[Hopeland, California, Amerika Syarikat]
[Lokasi: Rumah Sam & Watson, Sektor 2]
[3.4.2095]
[7:00 Malam][Sam POV]
''Ahh... Selesanya mandi tadi!'' Kata aku selepas selesai menggunakan bilik air untuk mandi. Sudah berapa tahun aku tak guna air panas. Dah terasa macam duduk kat dalam syurga pula rasanya.
Aku berjalan menuju ke arah beg galas aku yang terletak di atas katil lalu mengambil pakaian yang sesuai untuk dipakai pada malam ini. Aku hanya sekadar mengenakan seluar jeans hitam, baju T-shirt hitam berlengan pendek bersama dengan jaket kulit hitam yang tidak berapa tebal sangat. Selesai menukar pakaian, aku menyisipkan walkie-talkie dan pistol Desert Eagle yang menjadi barangan keperluan utama aku itu di bahagian kiri dan kanan pinggang seluar aku ini. Setelah itu, aku terus berjalan menuju ke ruang tamu iaitu tempat di mana Watson sedang menunggu cinta hatinya ini. Siapa lagi kalau bukan aku. Hehehe...
Sebaik sahaja aku tiba di ruang tamu, langkah aku terhenti seketika apabila aku terpandang ke arah Watson yang sedang berdiri membelakangi aku di tengah-tengah ruang tamu itu. Dia hanya sekadar memakai sweater putih dan berseluar jeans biru. Hipster sungguh tunang aku ni, cute pula tu.
''Hello sweetie, lama tunggu?'' Soal aku sambil memeluknya daripada belakang.
''Nope, kejap je. Cepat betul kau mandi.'' Balasnya dengan senyuman manis.
''Well, kalau lama-lama sangat nanti kau rindu pula.'' Kata aku dengan nada yang lembut sambil mencium pipinya. Dia hanya tergelak kecil sahaja mendengarkan kata-kata aku itu sambil mengusap tangan aku dengan lembut.
''Jomlah, kita pergi dinner sama-sama.'' Kata aku sambil melepaskan pelukan aku daripada tubuhnya.
''Kita berdua je? Tak nak ajak Eric dengan Sarah sekali ke?'' Soal Watson sambil menoleh ke arah aku.
''Nah... Sarah dengan Eric tu kita biarkan je lah diorang dengan moment diorang. Nanti diorang pandai-pandailah cari makanan sendiri. Kita pula dengan moment kita sendiri je. Lagipun kita kan dah lama tak dating macam ni. So apa salahnya kan kalau kita berdua je yang pergi dinner malam ni? Betul tak?'' Balas aku dengan panjang lebar lalu menyoal kepadanya dengan nada yang lembut.
''Hmm... Okay.'' Balas Watson dengan senyuman yang manis.
''Okay, let's go.'' Kata aku sambil memimpin tangannya menuju ke luar rumah. Cuaca pada malam ini agak sejuk sedikit kerana pada waktu petang tadi hujan lebat. Nasib baik hujan lebat tu tak berlarutan sampai ke malam. Kalau tidak, mesti kami berdua tak boleh nak keluar pergi ke mana-mana nanti.
Setiap laluan yang digunakan untuk ke kawasan bandar agak lenggang pada malam ini. Mungkin mereka yang berkerja di siang hari sudah pulang ke rumah untuk berehat. Baguslah kalau macam ni, tak ada lah aku nak kena lalu jalan-jalan yang sesak macam tengah hari tadi tu. Sepanjang perjalanan menuju ke kawasan bandar, kami berdua berbual-bual seketika untuk menghilangkan rasa bosan dan sunyi sambil aku memegang tangan kanannya dengan penuh kelembutan.
''Watson, can i ask you something?'' Soal aku kepada Watson.
''What is it?'' Dia membalas dengan pertanyaan.
''Kita dah bertunang. Tapi kenapa kita still pakai bahasa panggilan 'aku kau' eh?'' Soal aku dengan rasa pelik. Watson tertunduk malu seketika. Aku tahu ini soalan yang agak berat bagi dia tapi aku pun kena tahu juga. Manalah tahu kan dia ni jenis yang tak selesa kalau ada sweet nickname ke apa ke, atleast aku boleh tahu hehehe...
''Kau lah yang tak nak tukar bahasa panggilan kita. Aku ingat lepas kau lamar aku dulu, kau akan tukar bahasa panggilan aku tu.'' Balasnya dengan lagak gaya yang berpura-pura nampak tenang padahal dia tengah rasa segan teruk ni.
YOU ARE READING
Zerobies: Tiada Harapan (Hiatus & In Editing)
Ação[ON GOING] [+18] - Hardcore Violent Action - Gore - Bad words ------------------------------------ ''Is there is no hope for us?'' Saat dunia berada di penghujung usia... Saat manusia mula bersengketa... Saat ketamakan kuasa mula berkuasa... Virus y...