Chapter 5: Our Feeling's

1.5K 52 6
                                    

[Los Angeles, Amerika Syarikat]
[1.4.2095]
[7:00 Malam]

[Sam POV]

Tepat pada pukul 7 malam, kami berdua telah selamat sampai ke shelter kami. Fuh, perjalanan yang sungguh menggilakan. Trust me, Eric bawa kereta macam orang gila tadi. Nasib baik kereta ni tak rosak apa-apa. Kalau tak, dah satu hal nak kena repair lagi.

Tanpa melengahkan masa, kami berdua terus keluar daripada kereta lalu bergegas menuju ke tingkat atas bangunan. Yeah, kami semua tinggal di sebuah rumah apartment dan ianya di tingkat 5 (rumah apartment ni ada 7 tingkat dan 2 tingkat di atas tak boleh digunakan sebab semua rumah dah berlubang lol).

Welp, apa boleh buat kan? Hanya bangunan ni sahaja yang masih selamat dan masih mempunyai kemudahan yang elok seperti bekalan air dan bekalan elektrik. Tapi andai kata suatu hari nanti kemudahan di dalam bangunan ini akan rosak ataupun habis, kami semua terpaksa berpindah ke tempat yang lain. Selepas seminit menaiki tangga, kami telah pun sampai di tingkat yang hendak dituju iaitu di tingkat 3. Kenapa tak naik lif? Lif rosak lol. Selepas berjalan sebanyak 20 langkah, kami telahpun tiba di depan pintu rumah kami.

Tokk!!! Tokk!!! Tokk!!!

Eric mengetuk pintu dengan kuat.

''Geez, man. Slowly bro, slowly...'' Kata aku dengan nada yang menyampah dan tenang.

''Diamlah kau, aku dah penat gila dah ni...'' Kata Eric dengan nada separa geram.

''Siapa tu?'' Soal Watson daripada dalam rumah. Dah kenapa dia ni tanya soalan bodoh? Sudah tentulah aku dengan si Eric. Siapa lagi kalau bukan kami berdua?

''Kitoranglah, Siapa lagi? Mana ada The Survival lain yang nak datang ke sini selain daripada kitorang berdua.'' Balas aku dengan nada yang selamba.

''Okey kalau macam tu... Dalam ramai-ramai perempuan dekat dunia ni, perempuan mana yang lagi cute?'' Soal Watson daripada dalam rumah dengan nada yang sinis.

''Haih... The girl who is the one and only cutest in the world it's you, Watson...'' Jawab aku dengan nada yang separa menyampah. Geez... Dalam banyak-banyak soalan, dia jadikan soalan tu sebagai password untuk masuk ke dalam rumah ni. Gila apa sial?! Welp, that's fine for me sebab dia memang cute pun bagi aku lol.

Kreek...!!

Pintu dibuka daripada dalam rumah. Kelihatan Watson yang membuka pintu tersebut daripada dalam rumah sambil tersengih. Aku menjeling ke arah Eric, kelihatan daripada reaksi mukanya memandang ke arah Watson itu seperti dia sedang berkata "Kecil besar kecil besar je aku tengok dia ni.".

''Hehehe... Masuklah, dah lama kitorang tunggu korang berdua balik.'' Jemput Watson dengan nada yang lembut sambil dia melangkah menuju ke arah dapur.

''Korang berdua dah makan dulu ke?'' Soal aku kepada mereka berdua dengan nada yang selamba sambil menutup pintu.

''Nope. Kitorang just get ready and standby for you guys je, okey...'' Balas Watson dengan nada yang selamba. Tanpa melengahkan masa, kami berdua pun terus menuju ke dapur untuk makan malam bersama.

''Urgh, again and again... Tak ada food lain ke?'' Kata Eric dengan nada merungut yang perlahan.

''Welp... Apa yang kita boleh buat? Ni je lah food yang kita ada. Makan je lah Eric oii...'' Balas aku dengan nada yang selamba. Makanan yang dihidangkan pada malam itu hanyalah 4 mangkuk mi segera dengan sebotol air Pepsi yang bersaiz besar. Mana Watson dengan Sarah dapat air Pepsi ni pun aku tak tahu lah.

Eric mengambil tempat duduknya di sebelah aku, manakala Watson pula duduk di hadapan aku bersebelahan dengan Sarah. Aku rasa serba salah dengan Sarah sebab aku tahu dia yang selalunya memasakkan semua makanan ini untuk kami semua tak kiralah samada sarapan pagi ataupun makan malam. Semuanya dia yang uruskan. Kiranya dia ni dah macam seorang chef lah kat dalam 'squad' aku ni. Sudah lah dia penat memasak, lepas tu dia juga yang kena cuci pinggan. Ingat aku tak tahu ke pasal semua tu? Watson ni aku boleh tahu dan aku boleh agak apa yang dia buat dan apa yang dia tinggalkan. Senang cerita aku sudah masak dengan perangainya, agak pemalas sedikit. Eric pula asyik merungut je pasal makanan ni. Dia ni jenis manusia yang tak boleh hadap benda yang sama tiap-tiap hari. Kalau tak nanti dia akan hilang mood. Kononnya lah...

Zerobies: Tiada Harapan (Hiatus & In Editing)Where stories live. Discover now