Bab 3

1.7K 47 1
                                        

KEPALA si teman yang sudah beberapa kali tergeleng di depannya Zehra buat-buat tak nampak. Minuman yang dipesan baru saja tiba dan ditarik mendekat sebelum disisip perlahan.

"Mana kau tahu?" Soalan ditanya sebaik jus oren masuk membasahi anak tekak. Wajah Haddie di depannya dikilas seketika.

"Bumi KL ni tak besar mana pun. Khabar angin yang bertiup cepat saja sampai ke telinga semua orang." Simbolik jawapan Haddie. Memang dari dulu pun, bicara Haddie tak pernah berubah. Setiap kali meluah kata, ayatnya akan berpusing merata tapi penuh makna tersirat.

"Aku nak dengan dari mulut kau sendiri."

"Apa yang kau nak dengar?" Wajah Haddie dipandang.

"Betul ke kau sendiri yang setuju atau semua ni rancangan keluarga dia dan keluarga kau" Dan kau terpaksa setuju?"

Sudah Zehra agak bentuk ayat yang akan Haddie utarakan. Pusing sana sini pun tetap sama. Semua orang bersangka hal yang sama.

"Aku buat keputusan sendiri."

"Kenapa?"

"Apa yang kenapa?" Zehra buat-buat tak faham soalan tersebut.

Jelas terlepas keluhan berat dari bibir Haddie. Bercakap dengan Zehra, perlukan kesabaran yang tinggi. Bukan Zehra jenis yang tak faham tapi seorang Zehra sangat bijak dalam mencipta ayat balas pada soalan yang tidak mahu diberikan jawapan.

"Yang aku tahu, kaulah orangnya yang menjadi penghubung antara Haqeef dan Liana sehingga mereka jadi pasangan kekasih. Dan yang aku tahu mereka masih pasangan kekasih hingga ke hari ini."

Dunia teknologi di hujung jari. Tak susah untuk tahu cerita seseorang. Lebih-lebih lagi orang seperti Liana yang suka show off. Buka saja IG, bersepah gambar dua merpati sejoli itu. Kerap bercuti bersama di luar negara.

"Sesekali jadi watak jahat, jadi orang ketiga, apa salahnya."

Berkerut dahi Haddie mendengar jawapan bersahaja Zehra.

"It doesn't suit you, Rara." Nama Rara itu adalah nama panggilan manja di kalangan mereka. Haddie memang suka sebut nama tersebut.

"Kenapa kau buat semua ni?" Haddie menyoal lagi

"Anggap saja dah jodoh aku dengan dia." Mudah saja Zehra beri jawapan.

"Bukan sebab kau cuba nak lari dari aku?" Mata Haddie mengecil, merenung Zehra yang sikit pun tak terusik riak wajahnya.

"Salah satu sebab juga." Seperti orang tak ada perasaan, jawapan tersebut terluah di bibir Zehra tanpa maksud apa-apa. Lari dari Haddie bukan persoalannya. Kalau dia nak lari, sudah lama dia melakukan itu. Bukan dia tak tahu perasaan Haddie terhadapnya.

"Kau tahu aku akan sentiasa sayang kau."

"Dan aku tahu Wawa lebih menyayangi kau."

Sebut tentang Wawa, terus saja gadis itu muncul, melenggang datang ke arah meja mereka.

"Hai!" Wawa menegur. Tanpa dijemput, terus tarik kerusi dan duduk.

Wawa, dia dan Haddie, kawan baik sejak alam sekolah dan kekal hingga ke hari ini. Awalnya, mereka berempat bersama Haqeef. Tapi lepas Liana berpindah masuk ke sekolah mereka dan 'rampas' Haqeef dari mereka, semunya jadi berpecah belah. Tinggal mereka bertiga yang masih rapat. Haqeef sudah semakin jauh dibawa Liana.

"Hoi!" Suara Wawa yang kuat bersama sepakan pada ketingnya buatkan Zehra terkejut. Muka berkerut menahan sakit.

"Apa kau ni?" Mata membulat memandang si teman sambil melarikan kedua-dua kaki ke belakang.

YANG KAU DUSTAKANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang