"Kenapa buat perangai biadap macam tu? Elok ke depan orang buat macam tu?" Amarah yang ditahan Haji Rosli sejak tadi dilepas apabila mereka sudah sampai di rumah."Yang ayah nak marah sangat ni kenapa? Sebab dia ustaz? Ustaz pun manusia biasalah yah. Bukannya nabi yang tahap mulia sangat sampai nak kena hormat bagai."
Mengucap Haji Rosli dengan balasan si anak.
"Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni?! Dia tu ustaz, ulama', orang yang mengaji agama. Patutnya kita terima kasih ada orang macam dia nak bantu sebar syiar Islam. Bantu orang-orang yang bodoh sombong macam kamu ni."
Menyirap darah Faiha Aleeya mendengarnya. Suka hati saja ayahnya mengatakan dia bodoh sombong.
"Ok, habis tu ayah nak Leeya buat apa? Sujud dekat kaki dia?"
"Enough!" Tempik Haji Rosli yang sudah hilang sabar.
"Kenapa Leeya ni makin hari makin melampau ya? Makin dinasihat, makin teruk."
"Ya Allah, minta ampun dosa aku ya Allah. Ayah tak tahu dekat mana silap didik kamu, Leeya. Ayah cukup kecewa dengan perangai biadap, kasar dan kuat melawan kamu ni. Ayah ni, sosok yang sepatutnya kamu hormat. Boleh tak bercakap dengan orang tua ni guna adab?"
Faiha Aleeya hanya menayang riak kosong. Sudah mati rasa pabila dimarahi. Dari kecil memang dia sudah biasa diherdik.
"Dekat mana silap? Banyak. But you were never gonna admit it." Selar Faiha Aleeya tanpa rasa bersalah.
Haifa Alisa yang turut berada di situ sedikit terkejut dengan kelancangan si kembar tapi dia hanya diam seribu bahasa. Tidak berani mahu ikut campur.
Kebisuan menyelubungi suasana, Faiha Aleeya bertindak meninggalkan ruangan tersebut. Tidak kuasa mahu menghadap wajah yang dia kurang senang.
Fikirnya perbualan tamat disitu, namun suara ayahnya yang terlaung menghentikan langkahnya beberapa saat di tangga rumah banglo itu.
"Mulai esok, ustaz tu akan mengajar agama dekat rumah ni. Ayah dah bercakap dengan dia, dan dia pun setuju. Kalau ayah tak mampu nak ajar dan didik kamu, mungkin orang lain boleh. Dan kamu jangan nak keluar malam lagi lepas ini. Ayah tak izin dan tak benarkan. Kalau buat juga, tahulah nasib kamu macam mana nanti." Tegas Haji Rosli.
What the heck? Dah kenapa sampai nak mengajar dekat rumah. Apa tak cukup ke masjid dan surau dalam Malaysia ni untuk ustaz tu nak bagi ceramah. Ergh!
Faiha Aleeya mengendahkan ujaran si bapa, langsung menghilangkan diri dalam biliknya.
YOU ARE READING
Telunjuk Takdir
Romance📌 unedited Kadang kau menyangka dialah jodoh yang dicari, tapi kuasa tuhan tak mampu ditandingi. Hati itu milikNya. Maka Dia jugalah yang berkuasa untuk membolak-balikkan isinya. Yang dibenci sepenuh hati kian ditatapi separuh mati. Yang disayang b...