[Los Angeles, Amerika Syarikat]
[2.4.2095]
[12:00 Tengah hari][Eric POV]
Cuaca yang panas terik pada waktu tengah hari di musim panas ini terasa membahang dan membakar kulit aku dengan secara perlahan-lahan. Sudah hampir sejam aku duduk di dalam kereta ni sambil memerhatikan suasana di persekitaran bandar Los Angeles yang sudah usang ini. Tak ada satu pun zombie yang kelihatan sedang berkeliaran di sekitar kawasan ini. Good for that. No zombies, no problems.
''Haih mana diorang semua ni? Lama betul?'' Ngomel aku sendirian dengan nada rimas.
''Yow, Eric. Lama tunggu?'' Entah daripada mana, tiba-tiba Sam menyapa aku daripada luar pintu kereta. Kelihatan Watson dan Sarah sedang berdiri di belakangnya sambil mengendong beg masing-masing. Eii mamat ni, buat aku terkejut je lah. Kalau aku tengah pegang pistol tadi, alamatnya memang dah tak bernyawa kot mamat ni kalau aku tertembak dia ni tadi.
''Haih, kalau boleh lama lagi...'' Balas aku dengan nada menyindir dalam kemalasan.
''Heh... Sorry lah, bukan salah aku. Ni, tanya dua ekor ni. Diorang berdua ni lah yang lambat bersiap tadi.'' Kata Sam sambil menuding jarinya ke arah Watson dan Sarah. Mereka berdua hanya sekadar tersengih macam kerang busuk bagi menutup rasa serba salah mereka.
''Ah, whatever... Masuklah cepat, dah panas terik ni. Tak ada kerja aku nak berjemur kat sini. Cepatlah.'' Kata aku dengan nada yang serius dan tanpa melengahkan masa, mereka bertiga pun terus bergegas masuk ke dalam kereta lalu duduk di tempat duduk masing-masing. Macam biasa, yang perempuan semua duduk dekat tempat duduk belakang dan Sam pula di kat sebelah aku.
''Minyak kereta dah refill ke?'' Soal Sam kepada aku.
''Minyak kereta aku dah refill, kereta aku dah cuci, weapon semua aku dah reload kan untuk korang semua. Ada apa-apa lagi yang kau nak?'' Balas aku dengan panjang lebar lalu menyoal kepadanya dengan nada yang selamba.
''Wow bagus, bagus... So kalau macam tu, aku rasa sekarang ni kita dah boleh terus bergerak kot.'' Balas Sam sambil mengarahkan aku untuk memulakan perjalanan. Aku hanya sekadar memutarkan bebola ke atas seketika sebelum aku menghidupkan enjin kereta dan kemudian terus bergerak menuju ke destinasi yang hendak dituju. Bukan apalah, rasa annoying bila dapat member yang suka mengarah-arah orang ni. Sabar je lah...
______________________________________(1 Hours Later)
[1:00 Tengah Hari][Sam POV]
Selepas sejam perjalanan kami berlalu di atas jalan raya Los Angeles yang sungguh sunyi dan mengerikan ni, kami berhenti singgah seketika di sebuah stesen minyak yang sudah usang untuk mengisi minyak dan mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai bekalan makanan ataupun yang sewaktu dengannya. Sarah dan Watson mengambil kesempatan ini untuk pergi ke tandas untuk melakukan hal-hal mereka dan manakala Eric pula sibuk mengisi bekalan minyak kereta di bahagian pam isi minyak. Aku pula hanya sekadar memundar-mandir di dalam kedai stesen minyak tersebut sambil melihat dan mencari apa-apa yang patut yang boleh dijadikan sebagai sumber bekalan harian.
Makanan dan minuman yang ada di dalam kedai stesen minyak ini semuanya sudah basi dan mereput sama seperti keadaan kedainya yang telah rosak dan buruk seperti sebuah rumah terbengkalai yang penuh dengan lumut dan tumbuhan-tumbuhan liar. Apa yang boleh dibawa daripada kedai ini pun hanyalah beberapa botol air mineral yang tersimpan di dalam peti sejuk yang sudah rosak dan juga beberapa biskut kering yang masih elok tersimpan di dalam peketnya. Aku hanya mengambil 4 botol air mineral daripada dalam peti sejuk yang sudah rosak itu lalu terus kembali menuju ke arah Eric yang sudah selesai mengisi minyak kereta.
''Mana Watson dengan Sarah? Diorang berdua tu tak settle lagi ke?'' Tanya aku pada Eric.
''Belum lagilah tu, biasalah hal perempuan kan. Kita tunggu kat dalam kereta je lah.'' Balas Eric dengan nada yang selamba.
![](https://img.wattpad.com/cover/232599794-288-k262400.jpg)
YOU ARE READING
Zerobies: Tiada Harapan (Hiatus & In Editing)
Action[ON GOING] [+18] - Hardcore Violent Action - Gore - Bad words ------------------------------------ ''Is there is no hope for us?'' Saat dunia berada di penghujung usia... Saat manusia mula bersengketa... Saat ketamakan kuasa mula berkuasa... Virus y...