01

3.9K 291 37
                                    

Namaku Yarra. Aku merupakan seorang gadis biasa biasa aje. Tak kaya dan tak juga miskin. Senang cerita kehidupanku sederhana. Parents aku both doktor. Jadi jarang aku dapat spend time dengan mereka.

Di sekolah aku mangsa buli sebab mereka anggap aku seorang gadis yang kurang kasih sayang ibu bapa. Dan satu lagi sebab mereka semua buli aku sebab mataku lain dari yang lain. Mataku berwarna hazel.

Kata mereka aku tak layak dapat wajah cantik macam ni. Aku repeat, bukan aku yang cakap tapi mereka sendiri yang cakap. Hidupku sangat sadis.

Sehinggalah suatu hari aku dibuli dengan teruk sekali. Tubuhku ditarik ke sebuah lorong sunyi. Beberapa orang seniorku melihatku dengan muka geram. Aku tahu kali ni aku akan kena cukup cukup.

"Bodoh! Sial! Berani kau ganggu crush kitorang!"

Ya mereka fitnah aku ganggu crush mereka. Walhal crush dorang tu yang datang pada aku. Kami cuma berborak biasa. Tetapi dimata mereka aku yang menggatal dengan crush mereka.

Bersama dengan itu satu pukulan mendarat di kaki aku. Sakit itu tak payah cakap. Lagi lagi mereka pukul kaki aku dengan kayu yang boleh tahan tebal. Terduduk aku dibuatnya.

Tak cukup dengan itu mereka tarik rambut aku. Dan dengan automatik kepala aku terdongak ke atas. Kali ini pipi aku diserang tanpa henti. Pedih ya amat! Tapi aku tahan.

Air mataku juga hampir tumpah tapi aku menahan sebaik mungkin. Aku tak nak air mata berharga aku jatuh didepan orang yang tak ada otak macam mereka semua ni.

"Aku tahu kau ada muka yang bagus tapi tak payahlah guna untuk goda crush kitorang sial!"

"Dasar pelacur!"

Aku diam. Sudah terbiasa dengan perkataan macam tu. Hati dah lali dengan semua tu. Dah tak rasa apa apa dah.

Tapi kali ni dorang main kasar. Aku nampak salah seorang dari mereka bawa keluar pisau lipat. Aku mula menggelabah. Agak agak apa yang mereka nak buat dengan pisau itu.

"Muka kau ni layak kena siat siat macam ikan je. Biar buruk baru semua lelaki tak puja kau dah"

Aku pejam mata. Tak nak tengok mata pisau yang tajam itu. Aku dapat rasa semakin lama semakin dekat dengan wajahku.

Dan agak lama aku berkeadaan sebegitu sebelum aku dengar jeritan daripada mereka. Aku terus buka mata. Terkejut aku melihat mereka semua sudah terbaring diatas jalan.

"Are you okay?"

Aku baru sedar ada lelaki disebelah aku. Entah sejak bila lelaki ini muncul. Yang aku tahu lelaki ini satu sekolah dengan aku. Cumanya kami tak satu kelas. Dan jarang jarang aku nampak dia di sekolah.

"Saya okay" jawabku.

"Kenapa kau biar dorang buli kau?"

Kali ni nada suara dia macam tengah marahkan aku. But why?

Tapi selepas itu aku senyum hambar.

"Simple. Sebab saya lemah"

"Then be strong! Please jangan jadi lembik! Aku dah penat tengok kau kena tindas dengan senior senior tak ada otak macam dorang semua ni"

"I can't" suaraku semakin perlahan.

"NO! THIS IS AN ORDER!" tengking dia lagi.

"Kalau kau tak ikut, aku akan buat lagi teruk dari dorang semua"

Kali ni suara dia lebih stabil. Atau maksud lainnya kata kata itu bukan lahir dari hatinya. Macam terpaksa. Tapi kenapa?

Dan sampai sekarang masih belum terjawab.

🍃ideabank

Sweet Monster | TREASURE YOSHIWhere stories live. Discover now