" Membunuh untuk dapatkan apa yang kau inginkan sebenarnya tindakan bodoh , Araya . "
" Let me kill you softly , dear . "
RANKING :-
#1 CLC 18082020
#2 HWALL 18082020
Title : Araya , The Assasin
Genre : Fantasy , Mystery
Rate : PG-13 , PG-15
Cast...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
📆15.08.2020 , Saturday ⏰12.30 pm KST 🏠Hyunjoon Little House
Hyunjoon bersiap untuk pulang ke rumah ayahandanya kerana hari ini merupakan hari untuk dia mengambil ujian mempertahankan diri . Ujian ini adalah ujian kelayakan sebagai seorang pahlawan di dunia bunian .
Dia menoleh ke arah Seung Mi yang masih dibuai mimpi . Buku kepunyaannya yang berada di atas meja kecil itu diambil . ' Sang Kayangan dan Sang Malang ' , buku yang dibaca oleh Seung Mi beberapa hari yang lalu .
Dia teringat satu perenggan yang tertulis dalam buku itu .
" .... Dia .... hati dia telah luluh disebabkan sang malang . Miskin dengan harta tidak semestinya miskin dengan cinta . Sang malang yang dibenci akibat hidupnya yang hina itu telah mengubah sang putera . Tidak disangka ...... "
Hyun Joon mengucup dahi Seung Mi sekilas selepas itu keluar daripada pondok itu sambil menggalas beg kulit kijang yang berisi bekal bebola nasi serta air masak .
Semasa dalam perjalanan ke rumah ayahandanya , dia ternampak Changmin dan Juyeon bergaduh di hadapan tembok rumahnya . Juyeon terjerit kecil apabila Changmin menggigitnya dengan kuat .
Hyun Joon : Kenapa tidak masuk ?
Changmin : Ehh telah sampai engkau ya ? Kami berdua tunggu kaulah . Ayahanda kau itu bengis orangnya . Kami takut .
Juyeon : /meringis kecil/ Aduhhh . Kau tahu tak ini sudah kali ke-14 kau gigit aku seperti ini . Apa gigi kau gatalkah sampai mahu gigit aku ini ?!
Changmin : Aku gembira dapat turut serta dalam ujian kali ini . Bolehlah aku berhenti daripada kejar kambing ayahandaku . Hihihi
Hyun Joon : Dah , mari masuk .
Masuk sahaja dalam halaman rumah ayahanda Hyun Joon , mereka bertiga terkejut kerana bunyi rotan yang kuat kedengaran dari dalam rumah .
" Kenapa kamu pulang selepas 7 tahun menghilang ?! Mana kamu pergi hah ?! Berani kamu tunjuk muka selepas 7 tahun menghilang ? "
Hyun Joon terus masuk ke dalam rumah ayahandanya itu tanpa memberi salam . Dia nampak figura yang amat dikenalinya melutut di hadapan ayahandanya yang sedang marah itu .
Hyun Joon : Bonda ?
Puan Heo : A-anakanda ? /angkat muka/
Tuan Heo : Jangan sesekali panggil dia anakmu . Kau telah buang dia dahulu .
Puan Heo : Maafkan d-dinda .
Tuan Heo : /berdecit/ Dasar betina jalang ! Kau menghilang dahulu tanpa sebarang khabar , sekarang kau mahu minta maaf ? Bodoh !
Hyun Joon : /jeling tajam Puan Heo/
Puan Heo : D-dinda berbuat sebegitu kerna a–
Tuan Heo : Berhenti bercakap ! Keluar daripada rumahku atau aku yang akan heret kau keluar .
Changmin dan Juyeon yang berada dibelakang Hyun Joon hanya diam . Siapa yang tidak kenal sikap tegas Laksamana Heo . Bukan sekadar tegas namun kejam dengan musuh . Dingin seperti Hyun Joon ketika dalam keadaan tegang .
Tapi , perangai Hyun Joon yang sebenar sangat nakal .
Puan Heo : /nangis/ Anakanda , maafkan bonda . Bonda janji tidak akan tinggalkan anakanda lagi .
Hyun Joon : Maaf senang diucap , tapi keikhlasan susah nak digambarkan , Puan Shim Jae A . Puan patut keluar sebelum lebih teruk dikerjakan .
Puan Heo atau dikenali sebagai Shim Jae A terpana dengan kata-kata yang terluah daripada mulut Hyun Joon . Hatinya meronta berkata yang anaknya berubah drastis sejak kali terakhir dia melihat Hyun Joon .
Puan Heo keluar daripada rumah itu sambil memegang bungkusan pakaiannya . Hanbok putih yang dipakainya tercemar sedikit akibat debu tanah .
Changmin dan Juyeon memandang sayu pemergian Puan Heo itu . Kasihan , tapi memang kesalahn Puan Heo meninggalkan keluarga tanpa khabar .
[_ Heundae , Busan _] —흔대 , 부산—
📆15.08.2020 , Saturday ⏰5.30 pm KST 🏠Araya's house
Araya melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan sedikit tidak terurus . Tuan Park yang sedang menikmati teh itu melihat figura anak gadisnya yang telah beberapa hari menghilang ingin menaiki tangga .
Tuan Park : Neo eodinga ? (Kemana kamu pergi ?)
Araya : It's none of your bussiness .
Tuan Park : Kenapa kamu ponteng kelas menembak hah ? Kamu fikir kammu telah arif dalam hal polis ?
Araya : Boleh tak papa berhenti berleter ? Bingit telinga Aya dengar tahu tak ?! /naik terus ke bilik/