Bab 6

1.6K 55 1
                                    

MELANGKAH masuk ke pintu butik pengantin, darah di tubuh Zehra terus berderau tatkala matanya ternampak Haqeef bersama Liana ada di dalamnya.

Haqeef yang menghubunginya dan memaksa dia ke butik hari ini juga untuk fitting baju yang sudah siap. Kalau ikutkan, dia banyak hal hari ini tapi Haqeef memaksa dengan ugutan.

"Kalau kau tak pergi hari ni, aku takkan pergi dah. Muat tak muat masa hari nikah nanti, kau bertanggungjawab." Itu ayat ugutannya.

Nak tak nak, Zehra terpaksa juga datang. Dia tak mahu jadi orang yang bertanggungjawab jika ada sebarang masalah nanti.

Tapi, apa motif Haqeef bawa Liana sekali? Tidakkah nampak pelik datang fitting baju pengantin tetapi bawa perempuan lain?

"Hai!" Liana menegur sebaik nampak Zehra melangkah menghampiri. Ceria saja wajahnya macam dia pula yang nak mencuba baju pengantin.

Zehra sekadar angguk kepala dan mengambil tempat di sofa bertentangan dengan tempat dua merpati sejoli itu sedang duduk. Tak tahu apa yang Haqeef tunggu. Sedang tunggu dia atau tunggu pekerja butik untuk serve mereka.

"Kau tak nak tanya ke kenapa aku ada kat sini?" Liana bersuara, sengaja mahu mencuit tenang Zehra.

"Butik ni pun dikira tempat awam, Yana. Sesiapa pun boleh keluar masuk. Tak ada larangan." Tenang saja Zehra bersuara, setenang wajahnya ketika itu.

Wajah ceria Liana terus bertukar kusam. Dia mahu menyakitkan hati Zehra, tapi tak kesampaian. Sejak dulu, Zehra ni memang hati kering.

"Aku datang ni, nak temankan kekasih hati dan juga bakal madu fitting baju pengantin. Time aku dan Qeef bersanding nanti, aku nak yang lebih grand dari baju kau." Gaya berlagak, Liana masih berusaha keras untuk menyakitkan hati Zehra.

Haqeef pula buat bodoh alang, bagai tak dengar dan tak nampak apa-apa. Baik bakal isteri mahu pun kekasih hati. Mata fokus pada skrin telefon di tangan. Memang dia bawa Liana bersama atas tujuan itu pun. Untuk menyakitkan hati Zehra.

"Aku memang pilih yang simple. Tak guna majlis dan baju grand kalau bukan menantu pilihan." Masih tenang, nada bersahaja Zehra membalas. Tapi maksudnya sangat mendalam.

Walau dia bukan pilihan Haqeef tapi dia adalah pilihan Tan Sri. Tidak ada sesiapa boleh pertikaikan tentang itu. Bagaimana cara Tan Sri buatkan dia bersetuju, itu antara dia dan Tan Sri saja. Orang lain tak boleh tahu.

Liana berdecit geram. Jawapan Zehra tepat mengena ke mukanya.

"Yang pasti Qeef akan pilih aku, bukan kau." Senyum mengejek, Liana tayang muka bangga. Lengan Haqeef di sebelahnya dipeluk. Gaya dah rupa macam budak sekolah bergaduh berebut boyfriend.

"Qeef takkan pandang dan sentuh kau." Sambungnya lagi.

Zehra tayang muka tak kisah, tak peduli dan seumpamanya. Sedikit pun tak terusik dengan bicara Liana yang seperti sengaja mahu menguji kesabarannya.

Pandangannya ditebarkan ke sekitar butik.

'Tak ramai orang pun, kenapa lambat sangat?' Bisik Hati Zehra.

"Kau ni, nak kahwin dengan Qeef sebab harta dia jer kan?" Ke situ pula Liana pusing cerita. Dia geram bila Zehra seperti malas melayannya.

"Kalau ya pun, kau kisah apa?"

Kali ini Haqeef pantas angkat wajah. Dia mendengar sebenarnya apa yang dibicarakan oleh Zehra dan Liana dan ayat Zehra itu menarik perhatiannya. Mata tepat ke wajah si bakal isteri di depannya.

"Tak payah nak jadi mata duitan macam mama kau." Kata-kata Haqeef buat wajah Zehra terus berubah.

Wajah yang tenang setenangnya walau diasak dengan pelbagai tekanan sebelum ini terus bertukar mendung hanya dengan sebaris ayat tersebut. Mata Zehra seakan berkaca. Isu mamanya adalah isu yang sangat sensitif untuk dibicarakan apatah lagi di depan Liana begini.

YANG KAU DUSTAKANWhere stories live. Discover now