*This chapter is very very cringe to write & read for me, but its okay. I hope you all gonna be like it. :)
______________________________________[San Francisco, California, Amerika Syarikat.]
[3.4.2095]
[10:00 Pagi][Eric POV]
Keadaan suasana di sekitar bandar San Francisco yang sudah separuh musnah ini agak suram dan terlalu sunyi. Terlalu banyak kenderaan-kenderaan yang buruk sudah tersadai di atas jalanraya dan sekaligus menyebabkan perjalan kami semua terbantut seketika. Kami semua mengambil keputusan untuk berehat seketika di dalam sebuah kedai cafe yang berdekatan dan mengambil peluang untuk bersarapan di sana sekali. Watson membantu Sarah menyediakan sarapan di dalam dapur cafe tersebut dan manakala Sam pula duduk termenung di sebelah aku sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk permukaan meja makan tempat kami berdua duduk ini berulang kali.
''Oii, kau okey tak ni?'' Soal aku kepadanya dengan nada yang mendatar.
''Im okay, just bored and hungry.'' Balasnya tanpa menoleh ke arah aku dan jarinya masih lagi mengetuk-ngetuk permukaan meja itu dengan berulang kali.
''Ouh, kau bosan? Nak main daun terup?'' Soal aku kepadanya dengan ringkas.
''Urgh tak naklah. Asyik main benda tu je. Bagilah benda-benda yang mencabar sikit.'' Balas Sam dengan nada bosan sambil menguatkan lagi ketukan jarinya itu ke atas permukaan meja makan.
''Kalau kau nak benda-benda yang extreme, pergilah bunuh semua zombie ada kat luar tu. Tu tengok tu, punya berlambak zombie-zombie yang berkeliaran dekat luar tu. Kau tak nak pergi clean kan semua zombie-zombie tu ke?.'' Kata aku sambil menuding jari ke arah zombie-zombie yang kaku berkeliaran di luar kedai cafe tersebut.
''Hmm... Malaslah, nak jimat peluru. Lagipun buat penat je lah tembak-tembak zombie bagai ni. Bukannya makin berkurang pun, makin bertambah nanti ada lah.'' Balas Sam dengan nada yang selamba sambil menguis-nguiskan jarinya itu di atas meja makan lalu mengetuknya lagi dengan lebih kuat dan diulang berkali-kali.
''Eii... Kau ni, macam-macam hal lah.'' Kata aku dengan nada geram sambil ingin menghalakan penumbuk ke arah mukanya. Ikutkan hati nak je tumbuk muka mamat ni sampai lunyai. Perangai complicated dia ni, kalah perempuan sial.
''Ahh... Tak takut pun...'' Kata Sam dengan nada yang selamba tanpa menoleh je arah aku sambil menguatkan lagi ketukan jarinya itu di atas permukaan meja makan itu. Aku memandang ke arahnya daripada bawah sampai ke atas, kecil besar kecil besar je aku tengok dia ni.
''Engkau ni... Aku potong juga jari kau ni karang.'' Kata aku dengan nada yang berbisik dan menahan sabar sambil mencapai pisau yang terselit di dalam poket pinggang di bahagian kanan.
''Sam, Eric, jom breakfast!!'' Tiba-tiba Watson datang daripada dalam dapur sambil membawa sebuah dulang yang di atasnya terhidang satu teko teh dengan 4 cawan kecil manakala Sarah pula membawa sebuah dulang lagi yang di atasnya terhidang 4 pinggan roti bakar bersama dengan beberapa cicahan manisan yang sesuai untuk dimakan dengan roti bakar tersebut. Setiap pinggan mempunyai 3 keping roti bakar. Namun apabila melihat hidangan yang sungguh menjilat jari itu, dahi aku mula berkerut seketika.
''Sarah, daripada mana kau dapat roti ni?'' Soal aku kepadanya dengan nada yang perlahan.
''Im baking it.'' Balasnya sambil mengukir senyuman manis.
''Wow, cepatnya. Nak baking roti ni lama kan? Kau baking macam mana? Pakai apa? Bukan ke kat sini tak ada elektrik? And kau Watson, macam mana kau boleh buat air teh? Daripada sumber mana kau dapat teh ni? Kat sini ada air panas ke? Pinggan cawan semua ni bersih ke tak? Dah cuci?'' Aku menyoal bertubi-tubi kepada mereka berdua dengan nada yang serius dan entah mengapa, tiba-tiba mereka bertiga termasuk sekali Sam menoleh ke arah aku dengan renungan yang tajam.
YOU ARE READING
Zerobies: Tiada Harapan (Hiatus & In Editing)
Action[ON GOING] [+18] - Hardcore Violent Action - Gore - Bad words ------------------------------------ ''Is there is no hope for us?'' Saat dunia berada di penghujung usia... Saat manusia mula bersengketa... Saat ketamakan kuasa mula berkuasa... Virus y...