FLASH BACK
Sedang syok batrisha menonton cerita kesukaannya tiba-tiba Datin julia datang lalu mencapai alat kawalan dan menutup tv tersebut.
"Hujung bulan ni mama dengan papa nak isha bertunang" tergelopong mata Batrisha mendengar kata-kata mamanya yang kedengaran tegas itu.
"Hahh, Bertunang? Tapi dengan siapa mama?" tanya batrisha ingin tahu "Isha muda lagi apa" sambungnya lagi.
"mama tak kira, hujung bulan ni Isha tetap akan bertunang. Full stop" Datin Julia telah berjanji akan menunangkan anaknya pada hujung bulan ini. Jadi mahu tidak mahu di perlu meneruskan pertunangan tersebut walaupun batrisha menolak.
"minggu depan bakal tunang Isha akan datang ke rumah kita." beritahunya "nanti bolehlah Isha kenal-kenal dengan bakal tunang tu" ujar Datin Julia sebelum melangkah naik ketingkat atas.
"okay.. Im dead" bisik hati batrisha.
END FLASH BACK
Batrisha merenung lama pada cermin, dia masih tidak bersedia untuk bertunang. Bagai mimpi ngeri saja rasanya apabila di suruh bertunang dengan orang yang tak dia kenal.
Tukk..tukkk....
Pintu balik biliknya di ketuk dari luar.
"Isha, dah siap ke belum tu? Jangan lama-lama kesian bakal tunang tu tunggu" ujar Datin Julia dari luar
"Yee... Nanti Isha turun la" jawabnya. Sebaik saja mendengar anaknya berkata begitu dia pun kembali ke ruang tamu.
Batrisha mula berasa gementar "Aduhh macam mana ni. Nak turun ke tak.. Nak turun ke tak..." bisik hatinya. ''turun je lah" bisiknya lagi.
Batrisha menarik nafas dalam-dalam kemudian di hembuskan lalu dia pon melangkah keluar dari bilik turun ke ruang tamu. Sampai saja di ruang tamu batrisha terus melangkah kearah tetamunya yang sedang rancak bersembang bersama datuk Kamil dan Datin Julia untuk bersalam.
"Haa ni pon batrisha nya dah besar makin cantik" puji Datin Rina dengan senyuman. "Tengoklah anak siapa" ujar Datin Julia, kembang dia apabila mendengar kata-kata kawan rapatnya itu. Yang dipuji Batrisha tapi mama dia pula yang kembang.
"Dulu masa kecil comot je" ujar datuk kamil pula. Batrisha yang berasa malu itu terus melabuhkan punggung pada sofa di sebelah papanya, Datuk Yusri.
Datuk yusri yang melihat anaknya baru saja mahu duduk di sofa pun berkata "Eh isha, pergilah jumpa bakal tunang kamu tu. Kesian dia lama dah dia tunggu diluar tu" arah Datuk yusri, sengaja dia tidak mahu anaknya mendengar perbualan mereka berempat.
"Baiklah pa. untie, uncle Batrisha pergi luar dulu" dengan langkah yang berat batrisha pun berjalan keluar dari rumah. Di luar rumah batrisha mula mencari susuk bayangan bakal tunangnya itu. Mana dia? tadi papa cakap dia ada di luar. Tuturnya sendiri.
Sedang batrisha sibuk mencari bakal tunangnya, tiba-tiba dia melihat ada seseorang lelaki di tepi kolam sedang memberi makan kepada ikan-ikan tersebut. Tanpa membazir masa dia pon menuju kearah lelaki itu.
Lelaki itu yang sedar akan kehadiran batrisha pun menoleh kebelakang. Langkah kaki batrisha serta merta terhenti apabila memandang wajah lelaki tersebut. Itukan.. Itukan... Cikgu Adib......
BERSAMBUNG..
Sorry sis lambat update..busy je memanjang.
![](https://img.wattpad.com/cover/124166005-288-k793767.jpg)
YOU ARE READING
Cikgu Itu Suamiku(HIATUS)
Romantik"kenapa awak selalu je berkelakuan dingin?" "Kalau macam tu hangatkan la.." "Hmm? macam mana tu?" "You know what to do~" P/S: Mungkin ada kata² kesat. Slow Update.