Chapter 1: The Beginning Of The Tragedy

9K 162 36
                                    

[Bandar New York]
[31.7.2090]
[8:40 Malam]

Suasana persekitaran di jalan raya bandar New York agak lenggang sedikit pada waktu malam ini. Bagusnyalah kalau selalu macam ni, kan? Tak ada lah stress sangat nak kena hadap dengan trafik jem yang teruk ni.

Cakap pasal stress, hari ni adalah memang hari yang agak memenatkan sedikit buat aku. Maklumlah kerja sebagai seorang polis yang berpangkat inspektor ni bukan mudah kerjanya walaupun objektifnya hanyalah perkara yang boleh dianggap sebagai perkara yang remeh-temeh. Contohnya seperti apa yang telah berlaku pada hari ini. Akhirnya kes kecurian rantai berlian yang aku perlu uruskan di sebuah kedai emas pada beberapa hari yang lepas itu telahpun berjaya diselesaikan pada waktu petang tadi. Setelah berpenat lelah aku mencari siapakah dalang di sebalik kes kecurian rantai berlian yang kononnya 'rantai rare' tu, akhirnya aku berjaya juga selesaikan kes ni dengan berjaya menangkap dalang di sebalik ke kecurian tersebut dengan memberikan seorang perompak yang sebenarnya adalah bekas banduan yang pernah berjaya melarikan diri daripada penjara di Arizona. Selepas kes ni berjaya diselesaikan, dengan penuh bangganya aku dapat gaji lebub awal daripada waktu yang sepatutnya dan sekaligus boleh balik awal terus. Yahoo!!

Welp... Lupakan pasal perkara tu sekejap. Sekarang ni aku ada hal yang lagi penting yang perlu dibuat daripada perkara-perkara yang lain. Kalau aku terlambat sikit je, memang pendek lah umur aku lepas ni.

Selepas 8 minit aku memandu kereta di atas jalan raya bandar New York, aku terus memberhentikan kereta aku di hadapan sebuah kedai kafe kegemaran aku yang bernama "Freedo Cafe's". Tanpa membuang masa, aku terus mematikan enjin kereta lalu terus keluar daripadanya. Setelah itu, aku mengemaskini sedikit gaya rambut aku yang berwarna perang ini lalu terus bergegas masuk ke dalam kedai cafe tersebut. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalamnya, aku memerhatikan suasana di sekeliling kedai tersebut sambil mencari si 'dia' yang sepatutnya sedang menanti aku di sini. Yes, siapa lagi 'dia' tu kalau bukan buah hati aku Hehehe...

Aku tersengih seketika apabila melihat si 'dia' sedang duduk termenung di tepi tingkap sambil mencicip air kopi Latte-nya di dalam cawan. Heh... Mesti dia dah lama tunggu aku tu. Muka dia yang cantik dan comel itu monyok lain macam je.

Tanpa membuang masa lagi, aku terus mengorak langkah menuju ke arahnya sambil menghadiahkan senyuman yang mesra buatnya.

''Hey baby, lama tunggu?'' Tegur aku kepadanya seusai sahaja aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di hadapannya.

''Sekejap je, 10 minit tu kan tak lama..'' Dia jawab dengan nada yang mendatar dan separa menyindir. Tengah marahlah tu.

''Watson, im so sorry... Aku tak sengaja datang lambat, okey? Aku baru je selesai uruskan satu kes yang penting hari ni. Nak kena uruskan report pasal kes tu lagi, nak kena check pasal kes lain pula, lepas tu macam-macam hal lagi lah.'' Balas aku dengan nada yang serba salah.

''Hmm... Okey Sam, aku faham. Aku tak marah kau pun...'' Katanya dengan nada lembut sambil mengukirkan senyuman yang kelat. Watson Bernstein, itulah nama penuhnya. Dia adalah tunang kesayangan aku dan aku dah melamar dia untuk menjadi isteri aku pada tahun yang lepas. Aku bersyukur sangat-sangat yang dia terima lamaran aku tu sebab masa tu, aku melamar dia kat dalam pejabat balai polis kot. Memang ramai juga kawan-kawan aku yang bersorak dan gembira semasa peristiwa yang indah itu berlaku. Sejak kali pertama aku berkenalan dengannya semasa bekerja di dalam balai polis tersebut, aku terus jatuh cinta pandang pertama dengan dia. Mata dia yang berwarna biru bagaikan batu permata Saphire... Bibir dia yang mungil dan lembut seperti kapas... Rambut dia yang cantik dengan gaya ikatan ekor kuda... Wajah dia yang jelita bagaikan bidadari... Sifat dia yang lemah lembut dan baik hati... Kepakaran dia yang hebat dan mantap macam Wonder Woman... Keayuan dia yang tiada tandingannya... Semuanya aku suka dan ianya memang sangat-sangat sesuai dengan ciri-ciri gadis yang aku sentiasa idamkan selama nk.

Zerobies: Tiada Harapan (Hiatus & In Editing)Where stories live. Discover now