Chapter 11: New Home New Life

417 22 5
                                    

[Hopeland, California, Amerika Syarikat]
[Lokasi: Pusat Perdagangan Sektor 3]
[3.4.2095]
[1:00 Tengah Hari]

[Sam POV]

Tenang. Ketenangan adalah salah satu anugerah daripada Tuhan yang kita boleh beli dengan duit. Contohnya macam pergi melancong atau pergi melepak dengan kawan-kawan ataupun duduk bersendirian dan yang sebagainya. Tetapi untuk kali ni, ianya agak lain sedikit. Ketenangan yang macam tu memang susah sangat nak dapat bila berada dalam keadaan dunia yang tengah huru-hara dan tenat sekarang ni. Contohnya, macam sekarang ni lah. Ketenangan yang aku nampak pada bandar Survival yang terbesar kat dalam Amerika Syarikat ni hilang serta-merta apabila kami melalui sebuah kawasan pasar di dalam kawasan daerah Sektor 3. Kesesakan dekat dalam pasar tu bagaikan duduk di dalam reban ayam. Memang susah gila nak bergerak sebab ramai orang kat sini sedang sibuk berjual beli barang-barangan untuk mendapatkan sumber bekalan harian mereka masing-masing demi meneruskan hidup.

Sudahlah dengan bau hanyir makanan basah dan makanan mentah yang kuat, lepas tu terlalu banyak lalat pula tu sampaikan setiap muka orang-orang yang berada di dalam laluan pasar tersebut pasti akan dihinggap oleh makhluk-makhluk yang kecil ini. Melihatkan keadaan yang sangat sesak dan tidak selesa ini, Adrian terus membawa kami semua berjalan menuju ke arah sebuah lorong yang agak sempit dan sunyi. Suasana yang terasa sesak tadi kini kembali menjadi tenang sedikit, cuma ianya masih ada lagi sesuatu yang mengganggu ketenteraman kami semua iaitu taik haiwan dan juga sampah-sampah basah yang berselerak di merata tempat.

''Oh shit... Adrian, jauh lagi ke?'' Keluh aku sambil menutup hidup dengan tangan.

''Kita nak dekat dah ni, rileks lah. Bukan selalu banyak taik kat sekitar kawasan ni. Ini semua penduduk kat kawasan sekitar sini punya pasallah ni. Diorang ni memang tak reti nak jaga kebersihan sikit. Maklumlah... Mentang-mentanglah Richard tu tak buat satu undang-undang yang khas tentang untuk kebersihan, ha macam ni lah jadinya.'' Balas Adrian panjang lebar dengan nada yang santai.

"Kenapa Richard tak buat undang-undang khas untuk kebersihan?" Soal Eric kepadanya.

"Tak tahu aku. Dia malas nak buat kot." Balas Adrian dengan nada yang selamba.

''Urgh... What ever lah, aku nak balik ke rumah tu cepat. Aku nak mandi ni. Dah basah dah baju aku dengan peluh aku ni.'' Kata Eric sambil mendukung Sarah di belakangnya. Sarah baru sahaja terlelap selepas beberapa minit kami semua melangkah keluar daripada bilik pejabat Richard yang terletak di Sektor 9 itu. Aku tak faham betul kenapa minah ni boleh tiba-tiba je tertidur time waktu-waktu macam ni. Urgh... Apa-apa je lah.

Kami semua melangkah keluar daripada lorong yang sempit itu lalu memasuki sebuah lorong besar yang dibina khas untuk kawasan perumahan. Setiap rumah-rumah yang dibina di situ masih kekal sama rekaan bentuknya seperti rumah-rumah yang pernah dibina beberapa tahun yang dahulu, cuma setiap rumah itu pasti akan dipasangkan dengan pagar besi yang bergerigi dan saiznya ketinggiannya cukup untuk menghalang seorang manusia dewasa untuk memanjatnya.

''Cakap pasal nak mandi, rumah yang korang semua dapat ni special sikit tau.'' Kata Adrian dengan nada sinis.

''Hah? Apa yang special-nya?'' Soal aku kepadanya.

''Ikut daripada 2 kunci rumah yang Richard bagi dekat aku ni, rumah-rumah korang ni boleh dikatakan macam rumah yang setaraf 5 bintang lah dekat Hopeland ni sebab bilik air rumah korang ni ada sistem pemanas air. Bukan tu je, kat dalam rumah tu pun ada disediakan penghawa dingin untuk setiap bilik dan juga dekat ruang tamu.'' Kata Adrian dengan panjang lebar dan bernada tenang.

''Wah!! Dah lama aku tak mandi air panas.'' Kata Watson dengan nada teruja.

''Cuma tu lah rumah-rumah korang ni agak jauh sikit daripada office Richard. Tapi korang jangan risau, setiap rumah yang ada kat dalam hopeland ni Richard akan sediakan 2 buah motor untuk kegunaan pengangkutan bagi setiap penduduk kat dalam Hopeland ni. Cuma kalau nak bayar duit isi minyak korang kena tanggunglah sendiri.'' Kata Adrian dengan panjang lebar.

Zerobies: Tiada Harapan (Hiatus & In Editing)Where stories live. Discover now