08

1.6K 194 11
                                    

Selepas puas di Esther Park, Yoshi bawa aku ke tempat lain. Bila aku tanya kemana, dia diam. Sudahnya aku biarkan dia bawa aku kemana sahaja.

Tidak memakan masa yang lama untuk ke destinasi seterusnya. Kami sampai di satu tempat dimana cahaya lampu berkelipan. Banyak sangat lampu berwarna warni. Terus aku jadi teruja.

"Kita kat mana ni awak?" soalku dengan muka happy.

"Festival Of Lights. Saja aku bawa kau datang sini. Aku tahu kau suka tempat tempat macam ni"

"Alerr wak. Kenapa awak sweet sangat"

Aku sengaja berdiri dekat dengan dia sambil pandang muka dia. Dia terus toleh ke arah lain.

Tapi tangan dia still bergerak. Dia tolak kepala aku supaya menjauh dengan dia.

"Tak yah nak happy sangatlah. Jomlah  beli tiket. Kang habis nanti kau jugak yang nangis" kata Yoshi selamba.

"Terima kasih awak!"

Aku terus lompat dan peluk tubuh dia ketat ketat.

"Ekhm!"

Wait what! Aku peluk dia. Kau gila ke Yarra. Aduh! Tak pasal dapat malu. Bodoh kau Yarra!

"Sorry. Saya excited sangat tadi"

Aku pandang ke arah lain bila dia tenung aku macam tu.

"Kau excited ke, kau ambil kesempatan nak peluk aku?"

Aku terus pandang dia. Dia pulak dengan selamba jalan tinggalkan aku. Eii suka hati dia je cakap macam tu.

"Tak kuasalah saya nak peluk awak"

Aku buka langkah lebih besar tinggalkan dia di belakang. Tapi jangan lupa kaki dia panjang. So tak sampai 10 saat dia dah ada disebelah aku.

"Rasanya tak perlulah aku ulang banyak kali. Jalan di sebelah aku!"

Dia tak marah pun cuma suaranya tegas.

"Iye..." aku mengalah.

Selepas beli tiket, kami masuk kedalam. Damn! Sumpah cantik. Ada pelbagai jenis lampu didalam ni. Pokok juga dihiasi lampu berwarna warni. Manakala bangunan utama dalam ni turut bercahaya dengan pelbagai warna. Sumpah cantik.

Semakin lama semakin ramai pengunjung. Aku rasa macam susah nak jalan sebab kami masih di pintu utama dimana pengunjung masuk dan keluar.

Strugle aku nak jalan. Langgar orang depan orang sebelah. Tapi semua itu sekejap sebelum Yoshi tarik aku dekat dengannya. Dia silang tangan aku pada lengan dia. Aku rasa kalau Yoshi tak ada ni mahu tersungkur aku.

"Pegang kuat kuat" arah Yoshi.

Aku mengangguk. Yoshi membawa aku keluar daripada sesak manusia dekat sini. Dan kami akhirnya kami berjaya keluar.

"Huh! Finally"

Aku duduk di sebuah bangku yang terletak dibawah pokok yang dihiasi lampu.

"Kau okey tak?" soal Yoshi.

"Penat sikit je" jawabku.

"Sorry bawa kau datang tempat ramai orang macam ni"

Aku pandang muka beku dia. Terselit rasa bersalah pada muka dia.

"Apa awak cakap ni. Dah nama pun festival. Mestilah ramai orang. Saya cuma penat sikit je ni"

Aku senyum untuk meyakinkan dia.

"Betul ni?" soal dia ingin kepastian.

"Iye. Awak ni. Saya bukan perempuan manja" kataku tak puas hati.

"Ye sebab kau perempuan comel"

Damn ma heart! Bertahanlah wahai hati. Jangan explode tak tentu pasal. Macam tak biasa pulak dengar ayat sweet Yoshi.

"Comel? I don't think so. Saya rasa saya perempuan biasa biasa je"

Hey hey! I memang humble okey.

"Dah aku cakap comel tu comel lah" dia marah aku.

Terhibur aku dengan dia malam ni.

"Excuse me?"

Ada seorang perempuan datang tegur bersama camera yang digantung pada lehernya.

"You boleh tak duduk sebelah princess you? I nak ambil gambar"

Yoshi diam. Aku tahu dia tak nak sebab Yoshi bukan lelaki macam tu. I mean yang suka ambil gambar bagai ni. Tapi itu semua cuma halusinasi aku. Dia pusing badan dia lalu melangkah ke arah aku. Dia duduk di sebelah aku.

"Rapat sikit" arah photographer itu.

Yoshi mengesot sedikit. Dan sekarang kami betul betul rapat.

"Sorry ni bukan family photo. Act sweet please" pinta perempuan itu lagi.

Weh apa semua ni! Macam mana nak buat sweet kalau kami ni tak ada relay.

Tapi apa yang Yoshi buat benar benar diluar jangkaan aku. Dia peluk pinggang aku. Mata dia pandang muka aku yang sedang tengok kamera.

"Nice! 1...2...3"

Klik!

Dan sekeping poloroid keluar. Yoshi tarik tangan dia semula. Huh! Baru boleh bernafas.

🍃ideabank

Sweet Monster | TREASURE YOSHIWhere stories live. Discover now