10

4.4K 104 22
                                    

Daddy

>Hari ni balik awal

>Ada tetamu nak datang

............................................................
                                                     

Adib melihat sekilas pesanan mesej di kaca telefonnya. Tanpa membalas apa-apa dia terus memadam mesej tersebut. Malas nak melayan.

Entah sejak bila pula daddynya rajin menghantar mesej. Sebelum ni tak pernah pula nak bermesej-mesej ni. Jangankan mesej. Telefon pon tak pernah.

- - - - - -


“nanti pukul lapan siap-siap” ujar datin julia yang berdiri di pintu bilik anaknya.

“siap-siap nak pergi mana mama?” soal batrisha. Novel yang dibacanya di tandakan dengan jari sebelum ditutup.

“pergi rumah tunang isha lah. Daddy dengan mummy dia jemput kita makan malam” jawab puan julia “dah.. mama nak turun bawah dulu” sambungnya.

“okay mama!” -batrisha.

melihat saja puan julia sudah keluar, Batrisha kembali membaca novel yang dipegang. Di pandang kiri dan kanan muka surat itu “aduh.. mana aku stop tadi eh?” soalnya pada diri sendiri.

Jam di tangan kiri aku pandang sekilas. Jarum pendek itu berada tepat di angka nombor lapan. Hampir satu jam aku terkandas dalam kesesakan jalan raya ini.

Akhirnya laluan ini kembali bergerak lancar. Tidak mahu membazir masa lagi. Aku menekan minyak dan memecut laju menuju kerumah.

Berdiri saja di luar pintu rumah. Aku dapat dengar keriuhan da  gelak tawa mereka yang berada di dalam. Nampaknya mereka sedang sangat gembira.

Dengan beberapa ketukan pintu disertakan dengan salam, aku pun mula melangkah masuk kedalam dan menuju kearah riuh rendah itu. Di dapur.

“maaf lambat” tuturku menyebabkan suasana yang riuh itu terhenti seketika.

“tak apa. Marilah makan sekali.” kata lelaki yang duduk berdekatan dengan daddyku.

Aku mengangguk faham lalu mengambil tempat duduk yang kosong di sebelah arash. Tidak lama kemudian suasana riuh rendah pun kembali.

“lah tak sangka kau ada anak kembar rupanya” ujar wanita yang berbaju warna unggu pada mummy.

Mummy hanya tertawa dan yang lain juga turut ikut tertawa.

“bertunang dah. Tinggal menikah je belum lagi” kata daddy. Mengalih ke topik lain.

Malas mahu ambil peduli. Aku hanya memekakkan telinga dan fokus mengisi nasi kedalam pingganku. Kemudian lauk aku mencapai mana yang dekat saja.

C.I.S POV

“uish.. sikitnya makan” ujar arash yang berada di sebelah adib. Dia sibuk memandang makanan yang diambil oleh adib tadi.

Adib tersengih memandang makanan di pinggannya “malam, tak elok makan banyak” balasnya. Sengaja memberi alasan.

Arash mengangguk faham mendengar kata-kata adib.

Pada masa yang sama, batrisha cuba curi-curi pandang wajah kembar itu. Akan tetapi perbuatan itu disedari oleh adib.

Mana tidaknya. Batrisha betul- betul duduk di hadapannya manakala arash di sebelah adib.

Keningnya dikerutkan. Jujur dia berasa tidak selesa. Tapi tetap sahaja dia berlagak seperti tiada apa.



Bersambung..

Cikgu Itu Suamiku(HIATUS)Where stories live. Discover now