Sehingga Zehra naik memanjat katil, Haqeef masih memerhati. Satu bantal diletakkan di tengah-tengah katil dan terus baring. Selamba sungguh.
"So, aku boleh tidur kat situ?" Baru Haqeef bersuara sambil menunjuk ke arah ruang yang kosong di sebelah Zehra.
Hanya sekilas Zehra memandang tuan punya suara yang berdiri tegak di hujung sana sebelum bergumam mengiakan. Kemudian matanya terus terpejam rapat. Letih.
Tak tunggu lama, Haeef tutup semua lampu. Dia pun dah penat sangat. Dah malas nak fikir pasal masalah sekeliling buat waktu sekarang.
Panjat katil, Haqeef tepuk-tepuk bantal yang terletak di tengah-tengah antara mereka.
"Kalau kau langkau sempadan ni, aku tak jamin yang tak akan jadi apa-apa malam ni." Dia bersuara, menolak apa jua rasa yang tak enak yang tiba-tiba muncul di benaknya.
Zehra selamba saja, dia pula yang gemuruh.
Malam pertama yang dia tak pernah pun terfikir untuk dilalui dengan cara begini.
Tak mendapat jawapan balas dari Zehra, Haqeef menjenguk ke sebelah. Tapi tak nampak sebab Zehra membelakanginya. Lagi pun, lampu sudah tertutup.
Dia berkeluh resah.
"Zehra!" Haqeef memanggil setelah beberapa ketika dia tak mampu lelapkan mata.
Senyap
"Kau dengar tak ni?"
Senyap.
Sekali lagi Haqeef berkeluh resah. Badan berpusing kiri kanan.
"Zehra!" Nama itu diseru lagi.
Masih juga senyap. Takkan semudah itu Zehra boleh tertidur?
"Zehra, Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak menyahut...."
"Aku mengantuk dan penat. Kau nak apa?" Tiba-tiba suara Zehra memintas.
Maknanya, belum tidur lagi.
Haqeef berpusing menelentang.
"Tadi kau kata kau nak jadi orang jahat sebab bersetuju kahwin dengan aku. Apa maksud kau?" Persoalan yang bermain di mindanya sejak tadi diajukan. Sejak tadi otaknya tak berhenti berfikir tentang ayat tersebut. Zehra ni, banyak sangat rahsia dan misteri yang perlu dia rungkaikan.
"Lupakan." Jawapan Zehra mudah sekali.
Tapi tak semudah itu buat Haqeef. Mana boleh lupa begitu saja. Mana boleh tidur kalau otak tak mahu rehat berfikir.
Tak puas hati, dia berpusing badan ke arah Zehra yang tidur membelakanginya. Masih tak puas hati sebab gelap, lampu sisi katil dibuka.
"Zehra, pusing sini!" Dia beri arahan. Namun, Zehra tetap beku tak bergerak.
"Jangan paksa aku sentuh kau, Zehra." Kali ini Haqeef sudah mengugut.
Tiba-tiba Zehra bangkit mengejut.
Dan Haqeef ikut bangkit. Dia terkejut sebenarnya dengan tingkah Zehra yang tiba-tiba begitu. Tak ada suara tapi tiba-tiba bangkit. Dah la nampak rambut saja, muka tak nampak, mana tak terkejut.
Tak bersuara, Zehra cuba untuk turun dari katil. Namun, lengannya pantas saja disambar oleh jemari Haqeef.
"Kau jangan lari, Zehra. Aku mahukan penjelasan." Lengan Zehra yang dipegang makin digenggam kemas.
Dan bila Zehra cuba menolak, automatik tangan Haqeef yang lagi satu memaut di pinggang pula.
Pautan yang sedikit kuat mendorong tubuh Zehra kembali terbaring dan rontaan Zehra buatkan Haqeef bergerak melangkau 'sempadan'.
YOU ARE READING
YANG KAU DUSTAKAN
RomanceSyed Haqeed Zahri Tan Sri Syed Khalid, lelaki yang tak pernah terlintas di fikiran Zehra untuk menjadi calon suaminya. Tetapi itulah yang terlakar di depan matanya. Ada sebab kenapa dia terpaksa kata setuju walau hatinya tak pernah berkata yang sam...