BAB 15

661 48 2
                                    

Kini mereka semua terus bergerak ke tanah perkuburan selepas mereka singgah di bandar untuk membeli sejambak bunga.

"Selamat sejahtera appa"kata Yoona lalu menunduk hormat diikuti mereka berenam.

"Appa....hari ni Yoona tak datang sorang....Yoona datang dengan oppa baru Yoona"kata Yoona sambil meletakkan bunga tersebut di pusara appanya.

"Eomma tak dapat datang sebab sebok....maafkan eomma ya appa"kata Yoona lagi.

Yoona cuba sedaya upaya dia untuk menahan airmata nya dari turun.

Yoona mundur kebelakang untuk memberi laluan kepada oppanya.

"Selamat sejahtera uncle....saya Seokjin....oppa tertua Yoona"

"Ni adik-adik saya....Hoseok,Namjoon,Jimin, Taehyung dan Jungkook"kata Jin sambil tersenyum lalu mengusap pusara appa Yoona.

"Kami janji kami akan jaga Yoona elok-elok....sama macam mana uncle penah jaga Yoona"

"Itu janji kami"kata mereka berenam serentak dan makin bertambah sebak Yoona dibuatnya.

"Uncle kami pergi dulu ya....kami tinggalkan Yoona dulu untuk borak dengan uncle"kata Namjoon selepas melihat Yoona yang hanya menunduk di belakang mereka sedari tadi.

Dengan itu Yoona meminta masa sedikit dan sudah semestinya Seokjin faham.

Yoona mengambil tempat di hadapan pusara appanya lalu diusapnya.

"Appa.....appa dekat sana ok?"

"Yoona kat sini ok je"

"Y-yoona rindu a-appa"kata Yoona.

Air matanya tidak dapat lagi dibendung.

Dia menangis tanpa mengeluarkan suaranya takut jika oppanya risau tentangnya.

YOONA POV

Aku menangis.

Sungguh aku tak kuat.

Aku perlukan appa.

Sebab bila aku dalam keadaan sukar appa lah yang selalu memberi ku semangat.

Tapi....appa dah takde.

Aku dah tak kuat nak hadap perangai Yoongi oppa.

Aku penat dah nak cuba dapatkan kepercayaan dia.

"Appa....tolong Yoona~"

Aku memeluk lutut ku lalu menyembunyikan wajah ku di kaki ku.

"Yoona"

Suara ni...

Tak.....tak mungkin

Aku mengangkat kepala ku dan....

"A-appa?!"

Aku terkejut.

Sebab yang berada dihadapan aku sekarang ni adalah appa.

"Sayang"katanya lalu mendepakan tangan.

Tanpa membuang masa aku terus memeluknya lalu menangis semahunya dalam pelukannya.

"A-appa~"kata ku dalam tangisan.

"Shtttt.....hajima....appa tahu apa yang Yoona hadapi sekarang"katanya dan aku melihat kearahnya.

"Appa tahu?"kata ku dan dia tersenyum lalu mengusap air mata ku.

"Ia...appa boleh dengar segala-galanya dari atas sana"katanya sambil menunjuk kearah langit.

Aku tersenyum lalu kembali memeluknya.

"Appa....Yoona rindu appa"kata ku dan dapat ku dengar suara appa tertawa kecil.

"Appa pun rindu Yoona"katanya.

"Appa....kenapa Yoongi oppa benci Yoona?"entah kenapa aku terdetik ingin menanyakan soalan itu.

"Yoongi oppa bukan benci Yoona...cuma....dia masih lagi mencari cara yang betul untuk sayang Yoona"katanya dan aku melihat kembali wajah appa.

"Ingat lah....walau apa terjadi sekalipun....jangan pernah mengalah"

"Ingat....sentiasa hargai orang disekeliling kita...jangan sakiti mereka"Kata appa lagi.

"Dah....appa dah kesuntukan masa....appa pergi dulu ya?"katanya lalu berdiri.

Aku menghentikan pergerakkannya lalu menggenggam tangannya.

"Appa...jangan lah tinggalkan Yoona lagi"kata ku sambil menangis.

Sungguh aku tak nak berpisah dengannya.

"Appa tak pergi mana-mana....appa sentiasa ada dengan Yoona....sini....kat sini"katanya sambil menunjuk kearah hati ku.

Perlahan-lahan aku melepaskan genggaman tangan ku.

"Appa pegi dulu ya....sampai masanya kita jumpa lagi....sayang kamu"katanya lalu hilang seperti Abu dan aku sempat melihat senyuman indahnya buat kali terakhir.

"Yoona janji akan jadi anak yang baik"

"Yoona janji Yoona akan bantu Yoongi oppa"

"Yoona"

"Sayang appa"

"Dunia akhirat"

"Sampai masa kita jumpa lagi"

"Yoona pegi dulu ya appa"

END YOONA POV

STEPBROTHER'STempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang