Yoshi tarik kedua belah tangan aku. Bukan tak cuba untuk pertahankan tapi kudrat lelaki lebih kuat dari perempuan. Jadi aku kalah. Dia dah nampak semua kesan lebam dan juga luka di bibir aku.
"Shit!" tengking dia.
Dan selepas itu dia berura ura untuk pergi. Aku terus tarik dia. Walaupun aku tak cakap dia still tahu siapa yang buat aku macam ni.
"Awak please. Jangan lah pergi pukul dorang. Saya merayu sangat"
"Dorang dah pukul kau lah sial!"
Terangkat bahu aku dengar dia melalak macam tu. Takut aku dibuatnya.
"Pleaseee..."
Aku merayu sehabis yang mungkin. Aku tak nak kena lagi teruk dari ni. Bila fikirkan semua tu terus air mata keluar. Aku tak sanggup kena pukul.
Dia terus tarik tubuh aku kedalam pelukannya. Belakang aku diusap dengan lembut.
"They are too much!" bisik dia.
"Please jangan pukul dorang. Saya merayu sangat"
"No aku tak kan pukul dorang. Bazir masa aku je"
Lega aku dengar. At least aku tahu yang dia tak kan buat macam tu.
"Tapi aku akan balas benda yang sama mereka buat pada kau"
Aku cuma diam. Biarlah dia nak buat apa pun. Yang penting dia tak pergi jumpa dua orang tu.
Dia lepaskan aku. Muka aku dia tenung sebelum dinding menjadi mangsa dia. Mesti tapak tangan dia merah kan.
"I hate to see you like this!"
Dia tarik muka aku dengan perlahan. Kemudian dia pusingkan muka aku ke kiri dan kanan untuk tengok lebam dan luka aku. Dia scan tubuh aku dari atas sampai bawah.
"Sampai kaki hanat hanat tu lebamkan"
Dia senyum sinis. Bukan kaki je awak, perut saya pun dorang sepak macam bola.
"Main kasar. Fine aku akan buat benda yang sama"
"Awak"
Alamak takut pulak aku bila dia pandang aku macam tu.
"Awak tak marahkan saya kan?" soalku dengan separuh hati yang takut.
Dia pandang aku lama kali ni.
"Of course aku marah. Marah sangat sangat!"
Aku mencebik sambil pandang ke bawah.
"Dan mulai esok kau kena datang dengan aku. Kemana kau nak pergi, aku akan hantar kau!"
"Tapi..."
"No more excuses!"
Aku hanya mampu mengangguk. Dia dah keluarkan arahan macam tu. Aku tak boleh nak buat apa lagi.
"Semalam aku dah cakap nak datang ambil kau. Kenapa kau tak tunggu aku?"
Dia dah keluarkan soalan maut. Jadi memandangkan aku tak ada jawapan untuk soalan itu, aku terus melangkah pergi dari situ. Tapi dia sempat tangkap aku. Tangan dia cepat merangkul aku di perut.
"Aww!"
Terus rasa sakit bila dia tekan perut aku tanpa sengaja. Muka dia terus berubah bengis.
"Ni dah melampau!"
Aku tak berani pandang muka bengis dia itu. Muka dia menunjukkan seolah olah dia nak pergi pukul dua orang itu sekarang jugak.
"Balik nanti kita pergi klinik. Kau tu perempuan. Apa apa jadi nanti susah"
Aku mengangguk. Betul cakap dia. Banyak risiko yang aku kena tanggung pada masa hadapan kalau jadi apa apa pada aku.
"Aku kecewa dengan kau Yarra"
Terkejut aku. Selama aku kenal dia, baru kali ni dia sebut nama aku.
"Sorry. Lepas ni saya janji saya akan ikut cakap awak"
Tak tahulah aku boleh betul betul janji ke tak. Aku cakap pun sebab nak puas kan hati dia. Tapi apa apa pun aku lega sebab dia tak marah aku teruk teruk macam yang aku fikirkan.
🍃 ideabank
YOU ARE READING
Sweet Monster | TREASURE YOSHI
ChickLit∆ Orang lain cakap dia monster tapi tidak untuk aku