HANYA kerana satu ayat yang dia lafazkan, Zehra lancar PERANG BISU. Call tak berangkat. Mesej tak berbalas. Cakap apa pun, Zehra tetap buat muka bodoh.
"Kau ni nak kahwin dengan aku ke tak nak?"
Diam.
"Dah pergi butik fitting baju ke belum?"
Masih diam.
Haqeef mengeluh panjang.
"Kau marah kan aku lagi ke?" Masih tak berputus asa, Haqeef ajukan soalan.
Bukan hari ini saja situasi begini malah sudah berlarutan berhari-hari. Kalau sebelum ini hanya ketika bertembung saja dia menegur Zehra. Dia panggil masuk ke pejabat pun Zehra buat tak layan. Tapi kali ini dia guna daddynya, mengheret Zehra berdepan dengannya di salam bilik pejabat
Zehra tetap juga diam. Wajah seperti tak ada apa yang sedang berlaku.
Lama, mereka hanya saling berdiam.
Zehra menunduk
Haqeef memandang ke depan, ke wajah Zehra yang tenang.
"Kalau tak ada apa, aku keluar dulu." Zehra bangkit tanpa memandang orang di depannya.
"Aku belum habis cakap lagi, Zehra!" Suara Haqeef meningkah dan ikut bangkit.
Namun, kata-katanya bagai angin lalu. Zehra tak peduli pun.
"Zehra!" Kali ini Haqeef menjerit geram.
Tetap sama, Zehra buat tak dengar. Tangan sudah menguak daun pintu dan terus keluar.
Hela nafas berat Haqeef lepaskan. Punggung kembali dihempas ke kerusi. Jemari mengetuk-ngetuk permukaan meja. Berfikir.
Kenapa dia tak senang hati bila Zehra lancar perang bisu begini? Bukankah ini yang dia mahukan? Mahu buat Zehra sakit hati dan membencinya dan lebih bagus lagi Zehra tarik diri dari rancangan perkahwinan ini?
"Ah! Serabut." Perlahan bibir meluahkan.
Serentak itu telefon bimbitnya berdering. Nama Haddie yang tertera buat keningnya berkerut. Sekian lama tidak berhubung, tiba-tiba muncul, pasti ada sesuatu.
"Aku ni, Haddie." Si pemanggil memperkenalkan diri sebaik panggilan bersambut.
"Ya, aku tahu. Long time no see." Balas Haqeef, cuba berbasa basi.
"Itulah. Kau apa cerita?"
"Macam ni lah." Malas saja Haqeef beri jawapan. Dia yakin Haddie tahu cerita antara dia dan Zehra sebab dia yakin Zehra masih rapat dengan lelaki itu.
"Aku call ni pasal Zehra."
Haqeef diam mendengar. Sebab dia sudah dapat mengagak dari awal. Dia dan Haddie sudah lama renggang sebab Zehra dan pastilah Haddie mencarinya sebab Zehra juga.
"Zehra tahu, aku cintakan dia. Dan aku nak kau juga tahu hal ni."
"Motif?" Bicara Haqeef sudah menjadi sarkastik. Tiba-tiba hatinya tak tenang mendengar pengakuan tersebut.
"Motifnya... Kalau nak, buat cara nak. Buat cara gentlement. Kalau tak nak, jangan main-main dengan perkahwinan. Jangan rosakkan masa depan orang lain untuk kepentingan sendiri." Tegas Haddie di hujung talian.
Melihat situasi Zehra dari sehari ke sehari, dia tak boleh lagi berdiam dan hanya memandang. Dia harus bertindak untuk menghentikan semua ini. Dia yakin telahan tepat. Semua ini bukan atas kerelaan Zehra tetapi terpaksa. Cuma dia tak tahu, apa sebenarnya yang memaksa Zehra bersetuju.
"Kau patut cakap semua ni pada Zehra, bukan pada aku." Nada Haqeef ikut tegas. Bukan dia yang patut dipersalahkan dalam hal ini.
"Kau lelaki, Haqeef. Bukan Zehra yang akan pegang tangan tok kadi."
"Step into my shoes, Haddie. Then you'll know the whole story. Jangan judge aku dengan hanya melihat luaran saja." Pantas saja Haqeef membalas penuh geram. Semua orang nampak bagai dia yang bersalah walhal Zehra adalah puncanya. Kalau Zehra kata tak setuju, pasti semua ni tak akan terjadi. Bagi pihak dia, sudah jenuh dia berdebat dengan daddynya tetapi tetap dia kalah dan terpaksa akur demi harga diri dan masa depan yang harus dia tempuh nanti.
"Situasinya bukan semudah apa yang kau lihat." Haqeef menyambung. Kali ini nadanya bertukar rendah seakan mahu Haddie faham situasinya.
Terus Haddie terdiam di hujung sana.
Dalam masa yang diambil beberapa detik untuk masing-masing bermuhasabah diri itulah, ada panggilan lain pula masuk ke telelefonnya. Nama Liana tertera di skrin.
"Aku kena putuskan talian. Ada panggilan masuk." Terus Haqeef tekan skrin telefon menjawab panggilan Liana dan sekali gus taliannya dengan Haddie terputus.
"Yana..." Dia menyapa.
"Babe, handbag I dah calar sikit. Tolong belikan yang baru, pleseee..." Suara Liana merengek manja.
Dia bukan tak ada duit nak beli sendiri. Tapi dia lebih seronok jika apa yang dimahukan dibelikan oleh Haqeef. Semua rakan-rakannya kata dia sangat bertuah, ada kekasih kacak dan kaya raya. Akan belikan apa yang dimintanya.
"Kan yang tu I baru lagi beli." Kali ini Haqeef tidak menurut. Selalunya, apa yang Liana minta, dia akan setuju saja tanpa banyak soal.
"Alaa... dah enam bulan kut. I tunggu you kat Pavi petang nanti. I berkenan dengan satu handbag tu." Mahu juga Haqeef ikut cakap dia.
"Yana, I tengah busy. Handbag tu nanti-nantilah dulu."
"Eee.. leceh la you ni. Bosan la guna beg sama ni." Liana mendengus tak suka. Pertama kali Haqeef tidak mahu memenuhi permintaannya.
"Nanti-nanti you akan bosan dengan I pula." Balas Haqeef tanpa maksud apa-apa. Dia tengah serabut dengan hal nikah kahwin, Liana pula menambah perisa.
"Apa you cakap ni? Sengaja nak cari gaduh ke?" Serta merta Liana naik angin, meninggi terus suaranya.
"Tahu la esok lusa dah nak nikah. Takkan nak cari pasal dengan I." Tambahnya lagi. Sejak tahu rancangan pernikahan Haqeef dan Zehra lagi hatinya membengkak. Disimpan sekian lama dan sekarang bagai mahu meletupkan lavanya.
"You janji apa dengan I? Takkan layan Zehra, takkan pandang dia, takkan sentuh dia." Membuak kemarahan yang tak mampu dikawal.
"You janji akan kahwin dengan I walau dengan apa cara sekali pun. You dah lupa ke? I tak kira, I nak jumpa you juga petang ni. I tunggu kat Pavi jam 5. Kalau you tak datang, you tengoklah apa akan I buat nanti." Panjang berjela bebelan Liana.
"You ugut I?" Haqeef menyoal balas.
"YA!" Terus talian diputuskan.
Haqeef geleng kepala.
Zehra buat hal. Liana pun buat hal.
Mana satu dia nak kena pujuk dulu ni?
YOU ARE READING
YANG KAU DUSTAKAN
RomanceSyed Haqeed Zahri Tan Sri Syed Khalid, lelaki yang tak pernah terlintas di fikiran Zehra untuk menjadi calon suaminya. Tetapi itulah yang terlakar di depan matanya. Ada sebab kenapa dia terpaksa kata setuju walau hatinya tak pernah berkata yang sam...