“awal balik..” tegur datuk kamil sebaik sahaja melihat anak lelakinya yang baru masuk kedalam rumah.
Tetapi teguran itu terdengar seperti sindiran saja pada adib. “ada kerja sikit dekat office tadi” balas adib. Dia kembali melangkah mahu menuju ke bilik.
“kenapa tak balik lusa je?” langkah kaki adib terhenti apabila mendengar kata-kata daddynya barusan tadi.
“kalau ye pun daddy tak suka adib tinggal dalam rumah ni, cakap je tak perlu nak sindir” balasnya, cuba menahan sabar dengan datuk kamil.
“sembang apa ni gelap-gelap?” ujar arash yang baru saja muncul hendak pergi ke dapur. Adib tidak menghiraukan pertanyaan arash. Malah adib berlalu disebelah arash dan mahu mengungkapkan sesuatu.
“tahniah bro...” bisiknya dengan segaris senyuman di bibir.
Keesokan pagi, kesemua sarapan sudah di hidangkan atas meja cuma tunggu untuk dijamah sahaja.
Air mocha panas dituangkan ke dalam gelas lalu ditiup sebelum menghirupnya. “tak makan adib? Penat mak teh masak semua ni” kata mak teh yang sedang menyapu inti kaya pada roti.
“tak apalah mak teh.. adib kenyang lagi ni” balas adib kemudian sambung menghabiskan airnya.
“dah lambat ni, adib pergi dulu” ujarnya. Belum sempat mak teh mahu bersuara adib sudah berjalan jauh didepan. Betuah punya budak.
Sesampai sahaja di office hampir semua pekerja disitu mengucapkan selamat pagi pada boss mereka. Ada juga yang menunduk hormat dan ada juga yang tersenyum-senyum memandang wajah kacak lelaki itu.
“pagi, boss” ucap pembantunya, arlis.
“so.. hari ni kita ada apa?” soal adib mengenai jadual kerja yang perlu dia laksanakan. “hari ni boss ada meeting dengan klien penting kita pada pukul 1” adib terdiam seketika seperti memikirkan sesuatu.
“klien penting? Yang mana satu?” tanyanya. Tidak ingat kerana terlalu banyak klien yang sudah dia temui. Arlis mengeluh “klien yang minggu lepas, hari khamis boss jumpa tu” jelas arlis cuba mengigatkan majikannya.
“ouhh” melihat adib yang sekadar meng 'ouhh' kan sahaja kata-katanya, arlis kembali mengerluh pendek. Haihh. Entah ingat ke tak la boss ni.
“okay lah boss kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu” kata arlis mahu menyambung kerjanya.
“ada..”
“ya boss?” tanya arlis. Melihat muka adib yang mula serius dia juga turut sedikit serius. Bukan apa, cuma takut dia dimarah jika tidak serius.
“pasal pemindahan tu macam mana?” soal lelaki itu sambil kedua tangan disilangkan pada dada.
“erm.. pasal pemindahan tu masih dalam proses” kata arlis.
“boss pasti ke dengan keputusan pemindahan boss ni” sambunyanya lagi. Kali ini agak perlahan suara arlis. Takut betul dia kalau dimarahi adib.
Lambat-lambat lelaki itu pun mengangguk.
“mungkin....”
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
Cikgu Itu Suamiku(HIATUS)
Romance"kenapa awak selalu je berkelakuan dingin?" "Kalau macam tu hangatkan la.." "Hmm? macam mana tu?" "You know what to do~" P/S: Mungkin ada kata² kesat. Slow Update.