10

1.3K 174 2
                                    

Aku bangun dengan sisa tenaga yang aku ada. Jalan pun dah tak boleh straight. Perut rasa sakit sangat. Ada baki masa lebih kurang 30 minit lebih sebelum loceng sekolah berbunyi. Aku jalan secepat yang mungkin ke 7e.

Selepas beli plaster, aku terus ke tandas awam untuk cuci luka. Bila pandang pantulan wajah dia cermin, nampak juga kesan lebam pada pipi. Aku tampal plaster kecil pada hujung bibir. Rasa pedih sangat. Macam mana aku nak makan nanti.

Sanggup Hyunjin dan Junkyu pukul seorang perempuan. Aku tak sangka langsung perangai mereka macam tu. Dan selama ni apa motif mereka jadikan aku crush mereka. Untuk balas dendam?

Sudah! Aku tak nak fikir lagi pasal tu. Sekarang ni aku perlu ke sekolah. Haraplah tak terserempak dengan Yoshi. Untung kami kelas lain lain. Kalau tak mesti aku kena tengok monster tu mengamuk nanti. Even luka kecil pun dah marah, ini pula luka dan lebam di merata tempat.

Aku jalan ke sekolah semampu yang boleh. Tangan tak lepas dari perut. Sakit sangat. Tapi aku cuba juga untuk tegakkan badan. Haraplah orang lain tak perasan sangat keadaan aku. Tujuan aku sekarang bagi sampai kelas je sebab aku tak nak terserempak dengan Yoshi.

Dan akhirnya aku berjaya. Loceng pertama berbunyi. Aku belajar seperti biasa. Kalau ikutkan aku tak nak datang sekolah terus, tapi cikgu science cakap dia nak kasi soalan spoiler dan segala tajuk tajuk yang akan muncul dalam exam minggu depan. So nak tak nak aku kena datang sebab aku dengan science tak berapa nak ngam sangat.

"Yarra! Kenapa dengan muka tu?" soal cikgu.

Ha sudah! Aku nak jawab apa ni. Lahai macam mana ni.

"On the way datang sini tadi ada perompak yang cuba nak ambil barang saya. Dorang pukul saya dan saya berjaya lari"

Tolonglah percaya wahai cikgu. Jangan soal lagi.

"Kamu dah buat report?" soal cikgu lagi.

"Belum tapi balik sekolah nanti saya terus pergi"

Cikgu cuma mengangguk. Fuh! Nasib baik lagi tak soal dah lepas tu.

Dan aku perasan classmate aku semua pandang aku. Mesti mereka semua baru perasan.

"Lain kali berhati hati. Bahaya sekarang ni"

Aku mengangguk. Kami sambung pembelajaran seperti biasa. Dan untung aku datang. Dia memang kasi tajuk dan soalan spoiler betul betul.

Masa berlalu dengan pantas. Dah habis waktu science. Sekarang time rehat. Aku kena cari port untuk lari daripada Yoshi. Lepas tengok dekat noti dia spam chat, memang confirm 100% dia akan datang sini dalam masa 5 minit.

Jadi aku terus keluar dari kelas. Target aku sekarang library sebab kalau dia nak marah aku nanti pun mesti tak boleh. Biasalah library. Mana boleh bising bising.

See. Aku dah nampak kelibat dia on the way datang sini. Haraplah dia tak perasan aku sebab aku jalan dalam kerumunan student. Yelah semua berpusu pusu ke kafe untuk isi perut.

Aku berjaya sampai di lorong library. Sunyi aje. Tak ramai yang datang sini time time macam ni. Tapi selepas itu kaki aku dah tak pijak bumi. Ada orang angkat aku ke sampai ke bahagian toilet. Toilet ni pulak jarang ada student. Kalau ada pun student dari library. Tapi buat masa sekarang tiada satu orang pun dekat sini.

"Awak"

Yes Yoshi! Hmm bukan main aku nak mengelak dari dia tadi. Sekarang dah ada depan mata. Aku terus tutup mulut dan bahagian lebam pada pipi dengan menggunakan tangan.

🍃 ideabank

Sweet Monster | TREASURE YOSHIWhere stories live. Discover now