FAIL yang terpegang di tangan Zehra letakkan ke atas meja dan ditolak ke arah Tan Sri Syed Khalid, meminta ditandatangani pada kertas laporannya.
Sejak dia melapor diri menjalani praktikal di situ, memang dia menjadi bahan gosip paling hangat. Apa taknya, apa jua yang berkaitan dengannya perlu direct kepada Tan Sri.
Memanglah gila. Praktikal jer kut, terus direct pada bos besar, si tuan punya syarikat. Bukan syarikat kecil-kecil tapi syarikat gergasi yang gah. Yang sudah mempunyai pelbagai cabang bisnes.
Bukan semua orang boleh jejak kaki ke bilik pejabat mewah MD ni. Yang pangkat-pangkat besar saja. Dia jer yang terkecuali. Report pun MD yang tandatangan.
"Lepas ni, Zehra boleh la bantu Qeef uruskan syarikat." Tan Sri Syed Khalid bersuara sambil menolak fail yang sudah diturunkan tandatangan ke arah Zehra.
Dia bukan baca pun apa yang Zehra tulis. Sengaja dia nak jumpa dan berbicara dengan Zehra saja. Dengan cara begini saja Zehra akan datang mencarinya.
"Maaf Tan Sri. Perjanjian kita hanya setakat kahwin saja. Tak ada sebut tentang kerja." Zehra terus beri jawapan pasti. Tak ada bengkang bengkok lagi.
Dan dia nampak Tan Sri Syed Khalid bagai terkejut.
"Jadinya, habis praktikal..."
"Saya sudah ada tempat untuk kerja." Pintas Zehra. Kemudian, dia bangkit berdiri.
"Syarikat mana?" Tan Sri Syed Khalid masih mahu memanjangkan bicara. Dia fikir dia sudah bijak mengatur. Rupanya Zehra lagi bijak dari apa yang dijangkakan.
"Syarikat bilis jer. Kami mula dari bawah." Merendah diri, Zehra bawa fail nipis di tangan memeluk ke tubuh.
Memang betul apa yang dia katakan. Dia sudah berjanji dengan Haddie untuk sama-sama membangunkan syarikat lelaki itu. Bermula dengan projek kecil-kecilan.
"Kenapa tak nak terus kerja kat sini?" Tan Sri Syed Khalid masih berharap.
Diam seketika, Zehra cuba untuk kawal emosinya. Kalau ikut, setiap kali berdepan dengan lelaki ini, rasa yang muncul di dadanya semua yang tak elok belaka. Tapi, dia tak mahu menjadi kurang ajar pada orang yang lebih dewasa apatah lagi jika nak dihitung kebaikan lelaki ini pada keluarganya, terlalu banyak.
Cuma cara lelaki ini untuk memenuhi kehendaknya agak keterlaluan.
"Saya tak nak terhutang budi macam papa. Susah senang, saya akan berdiri di atas kaki sendiri."
"Tapi nanti, semua ni akan jadi milik Qeef dan Zehra juga."
Zehra tarik nafas. Wajahnya masih tenang.
"Tiada jaminan, Tan Sri." Perlahan saja Zehra membalas. Dari saat dia setuju untuk menjadi isteri Haqeef, dia sudah beritahu hatinya, apa jua milik Haqeef tidak semestinya akan jadi milik dia.
"Tan Sri Sendiri pun tahu situasinya, kan?"
Badan Tan Sri Syed Khalid tersandar ke belakang. Dia faham apa yang mahu disampaikan Zehra.
"Saya akan pastikan semuanya berjalan seperti yang saya rancang, Zehra." Yakin dia meluahkan. Mahu Zehra tahu yang dia bukan orangnya yang hanya melepaskan batuk di tangga dalam merancang sesuatu.
"Oh! Sebelum terlupa, ni...."
Zehra hanya memandang apabila Tan Sri Syed Khalid mencapai album yang tebalnya lebih kurang 3 inci dan ditolak ke arahnya.
"Zehra pilih warna dan konsepnya saja dengan Qeef. Design baju sekali. Nanti wedding planner tu akan datang ambil ukuran."
Hanya mata Zehra saja yang melekat pada album di atas meja di depannya. Langsung tak menunjukkan riak teruja atau terkejut. Hanya tangan saja perlahan bergerak mencapainya. Gaya bagai robot yang mengikut arahan remotenya.
![](https://img.wattpad.com/cover/236447014-288-k95687.jpg)
YOU ARE READING
YANG KAU DUSTAKAN
عاطفيةSyed Haqeed Zahri Tan Sri Syed Khalid, lelaki yang tak pernah terlintas di fikiran Zehra untuk menjadi calon suaminya. Tetapi itulah yang terlakar di depan matanya. Ada sebab kenapa dia terpaksa kata setuju walau hatinya tak pernah berkata yang sam...