Chapter 2: Run Away

2.6K 90 11
                                    

[New York, Amerika Syarikat]
[31.7.2095]
[8:50 Malam]

[Sam POV]

Aku dan Watson masih terus melarikan diri. Sudah 10 minit kami melarikan diri daripada zombie-zombie yang datang menyerang itu untuk pergi selamatkan diri. Sungguh aku tak dapat jangka bahawa perkara yang macam ni akan berlaku dekat dalam hidup aku dan setahu aku makhluk-makhluk sci-fi yang macam zombie ni semua sepatutnya tak wujud!! Dah lah datang pada masa yang salah pula tu.

Bandar New York yang asalnya agak tenang dan lenggang kini terus bertukar menjadi huru-hara di dalam sekelip mata. Ramai orang awam yang telah digigit dan telah dijangkiti sama seperti zombie-zombie yang lain tak kiralah samada lelaki atau perempuan, tua atau muda, sihat atau cacat, semuanya kena. Mungkin tinggal kami berdua sahaja orang awam yang masih hidup di dalam bandar ini. Kami berdua langsung tiada haluan yang hendak dituju untuk menyelamatkan diri kami yang terkandas di dalam situasi yang teruk ini.

''Sam kita nak pergi ke mana ni? Takkan kita nak terus lari je?'' Soal Watson sambil berlari.

''Aku tak tahulah, Watson... Kau ada apa-apa cadangan tak?'' Balas aku sambil menyoal kepadanya dan Watson hanya sekadar menggelengkan kepalanya sebagai tanda tiada apa-apa cadangan yang boleh diberikan olehnya. Pada ketika ini, kami berdua masih lagi meneruskan larian kami walaupun nafas mula menjadi semakin berat dan lelah dan kemudian dengan secara tiba-tibanya, Watson terus berhenti berlari lalu tertunduk seketika untum mencari nafas. Aku juga turut berhenti lalu menoleh ke arahnya.

''Huh... Huh... Kenapa... Kenapa berhenti? Huh... huh...'' Soal aku kepadanya sambil termengah-mengah mencari nafas.

''Aku rasa... Better kita pergi ke Police Station. Kita kena bagitau dekat  kawan-kawan kita yang lain... Pasal perkara ni cepat... Huh... Huh...'' Balas Watson dengan nada yang termengah-mengah. Mendengarkan jawapannya itu, aku terus mengerutkan dahi.

''Selamat lagi ke tempat tu?'' Soal aku dengan kebingungan.

''Mestilah selamat, lagi selamat daripada kita berdua asyik berlari je dekat luar ni. Lagi pun dekat sana tu kan ada banyak weapon, sekurang-kurangnya kita boleh ambil weapon kita and survive untuk keluar daripada bandar ni cepat.'' Balas Watson dengan panjang lebar.

''Tapi police station tu jauhlah. Kalau kita nak lari lagi ni, kau larat ke?'' Soal aku kepadanya lagi.

''OMG!! Why are you so freaking dummy, Sam? Kita ambil je lah mana-mana kereta yang ada dekat sini.'' Balas Watson dengan nada yang geram. Aku terdiam seketika lalu menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari sebuah kereta yang sesuai dan yang boleh dipakai untuk dipandu ke sana.

''Ahha!! I see there... Let's go, Watson. We gotta go now.'' Kata aku dengan nada yang sinis sambil menarik tangan Watson menuju ke arah sebuah kereta yang sangat sesuai.
______________________________________

[Lokasi: New York Police Station]
[8:55 Malam]

Suasana di dalam balai polis yang besar itu agak suram dan gelap sekali sebaik sahaja serangan zombie yang mengejutkan ini bermula. Kedengaran juga suara-suara zombie yang berada di dalam bahagian lobby balai polis tersebut sedang menjerit nyaring mencari mangsa mereka yang seterusnya untuk dilahap dan disebarkan virus mereka kepada hidupan yang lain.  Dalam pada masa yang sama juga, kelihatan 2 anggota polis sedang berada di dalam sebuah bilik yang berkunci sambil termengah-mengah mencari nafas seperti baru sahaja lepas melakukan acara lumba lari yang jauh. Seorang lelaki, seorang perempuan.

''Eric, apa kita nak buat sekarang ni? Semua orang kat dalam balai ni dah kena gigit. Aku tak nak jadi macam diorang tu...'' Kata anggota polis perempuan itu dengan nada separa kebimbangan.

Zerobies: Tiada Harapan (Hiatus & In Editing)Where stories live. Discover now