Batrisha kini berada di kantin. Dia mencari kelibat kawan baiknya, Raisya. Dari jauh Raisya melambai-lambaikan tangannya kearah Batrisha.
"Kenapa kau lambat? Aku dah abis makan ni ha siap tambah lagi" sambil mengoyangkan mangkuk yang hanya tinggal sisa tulang ayam.
Membulat mata Batrisha "banyak kau makan, bela hantu raya ke apa" -Batrisha.
"Eh macam tak biasa lak pompuan ni" kata Raisya dengan geram.
KRINGGG...
"Ishhh... aku tak makan lagi dah abis rehat" ujar Batrisha pasrah
"Apa la nasib"
*****
Dalam perjalan pulang ke rumah, Batrisha pulang dengan berjalan kaki seorang diri. Sudah la tidak makan pada waktu rehat tadi. Kene pula jalan kaki pulang ke rumah.
Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di sebelah Batrisha lalu pemilik kereta tersebut menurun kan cermin keretanya "Jom saya tumpangkan" ajak cikgu Adib.
Batrisha menggeleng"tak nak"
"Kenapa pula?" Soalnya
"Sebab saya tak kenal cikgu"
"Ok kalau macam tu... Saya cikgu Adib. Panggil je Adib kalau kat luar kawasan sekolah" terang Adib "Sekarang dah kenal kan. Jom saya tumpangkan" ajaknya tidak putus asa.
Sekali lagi batrisha menggeleng tidak mahu.
"Ouhh... Kalau awak tak nak saya bunyikan hon kereta ni. Biar semua orang tengok" ugut Adib
"Buatlah tak kesah pon" Batrisha sengaja mencabar Adib. Dia fikir Adib cuma bermain-main saja dengannya.
PINNN...
PINNNN...
Adib menekan-nekan hon pada stereng keretanya "ishh! Yelah.. yelah saya naik kereta cikgu" kata batrisha lalu masuk ke dalam kereta milik Adib. Manakala Adib sudah tersenyum kemenangan.
Dalam perjalan ke rumah Batrisha, tiba-tiba kedengaran perut batrisha berbunyi "Hmm... awak lapar ke" tanya Adib sambil memandang batrisha kemudian kembali memandang kehadapan.
"Eh tak dek lah cikgu salah dengar kot tadi" bohong batrisha padahal dah lapar sangat tu.
Adib tersenyum mendengar kata-kata Batrisha. Dia membelok ke kiri "Cikgu nak kemana? Ni bukan jalan ke rumah saya" soal batrisha tidak tenang.
Adib diam tidak menjawab pertanyaan Batrisha. Batrisha diam memandang ke luar tingkap, dalam hatinya sudah mula risau dan gelisah. Menyesal pula dia menaiki kerete cikgu Adib.
TBC..
Macam mana ok tak? Kalau ada yang kurang atau salah bagi tahu.. Nanti sis akan usaha untuk perbaiki. Jangan lupa vote✔ and komen✔.
![](https://img.wattpad.com/cover/124166005-288-k793767.jpg)
YOU ARE READING
Cikgu Itu Suamiku(HIATUS)
Romance"kenapa awak selalu je berkelakuan dingin?" "Kalau macam tu hangatkan la.." "Hmm? macam mana tu?" "You know what to do~" P/S: Mungkin ada kata² kesat. Slow Update.