05

1.7K 209 19
                                    

Yoshi membuang batang lolipop. Muka dua orang musuh dia dipandang dengan pandangan biasa. Kalau boleh dia malas nak jumpa dua orang ni tapi dia terpaksa.

"Dah boleh stop kot ganggu girl aku"

Hyunjin dan Junkyu senyum sinis.

"Sebab tu girl kaulah kitorang ganggu. Kitorang nak dia kena buli setiap hari"

Panas telinga dia dengar. Rasa macam nak tumbuk je dua orang ni tapi dia tahan.

"Main kasar. Well korang jangan ingat aku tak tahu korang punya girl"

Muka Hyunjin dan Junkyu berubah lain. Giliran Yoshi senyum sinis.

"Well Ara or Iris?"

Yoshi berpura pura fikir.

"Korang jangan ingat korang punya girl sekolah lain, aku tak tahu! So kalau tak nak girl korang berdua jadi macam girl aku yang korang buat tu, boleh stop ganggu girl aku or else..."

Belum sempat dia habis cakap, satu pukulan mendarat dekat pipinya. Hujung bibirnya berdarah.

"Kalau kau berani, kau buat! Tapi kau tunggu apa yang aku balas nanti" tengking Hyunjin.

"Ha tahu pun kau marah. Macam mana kau rasa, macam tulah aku rasa bila girl aku kena buli disebabkan sampah macam kau berdua ni!" bidas Yoshi.

Darah di hujung bibir di lap.

"Ini last warning dari aku!"

Yoshi terus pergi dari situ.

Yarra melihat siling putih biliknya. Bibir mengukir senyuman bila terfikir pasal sweet monster dia itu.

Haila kau Yoshi. Kau sweet tapi sayang kau tak pernah senyum. Kalau kau senyum mesti hensem kan. Kalah semua lelaki dalam sekolah kita.

Sedang dia berangan - rangan, kedengaran noti masuk. Dia jeling fon disebelah.

Aku ada kat bawah - Sweet Monster

Haih! Baru tengah fikir pasal dia. Dah muncul. Wait jap! Kat bawah? Bawah ni ke. Omaigad! Serius lah?!

Aku cepat cepat sarung hoodie. Ada apa Yoshi datang sini malam malam macam ni. Butang lif ditekan. Waktu waktu macam ni jarang ada orang guna lif. So aku boleh turun dengan cepat.

Mataku melilau sekeliling. Yup! Betul dia ada kat bawah ni. Dekat basement.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" soalku dengan nafas yang belum teratur.

"Bila masa aku cakap aku nak jumpa kau. Aku cuma cakap aku ada kat bawah ni"

Tengok tu. Eii geramnya!

"Fine! Lain kali jangan chat saya cakap ada dekat bawah ni. Kalau macam tu saya naik dulu"

Mood merajuk on! Baru setapak aku langkah, badanku terdorang ke belakang semula. Atau maksud lainnya dia peluk pinggang aku dengan sebelah tangannya untuk tarik aku semula.

"Cepat sentap betul kau ni"

Dia lepaskan aku bila aku dah berdiri betul betul depan dia. Dan aku baru perasan hujung bibir dia berdarah.

"Bibir awak kenapa ni?" soalku dengan panik.

"Baru lepas kena cium" selamba dia jawab macam tu.

Memang kenalah dengan aku. Aku pukul lengan dia.

"Awak ni!" marahku.

"Ala sikit je ni. Kau tak yah risau"

Aku hulurkan tangan macam orang tengah minta duit.

"Kau nak apa?"

"Plaster" jawab ku. Aku tahu dia selalu ada plaster.

Dia keluarkan dari poket bajunya lalu diletakkan atas tangan aku. Aku bagi isyarat tangan untuk tunduk sedikit. Yelah teman ni tak berapa nak tinggi. Hmm.

Aku lap darah dia dengan menggunakan hujung lengan baju tidurku. Kemudian aku tampal plaster. Lahai cute pula monster ni lepas aku tampal plaster.

"Dah?" soal dia.

Aku angguk. Haih! Mana datangnya angin ni. Sejuknya. Aku tarik hujung lengan hoodie ku sampai tertutup kedua belah tanganku.

"Sorry sebab suruh kau turun"

Sambil itu dia tarik hoodie ku menutup kepalaku. Muka dia beku seperti biasa.

"Kenapa nak minta maaf pula. Saya okeylah. Lagipun saya boring dekat atas sorang sorang"

Aku tayang muka kesian.

"Parents kau?"

Aku menggeleng kepala.

"Takpelah. Kau pergi naik atas. Esok aku datang ambil kau. Aku bawa kau pergi jejalan"

"Tapi..."

"Ini arahan"

Hish! Geram aku. Main paksa paksa pula. Tapi ada bagusnya juga. Yelah esok kan hujung minggu.

"Pergi naik atas. Aku tak nak kau beku dekat sini"

"Yelah! Saya naik dulu. Good night"

"Kau nampak comel pakai baju tidur"

Bersama dengan itu dia tepuk kepalaku dengan perlahan. Tidak lama selepas itu dia terus hilang bersama motornya.

🍃 ideabank

Sweet Monster | TREASURE YOSHIWhere stories live. Discover now