PЯФŁФGΞ

114 17 1
                                    


ЏФФЛ ÐΛЏΞФЛG

"Omma!! Appa tak buat semua tu! Tolonglah omma!" Tangisanku membuatkan hati ibuku lemah.

"Dayeong-shii, appa sendiri mengaku dia yang buat. Omma tidak mampu membantah, sayang." Aku mula lemah. Tangisanku mula perlahan. Aku mampu memandang sebuah kereta membawa appaku ke balai polis.

Aku tidak mampu untuk menerima kenyataan bahawa appaku adalah pembunuh. Mungkin dia tidak sengaja tapi tangannya yang menikam.

Aku terus masuk kedalam rumah. Duduk sahaja diruang tamu, tangisanku kembali kuat.

"Dayeong sayang. Satu hari nanti appa kamu akan dibebaskan." Aku memandang kearah ibuku.

"Omma tak sedih ke? Omma tak nak cari peguam ke? Siasat ke? Dayeong yakin appa tak buat semua tu. Dayeong yakin!" jeritku dengan penuh rasa sakit.

"Omma lagi sedih, sayang." sedih? Tak nampak sedih pun?

"Macam omma dah biasa je?" kataku sinis.

"Setiap kesedihan kita tak perlu tunjukkan. Satu hari nanti dayeong boleh lawan semua ni" segaris senyuman dari ibuku membuatkan hati aku sedikit tenang.

"Omma janji jangan tinggalkan dayeong." aku memandang kearah wajah ibukku. Dia senyum manis sebelum berkata sesuatu.

"Omma janji, selagi omma ada kamu boleh luahkan apa sahaja. Beritahu omma jika kamu sudah ada namjachigu. Dah besarkan tak kan takde." aku tertawa kecil sempat ibuku bergurau time macam ni.

"Saja je omma ni. Okey daeyong pula berjanji. Dayeong akan jadi lebih kuat lepas ni dan akan cari namjachigu juga." akhirnya aku sedikit tenang bila ibuku ada disisiku.

"Pergilah mandi, balik dari sekolah kan tadi. Omma nak masak makanan kegemaran kamu. Cepat pergi mandi. Omma tunggu dekat dapur." aku mengangguk lalu mengambil begku sebelum aku meneruskan langkah ke bilik.

Sampai sahaja dibilik, aku terus menutup pintu sebelum bersandar. Keluhan dilepaskan sebelum memandang kearah telefonku.

Buka sahaja whatsapp group kelas, hatiku mula sakit dan lemah bila melihat kata hinaan mereka.

Dulu keluargaku adalah keluarga terhormat dan sangat dijanjungi. Tapi sekarang pasti dipandang serong oleh masyarakat.

Dulu aku sangat sombong dan pentingkan diri sendiri sebab aku anak berada. Kini aku bakal dihina, dimaki dan dibenci oleh rakan sekolah.

Aku mula rasa menyesal kerana terlalu sombong kepada semua orang dan pentingkan diri sendiri dan tak hiraukan kawan sendiri.

"Aku kena kuat. Walau apapun cabaran yang bakal menimpa." kataku kepada diri sendiri. Tapi aku masih risau.

Aku pasti akan jadi sangat lemah lepas ni. Telefonku berdering mendandakan seseorang menelefonku.

Jang seohyeon

Aku terus menekan butang hijau untuk menjawab.

"Yeobosoyo?" kedengaran dia tertawa dihujung talian. Kawan ada pun bukan menyokong aku.

"Macam ni lah. Aku dan jiyeong tak nak berkawan dengan kau. Aku jujur jelah ye." seohyeon berhenti sebelum sambung kembali.

"Dari dulu lagi kita orang tak suka kawan dengan kau sebab perangai kau. Dengan perangai gedik kau, sombong pastu pentingkan diri. Dan kau suka sangat buli junior kat sekolah kita." Air mataku mula mengalir.

"Kau tau Jiyeong suka dengan yeonjun sunbae, masih juga nak bergedik dengan yeojun sunbae. Kau tau aku dan soobin oppa couple, kau masih nak cium pipi dia. Kau dengar sini baik-baik." Aku menahan suara tangisan dari keluar.

"Jangan lagi gelar kami ini kawan kau dan. Go To Hell." seohyeong mematikan talian. Aku terduduk sambil menangis.

'Apa yang berlaku sekarang ini pasti ada hikmanya.'

БΞЯSΛMБUЛG

ⓒⓔⓡⓘⓣⓐ ⓟⓔⓡⓣⓐⓜⓐ
ⓣⓔⓝⓣⓐⓝⓖ ⓣⓧⓣ
ⓓⓐⓝ ⓙⓐⓝⓖⓐⓝ ⓛⓤⓟⓐ ⓥⓞⓣⓔ ⓓⓐⓝ ⓚⓞⓜⓔⓝ.

ⓙⓐⓝⓖⓐⓝ ⓜⓐⓛⓤ-ⓜⓐⓛⓤ ⓝⓐⓚ ⓥⓞⓣⓔ ⓓⓐⓝ ⓚⓞⓜⓔⓝ ⓨⓔ.

ⓢⓔⓛⓐⓜⓐⓣ
ⓜⓔⓜⓑⓐⓒⓐ

😊

Pertama Dan Terakhir (벨 타 마 단 텔 악 힐) -KTH-Where stories live. Discover now