Jadi memandangkan aku tak sempat pergi library tadi, aku belajar di rumah jelah. Aku kena study jugak no matter what. Aku tak nak kecewakan parents aku. Parents both doktor, anaknya pula science ke laut. Bertapa malunya aku sekarang ni. Sepatutnya aku ada keturunan yang expert science tapi hampeh aku tak dapat. Huwaaa!
Sebaik saja cikgu keluar, aku terus kemas kemas barang. Aku rasa Yoshi dah tunggu aku dekat parkir motor.
"Yarra! Untung kau tak balik lagi"
Again and again. Kenapa dua orang ni selalu muncul.
"Jom lepak dengan kitorang" ajak Junkyu.
"Jomlah. Bukan selalu tau. Kau jangan risau. Nanti girl kitorang pun ada sekali"
Aku terfikirkan sesuatu. Kalau girl dorang join sekali, ini peluang aku. Peluang untuk aku minta maaf atas perbuatan Yoshi. Mereka pun dah minta maaf dengan aku. So aku pun akan buat benda yang sama.
"Aku join" kataku.
Mereka terus happy. Haraplah tak terserempak dengan Yoshi. Tapi macam mana kalau dia tahu. Aah lantak ah! Bukan aku tengah buat jahat. Dorang pun okey je dengan aku.
"Kenapa? Kau takut kantoi dengan Yoshi?"
Hyunjin seolah olah boleh baca fikiranku.
"Kau jangan risau. Yoshi tengah tidur dalam kelas sekarang" jawab Hyunjin.
Kami terus pergi. Dan Hyunjin betul. Aku tak nampak bayang bayang Yoshi dekat parkir motor. Ini bermakna dia tertidur di kelas.
Junkyu ada tawarkan aku untuk naik motor dengan dia tapi aku tolak. Aku tak biasa naik dengan orang lain selain Yoshi. Jadi aku lebih rela naik bus.
Tidak lama selepas itu, aku tiba di kafe yang mereka bagitahu tadi. Mereka juga sampai. Kami masuk kedalam kafe. Hyunjin melambaikan tangan pada dua orang perempuan. Dan bila aku pandang, aku juga kenal perempuan perempuan itu. Mereka lah yang dipukul oleh Yoshi.
Terus rasa aku rasa bersalah.
"Jom duduk" ajak Junkyu bersama senyuman.
Aku cuma turut. Aku duduk sebelah girlfriend Hyunjin dan berhadapan dengan girlfriend Junkyu. Tiber rasa akward.
"Inilah orangnya?" girlfriend Junkyu bersuara.
"Yes sunshine. Inilah Yarra. And Yarra kenalkan ni my beloved Iris"
"Ni pula my sweetheart, Ara nama dia" kata Hyunjin pula.
Aku cuma mampu senyum. Akward smile.
"Cantik rupanya you. Patutlah Hyunjin cakap you cantik" kata Ara.
"No. Saya biasa biasa je" jawab ku.
"Ara. Iris. Saya nak minta maaf bagi pihak Yoshi. Dia tak patut buat awak berdua macam tu"
Senyuman mereka mati sekejap sebelum senyum lagi pada aku.
"Don't worry. We both dah tak ingat benda tu. It's okay" kata Iris.
Lega aku mendengar. Kami sambung berbual lagi. Semakin lama aku semakin rapat dengan mereka berdua. Mereka ramah dengan aku. Macam macam soalan mereka tanya aku. Aku pun tak sedar dan hampir 1 jam kami lepak sini. Air pun dah habis.
"I guess my words that day were like trash to you"
Suara ni. Kepala terus pusing melihat gerangan yang bercakap.
Yoshi.
"What do you mean?" soalku.
"Let's go!"
Dia tarik tangan aku. Tapi aku tarik tangan aku balik dengan sekuat tenaga. Apa benda dia ni? Datang sini terus nak ajak aku balik.
"Kenapa dengan awak ni?" aku still bertenang.
"Yet you asked me. Come on Yarra. Aku rasa kau belum amnesia. Aku cakap apa dengan kau hari tu?"
Aku pandang ke arah lain. Aku tak kan kasi dia mengarah aku lagi.
"Rilex bro. Kitor..."
Yoshi memberi isyarat tangan pada Junkyu.
"Fine! Mulai sekarang saya tak akan ikut cakap awak lagi!"
Aku ambil beg sekolahku dan terus keluar dari kafe itu.
Dia tarik tangan aku lagi. Helmet disarung pada kepalaku. Aku malas nak bergaduh lagi. Aku cuma ikut. Dan ini last aku ikut cakap dia!
Dia hantar aku pulang ke rumah.
🍃 ideabank
YOU ARE READING
Sweet Monster | TREASURE YOSHI
أدب نسائي∆ Orang lain cakap dia monster tapi tidak untuk aku