Pagi ini aku bersiap lebih awal sebab aku dijemput sebagai VIP untuk majlis pembukaan Syarikat baru Mira. Bangga aku rasa. Rasa macam tak sia-sia aku suap kismis dalam mulut dia masa dia baby dulu.
"Kakak.. macam mana nak ikat ni?"soal izz yang dari tadi cuba mengikat tali lehernya.
Aku pusing belakang lalu bercekak pinggang. "Takkan seorang penulis tak reti ikat tie? Watak dalam novel adik ikat apa? Tali kasut?"bebelku sambil berjalan ke arahnya.
Tangan aku jatuhkan ke atas tie yang berwarna putih miliknya. Berlilit-lilit tie ni dibuatnya.
Izz mencebik. "Watak dalam novel adik cuma buat ikatan sah je. Tak main ikat tali kasut dengan background bunyi helikopter."bebelnya pula.
Aku menarik.. tak. Menjerut lehernya. Rimas pula aku dengar dia buat pick up line jiwang karat tu.
Automatik,kepalanya turun mendekati wajahku. Mata kami bertembung.
"Kakak pula cuma belajar 'ikat suami'"kataku tanpa rasa bersalah.
Izz mengangkat kening kanannya. "Ha?"soalnya.
Aku lepaskan tali lehernya lalu berjalan ke meja solek. Sambung bersiap. "Tak ada apa-apa. Adik jangan lupa vest dengan blazer"kataku sambil menempek bedak ke wajah sirihku.
"Oright maam. Nanti.. adik jadi handsome kalah prince charming.. lepastu ramai awek kejar adik baru kakak menyesal. Lepastu kakak pun gunakan rambut panjang kakak then ikat adik ketat-ketat"
Oh no.. dia mula merapu.
Aku pusing memandangnya yang sibuk menyarung vest berwarna kelabu. Tangan aku mula gatal. Aku capai lipstick aku yang berwarna merah dan..
"Kakak!"jeritnya sebelum terjatuh ke atas katil dan aku menghempapnya.
"Adik mana boleh handsome macam prince charming depan perempuan lain! Depan kakak je!"kataku sambil membuat bulatan merah di pipi kirinya
Izz seakan rela aku conteng muka dia. Dia cuma tergelak dari tadi. "Kakak.. nanti adik nampak macam joker"
Aku pula tergelak. "Tak apa. Joker cuma cintakan Harley Quinn and takkan berpaling tadah dari dia."kataku sambil membuat bentuk hati di pipi kanannya dengan tekun.
Tangannya mula mengunci aku. "Okay.. kalau macam tu adik sudi jadi joker kakak buat selamanya. Adik akan bawa senyuman dan tawa dalam hidup kakak. Walaupun adik dah tak ada"katanya menyentuh hati aku.
Aku memandangnya sayu. Jujur aku terasa setiap kali dia sebut tentang perpisahan.
Aku bangun dan berdiri membelakanginya. "Stop cakap pasal adik dah tak ada boleh?"kataku sungguh perit. Come on lah. Ini bukan drama melayu yang mana heronya akan mati di hujung cerita.
Izz diam.
Aku tahu dia dah mula serius.
Tangan kiriku ditarik lembut. Dia kemudian memelukku dari belakang. "Sorry."
"Sorry"
"Sorry"
Berulang kali perkataan itu terbit di bibirnya.
Aku mula sebak. Sampai bila?
"Adik.. adik cakap macam tu.. sebab ajal maut kita tak tahu bila. Mungkin esok,mungkin lusa. Adik tak pasti sampai bila. Kakak pun sama kan? Setiap insan.. atas bumi Allah ni. Setiap dari kita datang dari Dia dan akan kembali kepada Dia kan?"katanya perlahan.
Pelukan makin erat. Air mata aku jatuh.
"Adik.. sayang kakak sampai bila-bila. Dan adik harap.. adik pun akan sayang kakak. Sampai bila-bila. Mungkin kisah kita tak romantik macam kisah lain. Tapi kisah kita.. kisah abadi dan hakiki. Pertemuan yang singkat yang membawa kepada pertalian yang abadi."katanya dengan suara husky. Suaranya amat perit dituturkan.
YOU ARE READING
A Cup of Sweet Coffee
Fanfiction☕☕☕ A Cup of Sweet Coffee Though sometimes when life brings me down You're the cure my love In a bad rainy day You take all the worries away -Just once.. dinda letak harapan. And harapan tu.. hancur berkecai. Warkah yang dinda tinta selama ini berma...