Seperti yang dia cakap tadi, balik sekolah kami terus ke klinik. Buat check up. Dan aku bersyukur tak ada apa apa yang serius. Lega aku. Tapi aku harap sangat doktor yang check up aku tadi bukan kenalan parents aku. Maybe aku tak kenal dorang tapi tak mustahil mereka kenal aku. Naya aku nanti bila parents aku dapat tahu.
Selepas ambil ubat, dia bawa aku terus ke rumah. Kali ni dia hantar aku sampai depan pintu rumah aku. Mungkin dia takut perkara yang sama akan berulang.
"Malam ni aku nak bawa kau pergi satu tempat"
Aku cuma mengangguk. Tak kan cakap tak nak pulak. Lagipun aku percaya dia. Dia tak kan buat sesuatu yang buruk pada aku.
Dia melangkah satu tapak ke dekat dengan aku. Kemudian dahi aku dicium.
Oh my gosh!
Dia tepuk atas kepala aku dua kali dengan perlahan.
"Take care"
Dan selepas itu dia melangkah masuk kedalam lif. Tinggal lah aku kat sini yang masih terpinga pinga. Makan masa 10 saat juga sebelum aku sedar dan terus masuk dalam rumah.
Wah! Yoshi the sweet monster kiss dahi aku. Aaaaaa! Happy nya!
Yoshi berhenti motornya didepan Subway Cafe. Dia turun dari motor lalu bersandar pada situ. Kata budak nya dua orang perempuan itu ada disini. Jadi dia tunggu. Tidak lupa juga lolipopnya.
Hampir 5 minit dia tunggu. Dan akhirnya dua orang perempuan yang dia tunggu muncul. Sebaik dua orang itu sampai di depannya, dia sengaja tahan dengan menggunakan kakinya. Dua orang perempuan itu berhenti.
"I think I know you both"
Dua orang perempuan itu melihat sesama mereka.
"Tapi kami tak kenal awak" kata salah seorang dari mereka.
"Ara and Iris"
Dua orang itu tayang muka tanda soal. Pelik Yoshi boleh tahu nama mereka.
"Oh sorry. I ni sebenarnya kawan boyfriend korang"
Baru bersinar muka dua orang perempuan itu.
"I sebenarnya bff Hyunjin dengan Junkyu"
"Lah ye ke. Sorry lah sebab kami tak pernah jumpa awak sebelum ni" kata si Ara.
"I memang jarang lepak dengan dorang. Lepak jugak tapi tak selalu"
Mereka mengangguk ngangguk.
"Sorry ganggu. Korang dah boleh pergi"
Tiada senyuman langsung pada muka Yoshi.
"Anyway you both got a really nice boyfriend"
"Thank you!" kata mereka serentak sambil ketawa. Happy sebab ada orang puji boyfriend mereka.
Yoshi sarung helmet dan menghidupkan enjin motornya. Dia terus pergi dari situ.
Sekarang dah pukul 8 malam tapi Yoshi still tak datang. Tadi dia cakap tunggu je sampai dia datang tekan loceng. Sampai macam tu sekali Yoshi layan dia. Sanggup naik atas ambil dia. Haih! Yoshi...Yoshi.
Aku sarung hoodie hitam. Tidak lama selepas itu loceng kedengaran. Yoshi dah sampai. Aku ambil telefon lalu dimasukkan kedalam poket hoodie. Pintu rumah dibuka. Muncul lah si Yoshi.
"Awal awak datang"
"Kau tak yah nak sindir aku"
Dia tarik hidung lawa aku. Hish! Takgunerr.
Aku ketawa. Comel lah Yoshi ni.
Kami terus turun ke bawah. Entah kemana dia bawa aku. Tahu tahu dah sampai. Scary lah tempat ni. Lampu dia pun bukan biasa biasa. Pakai spotlight terus. Cerah nau! Depan sana ada sebuah tempat macam gudang. Gudang tu lawa tak buruk.
"Kenapa kita datang sini?" soalku.
Dia diam. Kemudian dia keluarkan sesuatu dari dalam poket dia.
"Pakai ni"
Mask? Nak buat apa pakai masak. Hish! Macam macamlah! Corona tengah tunggu kat dalam gudang sana agaknya.
🍃 ideabank
YOU ARE READING
Sweet Monster | TREASURE YOSHI
ChickLit∆ Orang lain cakap dia monster tapi tidak untuk aku