Chapter 4: Confession?

1.5K 52 24
                                    

[Los Angeles, Amerika Syarikat]
[1.4.2095]
[6:00 Petang]

[Watson POV]

Jam digital di lengan kiri ditatap seketika. Jam sudah masuk pukul 6 petang, tetapi Sam dan Eric masih lagi belum balik. Welp, that's fine i think. Sementara nak tunggu diorang berdua tu balik ke sini, aku boleh bergosip-gosip dengan Sarah sekejap untuk menghilangkan bosan hehehe. Tetapi itulah... Sarah agak sibuk sedikit di dapur kerana dia sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk di dalam singki dapur dan dia langsung tidak menghiraukan aku yang dari tadi asyik duduk termenung sahaja di dalam ruang tamu ni. What? Makan malam untuk hari ini, kami berdua sudah siapkan. Jadi apa lagi yang patut dibuat? Duduk bersantai je lah.

''Sarah...'' Aku memanggil namanya daripada ruang tamu.

''Yes, kenapa?'' Jawab sarah sambil cuci pinggan di dapur.

''Sinilah kejap, aku bosanlah. Kau tu asyik busy cuci pinggan je. Meh lah ke sini, berborak dengan aku kejap. Aku ada benda nak gosip ni...'' Ajak aku dengan nada yang merayu.

''Kalau aku tak cuci pinggan mangkuk ni, nanti tunang kau tu bising pula... Maklumlah, dia tu kan 'ketua besar' kat dalam rumah ni.'' Balas Sarah daripada dapur dengan nada yang separa serius. Mendengarkan kata-katanya yang agak dingin sedikit itu membuatkan aku memutarkan bebola mata aku ke atas seketika.

''Alah kau jangan risaulah pasal dia tu. Nanti pandai-pandailah aku tolong kau coverline. Sini lah kejap, teman aku...'' Kata aku dengan nada merayu.

''Hmm okey, kejap.'' Balas Sarah dengan ringkas sambil menyelesaikan cucian pinggan mangkuknya lalu dia terus berjalan menuju ke arah aku sebaik sahaja kerja cuciannya itu selesai.

''So... Apa topik kau nak bergosip dengan aku ni?'' Soal dia kepada aku dengan jungkitan keningnya sambil dia melabuhkan dirinya duduk di sebelah aku.

''Erm Sarah... Aku nak tanya ni, tapi kau jangan marah eh?'' Kata aku dengan nada lembut.

''Hmm... Ni mesti ada apa-apa ni... Hmm tanya je lah apa kau nak, asalkan jangan bagi soalan yang bodoh-bodoh sudah.'' Balas Sarah dengan nada yang separa sinis.

''Erm... Kau dengan Eric tu... Ada apa-apa ke?'' Soal aku dengan nada yang perlahan. Mendengarkan soalan aku yang agak 'sesuatu' itu, Sarah menjungkitkan keningnya ke atas seketika.

''Ada apa-apa? Maksud kau apa? The relationships between us?'' Soal Sarah kepada aku dengan soalan bertubi-tubi dan bernada sinis. Aku hanya sekadar membalas soalannya itu dengan anggukkan kepala sebagai 'ya'.

''Eric? Hmm... Yeah, kitorang berdua just kawan je.'' Kata Sarah dengan nada yang selamba. But her face... Oh my god, she's blushing!!

''Ouh aku ingatkan korang berdua ada...''

''No no no, kitorang berdua just kawan je okey. Maybe takkan ada yang lebih-lebih daripada yang itu.'' Dengan pantasnya Sarah terus memotong kata-kata aku dengan nada yang tenang. Now, aku mula rasa sangsi dengan dia ni. Yes, Sarah ni mesti ada sembunyikan sesuatu dari aku ni. Im a girl, i know and very pro about this women things.

''Maybe eh?'' Soal aku dengan nada yang sinis.

''Yup, maybe...'' Balas Sarah dengan nada yang sama, sinis.

''And then, kenapa muka kau tu macam blushing je aku tengok. Kau ada sorok apa-apa ke daripada aku?'' Soal aku kepadanya dengan nada yang sinis dan berpura-pura innocent.

''Ouh ya... Maybe sebab aku nak demam kot sebab tadi pun aku rasa macam tak sihat sikit pagi tadi, tu yang muka aku nampak macam merah-merah sikit ni. Maybe sebab tu lah kot.'' Balas Sarah dengan panjang lebar dan bernada pura-pura tenang.

Zerobies: Tiada Harapan (Hiatus & In Editing)Where stories live. Discover now