Seperti yang dijanjikan, dia datang ambil aku. Yes! Aku terpaksa naik motor besarnya. First tu takut jugak la. Yelah first time naik. Tapi lama kelamaan aku terbiasa.
Kami sampai di Esther Park. Tempat ni bukan sahaja taman, tapi tempat ni dikenali sebagai lokasi untuk pasangan couple. Family pun boleh datang jugak sebenarnya.
Ada sebuah lorong besar yang dihias dengan bewarna warni. Di kiri dan kanan lorong itu terdapat berbagai jualan. Dan jalan ditengah untuk pengunjung juga luas. Jadi taklah rasa rimas sangat.
Aku tahu juga serba sedikit walaupun aku tak pernah pun datang sini. Yoshi agak lain hari ni. Pakaian dia biasa biasa iaitu seluar jeans biru bersama t-shirt putih dan kemeja putih yang butang sengaja dibiarkan terbuka. Entah kenapa bagi aku nampak lain.
"Asal kau tengok aku macam tu?"
"Nothing!"
Aku jalan terlebih dahulu tinggalkan dia. Tapi dia tarik aku balik.
"Kalau ye pun jalanlah sekali"
Aku buat tak tahu. Ada benda menarik yang menarik perhatian aku. Aku terus tarik tangan dia.
"Awak cantik tak hairband telinga kucing ni?" soalku sambil meletakkan hairband itu keatas kepalaku.
"Tak cantik!"
Dia ambil hairband telinga arnab lalu hairband telinga kucing tadi digantikan.
"Kalau yang ni comel"
Aku senyum. Dia lebih suka cakap aku comel berbanding cantik.
"Awak pula yang ni!"
Aku ambil hairband telinga harimau lalu diletakkan diatas kepalanya.
"Please jangan buang! Ini arahan saya sebab awak yang ajak saya keluar hari ni"
Aku sengaja tayang muka serius. Tapi dia cuma buat tak tahu. Dasar monster beku! Nampak sangat muka garang aku tak menjadi.
Kami sambung berjalan. Tapi baru beberapa langkah, bahuku dirempuh dari belakang dengan kasar. Hampir tersungkur aku dibuatnya. Tapi untung Yoshi cepat sambar.
Orang yang langgar aku tadi cuma buat tak tahu. Dia jalan seperti biasa.
Dan itu semua menaikkan marah Yoshi. Yoshi ingin terkam orang itu tapi aku halang."Dia tak sengaja awak"
Muka dia still tak puas hati. Even reaksi muka dia sama iaitu muka beku tapi kali ni aku boleh nampak yang dia betul betul tak puas hati. Kalau boleh nak ajar orang tadi cukup cukup.
"Kau okey tak ni?" soal dia lagi.
Aku senyum dan angguk. Kemudian dia jalan tinggalkan aku kat belakang. Aku berlari sikit untuk kejar dia.
"Awak marah saya ke?"
Dia buat tak tahu sambil jalan. Tiber aku rasa diabaikan. Hmm kalau macam ni biar aku balik. Senang! Tak kan sebab macam tadi aku yang kena friendzone.
Tidak lama selepas itu dia berhenti di depan Candy Shop. Ada bermacam macam candy dekat stall ni. Tapi aku pasang mood merajuk secara diam diam.
"Excuse me? Ada tak coklat yang sesuai untuk budak comel merajuk?"
Hish! Tengok tu. Geramnya! Lagi geram bila perempuan yang bekerja disini macam senyum senyum pandang aku.
Geram punya pasal aku melangkah pergi dari situ. Kalau tadi dia tinggal aku, kali ni aku pula yang tinggal dia. Biar dia rasa macam mana kena friendzone.
Sudahnya aku berjalan sorang sorang aku. Yoshi? Entah kemana dia pergi. Well aku enjoy even sorang sorang.
Tapi jantung aku hampir jatuh bila ada seekor arnab jadian muncul depan aku. Dia kasi aku belon berbentuk love. Selepas itu dia menari nari depan aku. Terhibur aku dibuatnya.
Dan yang paling best dia buat isyarat tangan untuk kasi tahu aku supaya jangan merajuk lagi. Aku terharu. Finally ada juga orang ambil peduli kalau aku merajuk. Belum sempat aku minta untuk selfie, arnab besar tadi sudah pergi.
Haih! Hilang semua merajuk aku. Thanks to the bunny.
"Hey lady!"
Ada seorang lelaki tegur aku.
"You are very lucky to have him" katanya lagi.
Okey yang ni aku pelik. Siapa yang dia maksudkan sebenarnya?
"Excuse me?" soalku balik.
"I mean your boyfie. He's so sweet. Oh anyway my name is Sungchan"
"I'm Yarra"
Dia senyum dan terus pergi. Wait apa maksud dia tadi. Boyfie? Wey agak agaklah kalau nak sindir pun. Kiter tahulah kiter tak dak boyfie. Huhu sadis!
🍃 ideabank
YOU ARE READING
Sweet Monster | TREASURE YOSHI
ChickLit∆ Orang lain cakap dia monster tapi tidak untuk aku