3

5.5K 168 0
                                    

Selepas habis meneroka semua kawasan sekolah barunya, adib pergi pula ke pejabat untuk lapor diri. Dia diarahkan mula mengajar pada hari esok.

Keesokan harinya, Adib datang sekolah dengan menaiki kereta. Tapi bukan naik kereta sport kesayangannya.

*****

Memandangkan hari ini hari selasa, semua pelajar berada di kelas masing-masing kerana tiada perhimpunan. Perhimpunan cuma akan diadakan pada hari isnin dan jumaat sahaja.

Di kelas 5AB, Batrisha melentokkan kepalanya di atas meja malas nak mendengar gosip-gosip rakan sekelasnya.

Datang pula si Hanim berlari entah dari mana "Wehh korang! Sekolah kita.." tercungap-cungap dia bernafas.

"Kenapa Hanim? Macam dah tak betul aku tengok kau ni" tanya anis selaku penolong kelas.

"Sekolah kita ada cikgu baru!" kata hanim dangan teruja.

"Srs ah" Farah yang berada di tepi Anis bersuara dengan teruja.

Datang pula lagi sorang manusia entah dari mana pulak muncul "Haah wehh" terjahnya

"laki ke pompuan?"

"Laki, handsome weiii! Fuhh gila ah"

Habis heboh satu sekolah dibuatnya.

Batrisha yang dari tadi memerhati rakan-rakannya sambung melentokkan kepalanya di meja.

WAKTU REHAT

Seperti biasa semua murid pergi ke kantin pada waktu rehat. Ada juga yang lepak di lorong, ada juga yang makan dalam bilik darjah. Dan ada juga yang dalam perjalanan pergi ke kantin. seorang diri. Tak lain tak bukan dialah Batrisha.

Sedang Batrisha berjalan menuju ke kantin, tiba-tiba ada seseorang yang melangkah keluar dari pintu bilik guru tanpa melihat kiri dan kanan.

BUKKK...

Buku yang dibawa oleh lelaki itu jatuh bersepah di lantai akibat terlanggar dengannya "Maaf tak sengaja" Batrisha segera mengambil buku-buku yang berada di lantai.

Lelaki itu memandang Batrisha yang sedang menggelabah mengutip buku-buku yang jatuh ke lantai tadi. Batrisha menghulurkan buku yang dikutipnya kepada lelaki tadi.

Lelaki itu mengukirkan senyuman manis "Terima kasih" ujarnya sambil menatap wajah Batrisha. Comel.

"Awak n...." Belum sempat lelaki itu mahu menghabiskan percakapannya Batrisha sudah melangkah pergi dari situ dengan tergesa-gesa.

TBC..




VOTE✔   AND  COMMENT
SORRY KALAU ADE TYPO

SORRY DAH LAMA SIS TAK UPDATE

Cikgu Itu Suamiku(HIATUS)Where stories live. Discover now