Chapter 14: Secret Conversation

565 23 18
                                    

[Hopeland, San Francisco, California]
[Lokasi: Pangkalan Pusat Pemerintahan Hopeland, Sektor 9]
[9:50 Malam]

[Richard POV]

Di waktu malam yang suram dan yang terasa sejuk ini, aku masih lagi sedang menyiapkan kerja-kerja yang tersisa di dalam bilik pejabat aku. Tak banyak pun yang tinggal, yang tinggal hanyalah sebuah catatan yang perlu aku siapkan untuk diberikan kepada pasukan pengurusan senjata dan bekalan makanan. Tujuan aku menulis catatan ini adalah untuk menyediakan bekalan senjata dan bekalan makanan yang cukup untuk pasukan pengintipan dalam misi operasi pencarian maklumat virus yang akan diketuai Adrian.

Tuk! Tuk! Tuk!

Tiba-tiba pintu bilik pejabat aku diketuk oleh seseorang daripada luar dengan perlahan.

''Masuk.'' Kata aku sambil menyimpan kertas-kertas kerja aku itu di dalam laci meja. Kelihatan Steve membuka pintu lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik aku sambil membawa satu beg bimbit yang kulitnta diperbuat daripada besi. Dia meletakkan beg bimbit tersebut di atas meja lalu berdiri tegak di hadapan meja aku dengan penuh disiplin.

''So ini lah dia senjata yang mendiang bapa aku sembunyikan selama ni...'' Kata aku dengan nada yang separa serius sambil membuka beg bimbit yang diketahui adalah 'senjata' terhebat itu.

Apabila aku membuka beg bimbit tersebut, aku sedikit terkejut, terpegun dan bertambah rasa kagum apabila melihat senjata itu masih lagi  berfungsi dan boleh diaktifkan bila-bila masa sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila aku membuka beg bimbit tersebut, aku sedikit terkejut, terpegun dan bertambah rasa kagum apabila melihat senjata itu masih lagi  berfungsi dan boleh diaktifkan bila-bila masa sahaja. Kelihatan di dalam isi kandungan beg bimbit tersebut adalah sebuah laptop ataupun senjata yang digunakan untuk tujuan peperangan. Tapi aku tahu laptop ni bukanlah laptop yang sembarangan laptop kerana ianya ada sejenis senjata yang paling terdahsyat yang pernah diciptakan di dalam sejarah manuia. Kalau senjata ni jatuh kepada pihak yang salah, akibatnya boleh berlaku perang dunia ketiga ataupun yang lebih teruknya boleh menghancurkan dunia.

''Ini ke 'senjata' yang kau cakapkan tu? Tak nampak macam barang yang merbahayakan pun bagi aku.'' Soal Steve sambil merenung ke arah beg bimbit yang nampak seperti laptop tersebut.

''Hey, jangan pandang rendah pada rupalah. Kalau kau nak tahu, inilah senjata yang paling merbahaya yang kerajaan Amerika Syarikat pernah ciptakan. Mendiang bapa aku dulu pernah arahkan pihak ketenteraan untuk hapuskan laptop ni tapi laptop ni tak boleh dimusnahkan sebab laptop ni kalis peluru dan kalis bahan letupan. Itu lah sebab kenapa mendiang bapa aku tu dulu simpan benda ni kat dalam White House supaya tak ada sesiapa yang boleh ambil dan gunakannya.'' Terang aku kepadanya dengan panjang lebar.

''Kau kata laptop ni senjata yang paling terkuat dekat dalam dunia ni kan, jadi apa benda je yang laptop ni boleh buat?'' Soal Steve kepada aku dengan nada yang selamba.

''First sekali, laptop ni ada nama. Nama dia adalah 'Death Order'. Death Order ni ada sambungan rangkaian dengan satu satelit rahsia milik ketenteraan Amerika Syarikat dekat atas angkasa sana. Satelit ni boleh buat satu serangan tembakan laser gergasi dengan tahap kerosakannya yang boleh mencapai satu letupan kehancuran yang boleh meranapkan sebuah bandar yang seluas daerah San Francisco ni. Dulu pihal NASA dah pernah buat satu test shot untuk Death Order ni pada permukaan bulan dan kesan tembakan dia memang sangat dasyat.'' Kata aku sambil berdiri menjulang laptop Death Order tersebut ke atas seperti menjulang sebuah piala.

Zerobies: Tiada Harapan (Hiatus & In Editing)Where stories live. Discover now