk di tempat Zaireel

"Lama aku tak jumpa kau.."Hazwan tersentak mendengar suara itu..

"Haz...reel?"soal Hazwan dan terus memandang lelaki yang hanya tersenyum di depannya itu..

"Kau buat apa datang jumpa aku nih?"soal Hazwan dengan dingin..walaupun hatinya meronta ingin memeluk tubuh sasa itu

"Aku dah tahu kenapa ummi ngan abi buat macam tuh..jadi,aku dah tak bermusuh dengan korang..aku dah maafkan korang,aku pun tahu ni semua angkara siapa..tapi,aku taknak bukak aib dia..biarlah rahsia..aku nak korang tahu yang aku betul2 sayang korang..buat masa sekarang aku tak boleh muncul kan diri depan kirang..sampai kan salam kasih aku kat Adik.. A...aku sayang korang"kata Hazreel dan terus berlalu dari situ..Hazwan sudah menangis teresak2

"Kenapa kau bagi ujian seberat nih kat keluarga aku ya allah?"soal Hazwan sendirian..air mata yang mengalir dikesat kasar..

"Kau kena kuat demi Hawa!!"kata Hazwan dan mengukir senyuman..walaupun nampak palsu
______________________

"Aku terima nikahnya Nur Hawa Nadirah Binti Nazim dengan senaskah Al-quran.."kata Zaireel tenang..

Semua tetamu menadah tangan dan membaca doa,Zaireel bangun dah membuat solat sunat lepas bikah di satu sudut masjid sebelum melabuh duduk di depan Hawa..

Semua tetamu yang hadir berlalu keluar dari masjid,yang tinggal hanya orang yang ada pertalian darah dengan Hawa sahaja..perlahan2 Zaireel membuka purdah yang di pakai Hawa..mata Zaireel seakan2 terpukau melihat kecantikkan Hawa..

"Patutlah ada syarat bagai.."kata Zaireel perlahan..dia menghulurkan tangan,Hawa mengucup tangan Zaireel lembut..

Di satu sudut,Hazreel hanya melihat dengan senyuman manis"ummi,Along  dah berjaya buat dia jadi menantu ummi..Angah tahu,mesti ummi gembira sekarang..diorang akan tahu benda yang sebenar tidak lama lagi..Angah yakin dia akan buat Adik sihat macam dulu.."kata Hazreel dan mengesat air matanya kasar..

"Cantik gila adik kau Haz!"kata Zaireel teruja..matanya hanya memerhati susuk tubuh isterinya yang sedang melayan tetamu dengan purdah di muka..

"Best arh kau boleh tengok,aku nak tengok jugak!"Farris memucungkan mulut

"Takyah buat mulut itik lah..kau ingat adik aku tuh apa?"soal Hazwan sinis

"Adik kau manusia lah!!apalagi?"balas Farris geram bila takdek siapa nak pujuk dia..

"Kau nak tengok muka dia?"Zaireel membulatkan mata memandang Hazwan yang mengeluarkan telifon

"Nak2!!"jerit Farris teruja..Hazwan menunjukkan gambar Hawa

"Ni apa benda bodoh lah dia nih!!"jerit Farris apabila melihat gambar Hawa yang mukanya di tutup dengan imoji senyum

"Hahahha padan muka kau!!sebok jer nak tengok nuka bini orang"bidas Zaireel lega bila Hazwan menunjuk gambar tuh..

"Korang memang kawan tak guna lah.."kata Farris menyambung rajuknya

"Yang tak guna ni lah kau sayang kan?"soal Hazwan sambil tersenyum sinis

"Dah arh,malas aku nak layan korang..baik aku pergi kat bini aku!"balas Zaireel dan terus menghampiri Hawa yang baru hendak mengambil lauk..pinggang Hawa dipeluk membuatkan Hawa tersentak

"Adam!! Terkejut saya tahu tak!! Nasib baik tak tumpah kuah nih"bebel Hawa geram

"Takyah lah makan lagi..nanti kau nak makan macam mana kalau berpurdah macam tuh?"soal Zaireel hairan..

"Saya bukan nak makan kat sini..saya nak makan kat rumah.."balas Hawa masih memilih lauk..

"Zai,Hawa.."tegur Datin Zulaika lembut..serta merta Zaireel melepaskan pelukan dan memandang Mama dan papanya..dia hanya menjeling apabila melihat muka Hafiz..memang dia takdek mak bapak ker asyik nak berkepit ngan mama papa aku jer!!

"Zai dah jadi suami orang sekarang,jaga perangai tuh..."pesan Datin Zulaika..hati ibunya seakan tersentuh apabila anak tunggalnya tidak memandang mukanya..

"Hmmm"balas Zaireel malas..Hawa yang melihat ketegangan itu pantas menyampuk

"Mama ngan papa dah makan?"soal Hawa lembut

"Dah,dah nak balik dah pun..bukan ada orang nak layan pun kalau kitaorang lama2 kat sini"balas Dato Amir sambil tersenyum sinis

"Uncle,tak baik cakap macam tuh"kata Hafiz sambil menggelengkan kepala..Zaireel memandang sekilas sebelum menarik tangan Hawa untuk pergi dari situ..

Kesian Zaireel kan?nak tahu apa jadi,terus kan follow sampai habis..jangan lupa vote lepas baca

Dia BidadarikuWhere stories live. Discover now