Bab 8

2K 57 1
                                    


SEGALANYA sudah selesai. Akad nikah dan majlis yang gilang gemilang. Tapi bagi Haqeef, segalanya seakan baru bermula. Perjuangan yang belum pasti penghujungnya.

Songkok ditanggalkan dan rambut yang melepek di kulit kepala dikusutkan. Rimas. Baju Melayu yang melekat di tubuh juga merimaskan dan dikibas-kibas agar ada udara masuk ke dalam.

Entah kenapa dia rasa semuanya sangat merimaskan. Dari majlis bersanding hinggalah bergambar.

Mata ditebarkan ke kawasan ballroom yang besar itu. Hanya tinggal beberapa orang saja yang masih bersembang dengan daddynya dan juga keluarga Zehra.

Tadi dia sudah meminta diri dari mereka semua untuk naik ke bilik. Zehra memang sudah lama menghilangkan diri.

"Qeef!" Tiba-tiba ada suara menegur. Langkahnya yang baru mahu menuju ke arah pintu keluar terhenti dan dia berpaling.

Tuan Inspektor atau lebih tepat lagi sekarang sudah berpangkat abang iparnya menghampiri.

"Selamat pengantin baru." Tangan dihulur. Baru berkesempatan memberi ucapan tersebut.

Haqeef menyambut. Dan jemarinya digenggam erat.

"Setitik air mata adik aku jatuh, kau perlu berdepan dengan aku." Amaran diberi oleh Inspektor Ammar ketika jemari mereka masih lagi bertaut. Muka serius memberitahu yang dia serius dengan amaran tersebut.

Walau Zehra menafikan sekeras-kerasnya, dia yakin telahannya tentang perkahwinan ini adalah betul. Dia yakin Zehra terpaksa. Dan sepanjang majlis, matanya memerhati riak di wajah Haqeef. Memerhati dari jauh.

Dari pemerhatiannya, nampak jelas Haqeef seperti tidak selesa. Tapi wajah Zehra nampak tenang dan bersahaja. Itu memang tak dinafikan sebab adiknya itu memang muka sentiasa begitu dalam apa jua situasi pun. Tapi riak Haqeef nampak jelas seperti terpaksa. Makin pelik dia memikirkan apa sebenarnya rahsia di sebalik perkahwinan ini.

"Jangan risau bang, Zehra tu bukan jenis yang mudah menangis untuk hal yang remeh. Lagi pun, hal nikah ni tak serius pun buat dia." Tak terusik pun dengan amaran tersebut, itu yang Haqeef balas.

Memang betul pun apa yang dia cakap tu. Kalau Zehra anggap hal nikah kahwin ni serius, takkan sanggup nak kahwin dengan lelaki yang secara terang-terang menolaknya.

Zehra tu jenis hati kering. Kalau setakat hal kecil-kecil, tak adanya nak menangis bagai. Dulu-dulu dia pernah tengok Zehra jatuh basikal dan lututnya berdarah teruk. Tapi muka selamba saja. Langsung tak menangis. Tak berkerut sedikit pun wajahnya. Dia yang tengok pun rasa menggelabah. Itulah Zehra yang dia kenal.

"Kalau kau tak mampu bahagiakan dia, pulangkan dengan cara baik. Macam mana kau 'ambil' dia, aku nak macam tu lah juga kau 'pulangkan' dia." Peringatan pula diberikan. Dan dia serius tentang itu. Zehra itu adik kesayangannya. Sakit Zehra adalah sakitnya juga.

Tak membalas apa-apa, Haqeef hanya angguk kepala. Otaknya laju berfikir apa akan berlaku seterusnya? Janjinya pada Liana, semua ni takkan lama. Kalau berlarutan lama, dia sanggup saja berkahwin secara sembunyi dengan Liana. Tapi, kalau keluarga tahu, apa agaknya tindakan Inspektor Ammar?

Hatinya tiba-tiba jadi bergalau. Rindu pada Liana juga serentak datang.

Sejak kes handbag lagi si kekasihnya itu merajuk sebab dia tak datang seperti yang dimahukan. Mesej tidak berbalas dan panggilan juga tidak berjawab. Dia pun sibuk dengan urusan kerja dan juga urusan nikah. Tak sempat nak memujuk bagai.

Haqeef berkeluh panjang. Saat yang sama, langkahnya sudah sampai di depan pintu bilik hotel.

"Bilik ni untuk Qeef dan Zehra rehat. Nanti dah penat lepas majlis, terus naik tidur kat situ jer malam nanti." Itu ayat daddynya sebaik menyerahkan kunci pada mereka sebelum majlis bermula.

YANG KAU DUSTAKANWhere stories live. Discover now