Chapter 7: The Story About Us

841 32 7
                                    

[Arizona, Amerika Syarikat]
[Lokasi: Lebuhraya Arizona]
[2.4.2095]
[8:00 Malam]

[Sarah POV]

Suasana di dalam kereta agak sunyi sedikit pada waktu malam yang suram ini. Hanya suara dengkuran Sam dan Watson sahaja yang memecahkan kesunyian suasana di dalam kereta ini. Aku pula hanya sekadar memerhatikan Eric yang sedang sibuk bersengkang mata untuk fokus memandu kereta. Tak sangka pula aku yang selama ni dia pun cintakan aku. Tetapi apa yang aku perasan semenjak dia meluahkan perasaan dia pada aku, dia jarang nak berborak dengan aku. Mungkin dia terlalu segan dengan aku. But i don't like this situation, this is so awkward ya'know. Aku rasa aku perlu berborak dengan dia sementara perjalanan masih panjang.

''Eric...'' Aku memanggil namanya.

''Urm yes, kenapa?'' Eric menjawab dengan tenang.

''Aku bosanlah...'' Kata aku dengan muncungan bibir.

''Kenapa tak tidur je?'' Soal Eric dengan nada yang lembut.

''I can't sleep and i really really very bored now...'' Balas aku dengan nada yang mendatar sambil memuncungkan bibir. Buat seketika waktu Eric memerhatikan aku daripada cermin pantulan tengah kereta lalu dia kembali fokus memandang ke hadapan semula.

''You wanna hear some story?'' Soal Eric dengan nada yang tenang.

''Yes i do if you're dont mind.'' Balas aku dengan nada yang tenang sambil memeluk lehernya daripada belakang.

''Heh... Nak tahu tak? Masa umur aku 10 tahun dulu, aku selalu kena buli dekat sekolah aku sebab aku ni dulu boleh dikatakan macam seorang budak yang lemah lah dan aku ni pun dulu boleh dikatakan sama macam budak nerd juga. Cuma masa tu, aku tak ada lah sebijak budak-budak nerd yang lain dan pakaian aku pun selalunya memang nampak selekeh. Yelah, aku ni dulu hidup kat dalam kemiskinan. Aku cuma anak tunggal, daripada sejak aku lahir sampai sekarang aku hidup tanpa mak. Mak aku lari tinggalkan ayah aku sebulan selepas dia lahirkan aku. Ayah aku kata mak aku lari daripada rumah sebab dia dah tak tahan hidup miskin dengan ayah aku.'' Kata Eric dengan panjang lebar bagi memulakan ceritanya dan aku pula hanya mampu mendiamkan diri sahaja sambil mendengar dia bercerita tentang kisah hidupnya itu.

''Setiap hari aku menangis sebab asyik kena buli dekat sekolah dan setiap kali bila aku balik ke rumah, tak ada sesiapa pun yang boleh datang teman aku... Pujuk aku... Tak ada. Semuanya disebabkan ayah aku yang bekerja sebagai pemandu lori  daripada waktu pagi sampailah ke waktu malam dan setiap hari dia hanya akan balik ke rumah pada pukul 12 malam sahaja. Tu pun time aku dah tertidur, so memang tak ada peluang untuk kami berdua meluangkan masa bersama.'' Cerita Eric lagi dengan panjang lebar dan bernada mendatar.

''Tapi aku faham... Dia terpaksa berkerja keras untuk tanggung segala makan minum aku dan dia terpaksa berkorban tenaga semata-mata nak jaga aku dan besarkan aku untuk jadi orang yang berguna dekat masa depan nanti. So i dont mind that, aku tak kisah langsung pun dan aku tak pernah sekalipun merungut dengan ayah aku tentang masa yang dia luangkan untuk aku sebab aku faham dia buat semua tu untuk kebaikan aku jadi sebagai balasan yang baik untuk diri dia, aku akan belajar sungguh-sungguh dan kejar cita-cita aku sebagai seorang anggota polis yang bagus.'' Cerita Eric lagi dengan panjang lebar dan bernada tenang.

''Wow... That very sad. Rasa sedih pula bila aku dengar cerita tentang kisah hidup kau ni.'' Kata aku dengan nada yang perlahan dan bercampur rasa simpati.

''Yeah... But, you know what? Ada satu hari ni, ada seorang budak baru daftar masuk ke kelas aku. Handsome budak tu, rambut dia warna coklat perang dan iris mata dia berwarna biru. Dah lah dia tu anak orang kaya and then you know what? Dia lah kawan pertama ataupun kawan baik aku yang pertama sekali yang aku dapat masa zaman sekolah dulu tu. Budak tu selalu tolong selamatkan aku setiap kali aku kena buli. Kalau aku tinggal seorang-seorang kat dalam rumah, mesti dia yang akan datang temankan aku. Family dia pun baik juga dengan aku. Kadang-kadang diorang semua akan jemput aku bermalam dekat rumah diorang sebab diorang kesiankan dekat aku bila diorang dapat tahu yang aku ni duduk bersendirian dekat dalam rumah sendiri. Haih... Aku terhutang budi sangat-sangat dengan family dia tu. Kenangan paling manis yang aku tak boleh lupakan pasal dia dengan family dia tu, setiap tahun mesti diorang semua akan menjemput aku dengan ayah aku ke rumah diorang untuk meraikan hari perayaan Christmas. Apa yang aku paling terharu sangat family dia lah yang tanggung semua kos pendaftaran aku untuk berlatih jadi anggota polis. Lagi pun aku dengan dia pernah berjanji yang kitorang sama-sama akan jadi anggota polis and yeah kitorang berjaya. Aku bangga dapat kawan macam dia, dia memang seorang anggota polis yang berani.'' Balas Eric dengan penuh panjang lebar sambil tersenyum dengan wajah yang tenang.

Zerobies: Tiada Harapan (Hiatus & In Editing)Where stories live. Discover now