Senyuman manis dilemparkan sebelum dia melangkah mendekati batrisha. “dah siap? Jom” ujarnya setiba di hadapan batrisha.
Batrisha memandang lama wajah lelaki itu. Bagai tidak percaya sahaja lelaki itu ialah orang yang dia kenal. “ha? Jom? Pergi mana?” soalnya sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
“ikut je lah, jom” ajak lelaki itu lalu menuju ke kereta mewah miliknya. Terkebil-kebil batrisha mengikuti lelaki itu dari belakang.
Sesampai sahaja di tempat yang dituju mereka, lelaki itu segera membukakan pintu kereta untuk batrisha “kita nak buat apa dekat sini” tanya batrisha selepas keluar dari perut kereta.
“hirup udara yang segar” jawabnya dan berlalu pergi ke tepi tasik. Batrisha melihat pemandangan di sekelilingnya, sangat indah dan tenang sahaja.
Lambat-lambat batrisha berjalan ke arah kerusi panjang yang berada di bawah pokok berdekatan dengan tasik. Direbahkan punggungnya pada kerusi tersebut. Udara yang segar diamatinya dan pemandang yang indah ditatapnya.
Suasan di situ sunyi sepi sahaja hanya kedengaran bunyi angin yang sedang menolak pokok. “tenang je kan” ujar lelaki itu mematikan suasana sunyi “ha'ah la cikgu adib memang tenang” balas batrisha ceria.
Lelaki itu memusingkan badannya tepat kearah batrisha. Dipandang selama beberapa detik lalu dia berjalan ke arah kerusi panjang yang diduduki gadis itu. Kemudian dia melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.
“Arash, panggil saya Arash” arahnya sambil menyilangkan kaki kiri atas kaki kanan “saya ni bukan cikgu awak. Tapi saya ni bakal tunang awak dan bakal suami awak” jelas arash dengan senyum tawar di bibir.
“wahh, sejak bila tuka nama ni” guraunya.
“sejak first time saya jumpa awak” balas arash jujur. Tetapi tetap saja gadis itu menganggap ianya hanya gurauan saja.
"So, macam mana? awak setuju?” soal arash lalu menjongkitkan kedua-dua keningnya.
“ermm.. saya....” belum sempat batrisha mahu menghabiskan percakapannya arash terus memotong.
“kenapa tak setuju ke?” ujar arash sambil menayangkan riak muka sedih.
Batrisha segera menggeleng “eh, bukan macam tu. Ermm..Saya sebenarnya tak kesah pon. Saya ikut je” terangnya sambil memandang kaki sendiri. Malu mahu memandang lelaki itu.
“awak pandang la sini.. kenapa pandang situ”
“ke awak malu nak pandang wajah saya yang hensem ni” sambungnya lagi. Saja mahu mengusik batrisha.
Muka batrisha tiba-tiba bertuka merah bak tomato yang sudah matang.
“eii, mana ada lah!” nafi batrisha tidak mahu mengaku.
Arash yang melihat reaksi gadis itu sudah ketawa terbahak-bahak. Manakala si gadis hanya mampu melontarkan jelingan maut dan menahan malu.
BERSAMBUNG..
Sorry guys takdek idea dan lambat update cerita. Maaf sangat2. Thanks kepada semua yang sudi vote&comment cerita ni. Thanks juga kepada silent readers tanpa anda semua siapa la saya😁.
YOU ARE READING
Cikgu Itu Suamiku(HIATUS)
Romantik"kenapa awak selalu je berkelakuan dingin?" "Kalau macam tu hangatkan la.." "Hmm? macam mana tu?" "You know what to do~" P/S: Mungkin ada kata² kesat. Slow Update.