BADAN Haqeef sandar ke kerusi. Kalau tadi dia tak mahu peduli akan kehadiran Fawwaz ke bilik pejabatnya, tapi topik yang lelaki ini timbulkan buat dia tak mampu buat-buat bodoh.
"Apa masalah kau sebenarnya?" Soalan ditanya gaya sarkastik.
Serius dia memang tak suka lelaki ini. Salah satu sebab dia langsung tak balik ke Malaysia dua tahun ini adalah kerana perkahwinan daddynya. Dia tak suka perempuan yang daddynya kahwini. Tak suka juga anak-anak perempuan itu yang kini bagai sudah berleluasa di rumah dan juga pejabat ini. Menumpang kekayaaan daddynya tapi berlagak seolah harta milik sendiri.
Banyak yang dia kecil hati dengan daddynya sebenarnya. Banyak hak milik dia sudah menjadi hak milik lelaki ini dan adiknya, Sabrina. Salah satunya ialah kereta kesayangannya. Tapi, dia tak boleh cakap apa. Nak mengamuk pun buang masa. Sebab yang membeli kereta tersebut pun daddynya juga. Yang berikan kereta tersebut pada lelaki ini juga adalah daddynya.
"Aku pelik, kau boleh terima cadangan daddy untuk kahwin dengan anak akauntan cabuk tu dan lepaskan Liana anak Dato Akhtar."
"Apa yang peliknya?" Haqeef melayan. Dia mahu juga tahu kenapa Fawwaz begitu berminat dengan rancangan perkahwinan dia dan Zehra ini.
"Selamanyalah akauntan tu akan jadi orang suruhan daddy. Entah-entah bakal isteri kau tu pun nanti akan jadi orang suruhan juga, ikut telunjuk daddy. " Senyum mengejek terukir di bibir Fawwaz.
"Kau tak layak bercakap tentang Zehra dan papa dia." Hati Haqeef tiba-tiba jadi panas. Walau dia tak setuju apa yang dirancang daddynya, walau dia masih marahkan Zehra yang ikut rentak daddynya, tetapi dia tak suka jika ada orang memperkotak-katikkan gadis itu dan keluarganya.
Selepas daddynya, papa Zehra adalah orang yang dia sangat sayangi. Dia membesar dengan asuhan dan nasihat uncle Zamri. Dia tak pernah lupa itu.
"Baguslah! Back-up bakal isteri dan bakal mentua." Ketawa kecil tercetus di bibir Fawwaz.
"Aku curiga, kenapa daddy nak kau kahwin dengan anak akauntan tu. Kan bagus kalau kau dengan anak Dato Akhtar, bisnes boleh bergabung, makin cepat berkembang maju." Kali ini Fawwaz mencipta teori. Kepalanya terangguk-angguk bagai berfikir dengan kata-kata sendiri.
"Ada konspirasi ke?" Mata Fawwaz tepat ke arah Haqeef. Bertanya.
Dan soalan Fawwaz itu buat minda Haqeef bergerak laju. Berfikir tentang logiknya teori tersebut. Walau dia sendiri memang pelik, tapi tak mahu ditunjukkan dan tak mahu dilihat bersetuju dengan apa jua pendapat lelaki ini.
"Kalau kau tak ada apa nak cakap tentang kerja, pintu kat sana." Ujar Haqeef akhirnya sambil mengarahkan pandangan pada muka pintu.
Fawwaz senyum senget.
"Kau patut selidik." Masih tak mahu menamatkan isu yang ditimbulkan. Tapi Fawwaz tetap juga bangkit berdiri.
Belum sempat Haqeef membalas, pintu pejabatnya diketuk dari luar.
"Kaluarlah! Aku banyak kerja." Kali ini Haqeef menghalau secara terang-terangan.
'Tak apa, Haqeef. Sekarang ni kau di atas. Akan tibanya nanti bila kau di bawah.' Itu bicara hati Fawwaz sebelum perlahan langkahnya menuju ke pintu. Saat yang sama, pintu terbuka dan muncul Zehra di situ.
Saling berpandangan, Fawwaz keluar dan Zehra masuk. Pintu ditutup.
Langkah Zehra atur ke arah meja Haqeef di mana lelaki itu sedang duduk sambil merenung kertas di tangan. Langsung tak pandang Zehra yang menghampiri.
"Itu contoh pelamin dan persalinan. Daddy kau suruh aku bagi kau pilih....."
"Aku pilih hitam." Haqeef memintas, memberi jawapan tanpa memandang pun album contoh yang diletakkan oleh Zehra ke atas mejanya.

YOU ARE READING
YANG KAU DUSTAKAN
RomanceSyed Haqeed Zahri Tan Sri Syed Khalid, lelaki yang tak pernah terlintas di fikiran Zehra untuk menjadi calon suaminya. Tetapi itulah yang terlakar di depan matanya. Ada sebab kenapa dia terpaksa kata setuju walau hatinya tak pernah berkata yang sam...