Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju
Aku akan menjagamu
Semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Bell yang tergantung di atas pintu masuk Sweet Coffee senantiasa berkerincing dikala pelanggan keluar masuk. Ia ibarat melodi yang biasa didengari setiap manusia di sini.
Sweet Kafe.
Terletak di tengah bandar. Lokasi yang strategik kerana dekat dengan pusat beli belah,institusi pendidikan dan jalan raya.
Rekaannya tampak sederhana. Tidak terlalu gah dan tidak terlalu biasa. Boleh dikatakan pemilik kafe tersebut memilih rakan baiknya yang bekerja sebagai interior designer untuk mereka bentuk kafenya.
Kafe ini ada dua tingkat di mana tingkat pertama tempat makan pelanggan harian. Malah menempatkan surau,tandas dan dapur masak.
Tingkat dua pula ruang dewan untuk jamuan. Ruang tersebut boleh menempatkan 50-90 orang individu pada satu masa. Tak lupa juga,pejabat Lady Big Boss.
"Table number three! Special order!"
"Poji! Mana mushroom soup?!"
"Woi Parisian! Pergilah cuci pinggan mangkuk! Curi tulang je tahu"
"Parisian tu kucing bijak! Memanglah curi tulang!"
"Haha! Doni bengong!"
"Cepatlah buat kerja! Customer ramai!"
Krik krik
Semua pekerja bahagian dapur mengunci mulut apabila disergah oleh Rafael. Ketua chef Sweet Cafe. Dengan muka garang mengalahkan Papa Zola. Dengan keberanian mengalahkan Boboiboy. Dengan kekuatan mengalahkan Yaya. Kelajuan mengalahkan Ying. Dan.. paling utama.. minuman koko yang mengalahkan Tok Aba!
Rafael sambung menghias pizza di depannya. Mozarella ditabur semurah hati. Kepingan daging lembu disusun kemas.
"Mawar! Masukkan dalam oven!"arah Rafael sebaik sahaja selesai menghasilkan seni menggunakan kedua belah tangannya.
Mawar yang menjadi pembantu kepada Rafael segera mengambil dulang pizza itu lalu dimasukkan ke dalam oven besar setinggi dua meter yang terletak di sayap kanan dapur.
Sofea yang sedang mencuci pinggan mangkuk sudu garfu malah gelas dan cawan kelihatan tak menang tangan. Nasib ada Aleesa yang membantu.
Di ruang desert pula kelihatan Fauzi atau gelarannya Poji sibuk menyiapkan Mountain Rainbow bersama Doni atau nama sebenarnya Daniel. Mereka berdua adalah owner bahagian pencuci mulut.
Di bahagian bakery pula Arjuna dan Jebat sibuk membuat doh,menghias kek dan membakar roti.
Senang cerita,semua sibuk dengan kerja masing-masing. Tambahan pula,sekarang merupakan waktu kemuncak di mana ramai manusia akan datang untuk menjamah selera.
Barista
Azura sibuk membancuh segala jenis kopi yang ditempah. Brother Food Panda dan Grab Food pun setia jadi penunggu. Jangan risau. Roro sentiasa ada sebagai pembantu.
"Az. Sis rasa rasa lah kan. Lama-lama sis bakal jadi Miss Coffee lah. Hari-hari hidu bau kopi segar. Haih.. rezeki"kata Roro sambil mengisar biji kopi Amerikano.
Azura yang sedang meletakkan topping di atas Latte tersenyum. "Itulah. Kerja struggle manapun,confirm rasa relaks lepas hidu aroma kopi kat sini."kata azura dengan senyuman.
YOU ARE READING
A Cup of Sweet Coffee
Fanfiction☕☕☕ A Cup of Sweet Coffee Though sometimes when life brings me down You're the cure my love In a bad rainy day You take all the worries away -Just once.. dinda letak harapan. And harapan tu.. hancur berkecai. Warkah yang dinda tinta selama ini berma...